Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

Untuk mengubah tabiat buruk, ia mengambil masa. Tapi ini merupakan 3 tabiat buruk menghabiskan duit yang patut anda hentikan sekarang demi duit anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita mempunyai bermacam-macam tabiat buruk dan memang itu adalah lumrah. Tabiat juga susah untuk diubah tapi tidak mustahil. Apa yang lagi parah apabila ia adalah tabiat buruk menghabiskan duit.

Salah satu tabiat buruk yang ramai orang ada adalah menghabiskan duit dengan membeli barang-barang yang kita mahukan.

Untuk mengubah tabiat buruk, ia mengambil masa. Dan ini merupakan 3 tabiat buruk menghabiskan duit yang patut anda hentikan sekarang kalau anda tak mahu ada masalah di kemudian hari.

 1. Tabiat buruk menghabiskan duit: Berbelanja lebih untuk kemudahan

Adakah anda beli makanan tengahari setiap hari? Berapa kali anda naik Uber dalam seminggu? Adakah barang dapur dihantar ke rumah anda?

Ada banyak perkhidmatan di luar sana yang dibuat untuk memudahkan anda tapi sudah semestinya menggunakan duit. Ia memang kemudahan yang bagus, tapi jika membayar sejumlah wang untuk mendapatkan barang dan servis. 

Apa yang anda boleh lakukan: Masak makanan anda sendiri dan bawa ke tempat kerja. Gunakan perkhidmatan awam. Tukar sedikit gaya kehidupan anda boleh membawa perbezaan yang besar dalam akaun bank anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tabiat buruk menghabiskan duit: Membeli mengikut emosi

Kita semua tahu kelemahan kita. Ada yang tak boleh melihat kasut yang cantik, ada juga yang membeli lipstik warna sama dari setiap jenama berbeza.

Jika anda ada kecenderungan untuk membeli mengikut emosi, ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba tinggalkan kad kredit and di dalam laci di rumah atau beri masa untuk berfikir sebelum anda membeli sesuatu. Sebagai contoh, jika anda membeli belah di atas talian, anda letak barang ke dalam troli dan tutup tab anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua hari kemudian anda lihat jika anda masih memerlukan barang tersebut atau tidak.

3. Pembaziran

Ini bukan sahaja untuk rokok dan alkohol, walaupun ia adalah benda yang anda patut berhenti dari membeli untuk menjaga kewangan dan kesihatan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda ada kelemahan membeli sesuatu benda seperti coklat, permainan video atau buku yang banyak, anda perlu mengawalnya.

Apa yang boleh anda lakukan: Kalaulah mudah untuk buang sahaja rokok tu! Kalau anda tak boleh berhenti secara mendadak, kurangkan sedikit demi sedikit sehingga anda berjaya berhenti terus.

Jika anda anda masalah bermain permainan video, cari aktiviti yang lebih produktif dan menarik di masa terluang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba cari cara untuk motivasikan diri dan mencari keseimbangan dalam tabiat anda. Lebih cepat anda ubah lebih cepat anda bileh mengawal perbelanjaan anda.

Selamat mencuba.

Diterbitkan semula dari Asian Money Guide

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Dengan duit 1 dolar Amerika, cuba teka apa yang anda boleh makan di seluruh dunia?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar