Sebagai manusia, anda mestilah mempunyai tabiat buruk. Antara tabiat buruk yang sering kita lakukan apabila menjadi ibu bapa adalah bergaduh depan anak. Anda tahu apa kesan ibu bapa bergaduh depan anak?
Tabiat buruk ini perlu dihentikan sekiranya anda adalah seorang ibu bapa. Berikut antara beberapa tabiat buruk yang anda tidak patut tunjukkan kepada anak-anak.
Kesan Ibu Bapa Bergaduh Depan Anak & Buat Beberapa Tabiat Buruk Ini
Elak menghakimi ibu bapa lain
Setiap orang, cara didikan anak berbeza. Mungkin anda tidak suka anak anda berjaga malam sehingga pukul 12 untuk menonton tv tetapi ada juga ibu bapa yang membenarkan anak untuk berjaga hingga lewat malam.
Anda mungkin bersangka buruk terhadap ibu bapa yang membawa anak-anak di McD pada tengah malam.
Moralnya, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Jika tidak, mana mungkin ibu bapa sanggup untuk berkorban demi anak-anaknya.
Berkata negatif tentang diri sendiri
Jangan menyalahkan diri sendiri. Elakkan memarahi diri sendiri seperti ‘gemuknya aku’ dan sebagainya.
Dengan memandang rendah terhadap diri sendiri, anak-anak juga menjadi tidak yakin terhadap diri sendiri. Percayalah, anak-anak anda memandang tinggi dan memuliakan anda.
Menghabiskan masa dengan perkara lain
Terdapat ibu bapa yang sibuk menghabiskan masa dengan smartphone dan juga gadget daripada meluangkan masa dengan anak sendiri. Masa keluar bersama anak-anak pun, smartphone masih di tangan.
Tujuan untuk keluar bersama-sama adalah untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Anda patut mendisiplinkan diri, kurangkan waktu bersama gadet dan lebihkan waktu bersama orang tersayang.
Mengawal segalanya
Lumrah ibu bapa, mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kita tidak mahu melihat anak anda susah dalam hidup. Tetapi, kesusahan, dan kegagalan dalam hidup adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupan.
Jangan terlalu mengawal anak-anak. Mereka akan tertekan dan bertindak untuk melawan anda dan juga memberontak.
Mereka tidak akan menunjukkan perasaannya di hadapan anda, tetapi mereka boleh melakukan sesuatu yang tdiak terduga. Ibu bapa jangan terlalu mengongkong dan jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak.
Menurut semua kehendak anak-anak
Jangan menuruti semua kemahuan anak sehingga anda tidak boleh berkata tidak kepada anak anda. Sebaliknya, ajar anak anda menginginkan sesuatu dengan berusaha, dan cuba bertegas kepadanya.
Ajar anak anda untuk bersyukur dengan apa yang ada juga. Jika anak anda bersyukur dan menghargai apa yang anda dan dia ada, mereka akan lebih murah hati terhadap anda dan juga orang lain.
Jangan bergaduh depan anak
Ibu bapa sekalian, jangan sekali bergaduh depan anak. Ia akan menyedihkan anak anda, lebih lagi apabila kamu bergaduh kerana anak. Anak anda akan menyalahkan diri sendiri dan memandang rendah terhadap diri sendiri.