Istilah perubatan jaundis atau penyakit kuning adalah keadaan yang berlaku pada bahagian kulit dan mata bayi berubah warna kekuningan. Masyarakat Melayu khususnya ramai menyarankan ibu-ibu beri susu kambing untuk kuning bayi.
Proses merawat masalah bayi jaundice ini mungkin sedikit mencabar buat anda, memandangkan baru sahaja keluar hospital, dalam berpantang pula terpaksa ulang-alik ke klinik.
Susu Kambing Untuk Kuning Bayi
Sesi Tanya Pakar kali ini membincangkan pengambilan susu kambing untuk bayi kuning. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir?
Adakah susu kambing untuk bayi dapat mengurangkan jaundice? Apakah khasiat susu kambing? Benarkah susu kambing dapat menurunkan bacaan jaundice?
Sesi Tanya Pakar ini telah diadakan bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang di laman komuniti theAsianparent Malaysia. Berikut merupakan persoalan ibu bapa dan jawapan diberikan beliau mengenai susu kambing untuk kuning bayi:
Adakah Semua Bayi Baru Lahir Mengalami Jaudince?
Jawapan: Jaundice berlaku agak agak 60% dalam semua kelahiran baru. Ini adalah keadaan yang normal. Sekiranya bayi anda mengalami kuning, ibu ayah dinasihatkan supaya membawa si kecil untuk pemeriksaan doktor.
Jika bacaan kuning bayi tinggi, maka pemeriksaan darah- bilirubin level harus dibuat untuk pemantauan seterusnya.
Adakah Bayi Perlu Aktif Sebagai Cara Turunkan Kuning Bayi?
Jawapan: Tahap aktiviti bayi tidak membantu dalam mengurangkan bacaan kuning bayi, malah baby yang ada jaundice tinggi memerlukan phototherapy.
Punca Kuning Bayi Dan Tips Untuk Ibu Ibu Hamil Elak Dari Bayi Terkena Jaundice
Jawapan: Kuning bayi terjadi secara physiological kerana sel sel darah merah bayi yang dilahir akan mati dan ditukar menjadi bilirubin dan seterusnya dikeluarkan dari badan menerusi kencing/ berak.
Justeru, masalah kuning bayi adalah lebih kepada masalah badan bayi dan tidak banyak kena mengena dengan isu ibu yang mengandung.
Apakah Punca Bayi Mengalami Kuning Yang Begitu Lama
Jawapan: Antara punca kuning bayi berpanjangan adalah seperti hati/ pundi hempedu bayi ada masalah, jangkitan kencing kotor atau pun paras thyroid hormone rendah.
Penyakit genetik juga boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi dalam kes yang agak jarang.
Susu ibu boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi keadaan ini tidak merbahayakan kesihatan bayi. ibu tidak perlu berhenti menyusu badan semata mata untuk merawat prolonged jaundice sebab ini.
Apakah Punca Prolonged Jaundice/ Breastfeeding Jaudice Dan Cara Untuk Elakkan Dari Berulang
Jawapan: Susu ibu disebabkan jaundis berpanjangan tidak memudaratkan. ia hanya memerlukan tempoh yang lebih lama untuk hati bayi untuk membersihkan bilirubin. jadi anda tak perlu risau dan sila teruskan penyusuan.
Bolehkah Ibu Menyusu Ambil Jamu Herba Ketika Bayi Kuning?
Jawapan: Ibu menyusu badan digalakkan memberi lebih perhatian terhadap diet pemakanan atau pengambilan ubat traditional kerana sesetengah kajian mendapati ubat traditional boleh menyebabkan baby dapat jaundice.
Benarkah Susu Kambing Untuk Bayi Lebih Berkesan Berbanding Susu Lembu Dalam Merawat Penyakit Kuning?
Jawapan: Susu kambing untuk bayi atau susu lembu tidak membantu dalam penurunan paras bilirubin.
Cadangan Produk Susu Kambing Untuk Bayi Yang Terbaik
Jawapan: Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan susu tambahan. Ibu hanya perlu menyusu mengikut permintaan si kecil.
Jika Bayi Tidak Serasi Dengan Susu Kambing, Adakah Cara Lain Turunkan Kuning Bayi?
Jawapan: Bayi kuning atau jaundis boleh dikurangkan dengan berkesan menerusi phototherapy ( jikalau paras bilirubin terlalu tinggi) atau menerusi penyusuan secara kerap setiap 2 hingga 3 jam untuk memastikan bayi kencing / berak 4 hingga 5 kali setiap hari.
Benarkah Jika Ibu Atau Bapa Dengan Darah O, Bayi Mereka Berisiko Mendapat Jaundis?
Jawapan: Ibu dengan kumpulan darah O dengan bayi yang kumpulan darah A ada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jaundice teruk.
Cara Turunkan Kuning Bayi Secara Tradisional Seperti Mandi Dengan Air Herba Atau Sirap, Berkesankah Turunkan Bacaan Kuning Bayi?
Jawapan: Cara turunkan kuning bayi secara tradisional yang disebutkan tidak dapat menurun paras bilirubin dengan berkesan. jikalau bayi didapati ada jaundice, saya masih menasihatkan ibu bapa membawa bayi ke klinik bagi pemeriksaan tahap bilirubin dan doktor akan memutuskan kaedah rawatan seterusnya.
Benarkah Tidak Elok Beri Susu Kambing Untuk Bayi Baru Lahir?
Jawapan: Susu kambing tidak digalakkan untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah. susu kambing yang “fresh” yang tidak diproses dengan betul mungkin membawa jangkitan kuman kepada bayi.
Bolehkah Jaundice Pulih Tanpa Rawatan?
Jawapan: Bacaan kuning bayi yang rendah biasanya boleh pulih sendiri.
Bagaimana Cara Nak Elak Bayi Kuning?
Jawapan: Kuning bayi tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku secara physiological.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia