Bukan Mudah Nak Beristeri Dua, Ini Syarat Poligami Menurut Islam Lelaki Wajib Tahu!

Apakah syarat poligami dalam Islam yang wajib kita tahu khususnya kepada kaum lelaki yang ingin berkahwin lagi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu Abang Tesla sehingga kini masih menjadi perbualan hangat. Meskipun Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tanpa tidak melebihi empat orang sebenarnya apakah syarat poligami dalam Islam yang wajib kita tahu khususnya kepada kaum lelaki yang ingin berkahwin lagi?

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 3:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.

Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Hukum Poligami Menurut Islam

Menurut Imam As-Syafi’e sebagaimana dalam kitab Al Fiqhul Manhaji karangan Dr Mustafa Khin, Mustafa Bugho dan Dr Ali Syarbanji menerangkan bahawa hukum asal poligami adalah harus.

Walaupun begitu, hukum tersebut boleh berubah  mengikut situasi samada sunat, makruh, ataupun haram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nas al-Quran secara jelas menyatakan:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik dari perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat”. ( Surah an-Nisa’ :3)

Makruh: Apabila ia dilakukan hanya sekadar untuk berseronok- seronok sedangkan suami sendiri ragu akan kemampuan dirinya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya daripada sudut nafkah zahir dan batin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunat: Suami memerlukan isteri yang lain misalnya bagi mendapatkan zuriat kerana isterinya yang pertama mandul atau sakit atau suami mempunyai keinginan yang amat kuat sehingga isteri seorang tidak mampu untuk melayaninya.

Suami  juga berkeyakinan, mampu berlaku adil terhadap isteri- isterinya zahir dan batin, maka ketika ini tiada halangan baginya untuk berpoligami

Haram: Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan (sangkaan berasas) atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain.

Syarat Poligami Dalam Islam

Antara syarat poligami dalam Islam adalah seperti:

  • Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya
  • Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya
  • Disyaratkan pula berlaku adil terhadap diri sendiri, para isteri dan nafkah
  • Berkemampuan dari segi zahir seperti nafkah, tempat tingal, kemudahan asas, sihat tubuh badan, mempunyai kemampuan dan keinginan seksual
  • Adil dalam giliran
  • Adil dalam kasih sayang
  • Perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil terhadap anak-anak

Bagi mereka yang berpoligami, tekanan perasaan pasti berlaku bukan sahaja kepada  isteri begitu juga suami. Bermula dengan kehidupan dan situasi yang baru, suami memerlukan kepada pertambahan perbelanjaan, mengurus masa, kebolehan dalam membuat perancangan, mengurus dan menyelesaikan setiap perkara dalam rumahtangga, melayan setiap kerenah anggota dalam keluarga,  semuanya menjadikan seorang suami merasa keletihan.

Sebab itu seorang yang berhasrat untuk berpoligami mesti berfikir sepuluh kali. Dia mestilah mempuanyai kekuatan dari sudut mental dan fizikal yang luar biasa disamping mesti mempunyai kesabaran yang tinggi  serta tidak mudah strees.

Sebenarnya bukan poligami yang bermasalah tetapi orang yang berpoligami itu yang bermasalah. Ini kerana Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudaratkan manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah timbul dari segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita terus  mengatakan bahawa poligami membawa masalah. Saban hari masalah yang kita baca di dada-dada akhbar tentang masalah poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami yang tidak menepati syarak tetapi bukannya poligami itu sendiri.

Ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keadaan bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media masa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya

Baca juga : 5 Nafkah Suami Wajib Bagi Walaupun Anda Isteri Yang Mempunyai Kerjaya Sendiri

Baca juga : Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi