Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo BAHARU

Suu Balm hadir dengan dua produk baru membantu melegakan kegatalan dan kelemumur diformulasikan oleh National Skin Centre (NSC), Singapura.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suu Balm, produk penjagaan kulit sensitif yang terulung dengan bangganya memperkenalkan Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo bagi melengkapkan Suu Balm Scalp Care Duo bersama Rapid Itch Relief Spray Moisturiser. Dengan rumus formula oleh National Skin Centre di Singapura, gandingan kedua-dua penjagaan kulit kepala ini direka untuk mengurangkan masalah kulit kepala yang kering, gatal, berkelemumur dan sensitif.

Selain itu, produk ini juga memulihkan kesihatan kulit kepala dengan mengurangkan kelemumur dalam masa 4 hari serta melegakan kegatalan dalam beberapa minit dengan hanya dua langkah rutin penjagaan kulit kepala. 

Disebabkan oleh cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, rakyat Malaysia lebih terdedah kepada masalah kulit kepala yang kering dan sensitif sehingga menyebabkan kulit kepala gatal dan mengelupas. Tambahan pula, bagi pemakai hijab di Malaysia, mengekalkan kesihatan kulit kepala di bawah lilitan tudung berpanjangan sememangnya menjadi satu cabaran.

Dengan berpegang pada falsafah “Made To Soothe”, produk keluaran terkini dari jenama ini menawarkan penyelesaian yang menyejukkan dan melegakan kulit kepala yang gatal serta tidak selesa. Penyelesaian ini berkesan kerana ia hanya menggunakan bahan ultra-lembut dan berkualiti tinggi agar isu kulit kepala tidak menjadi lebih teruk. 

Semua produk Suu Balm adalah bebas silikon, sulfat, paraben dan pewangi. Produk jenama ini yang dirumuskan serta disahkan oleh pakar dermatologi direka khas agar bersifat hipoalergenik iaitu selamat untuk semua jenis kulit dan memberi penekanan kepada kulit yang kering, gatal mahupun sensitif. Tambahan pula, semua produk disahkan halal dan sesuai digunakan oleh pemakai tudung. 

Suu Balm Scalp Care Duo memperkenalkan rutin dua langkah yang mentransformasikan kesihatan kulit kepala dengan pengurusan kelemumur dan kegatalan secara pantas sambil melembapkan serta memulihkan pelindung kulit kepala (scalp barrier). 

LANGKAH 1: Syampu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama sekali, cuci dan legakan kulit kepala menggunakan Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo. Formula ini diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif anti kelemumur – Piroctone Olamine, Climbazole, dan Capryloyl Glycine – semuanya sesuai untuk kulit kepala sensitif. Selain itu, formula ini juga mengurangkan kulit kepala yang mengelupas dalam masa tujuh hari serta mengandungi mentol semula jadi yang menyejukkan dan melegakan kegatalan dengan pantas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

LANGKAH 2: Sembur

Untuk kelegaan segara semasa berada di luar, tiba masanya bagi Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser untuk menyinar. Semburan kulit kepala berasaskan air ini mengandungi mentol penyejuk semula jadi dan seramida serupa kulit (skin-identical ceramides) yang membantu melegakan kegatalan kurang dari 5 minit. Semburan ini juga direka tanpa alkohol, paraben atau wangian yang mengeringkan kulit kepala dan secara tidak langsung menjamin keseimbangan antara kelegaan pantas dan kelembapan berpanjangan. Mereka yang kerap mengalami kegatalan serta masalah kulit seperti dermatitis seborrheic, kelemumur teruk, kulit kepala kering, dan sensitif amat sesuai menggunakan produk ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Di Suu Balm, misi kami adalah memberikan kelegaan berkesan dan pantas sambil mengembalikan keyakinan setiap individu dengan memiliki kulit kepala yang sihat dan selesa. Dengan kerjasama yang rapi bersama National Skin Centre di Singapura, pakar di belakang tabir semua rangkaian produk Suu Balm, Dr Tey Hong Liang telah membangunkan solusi holistik untuk penjagaan kulit kepala serta menggunakan bahan yang terpilih dan berprestasi tinggi. Pendekatan ini memberi penekanan pada faktor utama masalah sambil memastikan kesan kelegaan yang pantas. Dengan Suu Balm Scalp Care Duo TERBARU ini, kami bukan sekadar menangani gejala bahkan kami mengubah cara anda menjaga kulit kepala sedikit demi sedikit,” kata Dr. John O’Shea, pengasas bersama Good Pharma Dermatology, firma di sebalik Suu Balm. 

Terokai kuasa transformasi Suu Balm Scalp Care Duo dan mulakan perjalanan anda ke arah kulit kepala yang lebih sihat dan bebas kegatalan.

  • Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo – RRP: RM74.90 (230ML); RM119.90 (480ml) 
  • Rapid Itch Relief Spray Moisturiser – RRP: RM53.90 (40ml); RM105.90 (100ml) 
  • Scalp Care Bundle terdiri daripada Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo (480ml) dan Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser (40ml) – RRP: RM169.80 

Produk Bundle jenama ini boleh didapati di E-Store, Lazada dan Shopee manakala produk individu boleh didapati di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Caring. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.suubalm.com.my atau ikuti Suu Balm di Facebook (https://www.facebook.com/suubalmmalaysia) dan Instagram (@suubalm_my).

Penulis

Farhana Fuad