73 Tabika, 3 Taska Kemas Ditutup, Ada Kaitan Kluster PUI Sivagangga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dilaporkan sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (kemas) di Parlimen Kubang Pasu, Kedah ditutup.

Penutupan itu susulan kluster baharu PUI Sivagangga, India berkaitan jangkitan Covid-19 yang dikesan di negeri berkenaan. 

Menurut laporan Kosmo! arahan penutupan itu adalah sebagai langkah langkah pencegahan awal di peringkat jabatan itu.

Tabika, Taska KEMAS di Kubang Pasu ditutup 

Kredit foto : Bernama

Susulan penutupan itu, seramai 1,605 pelajar tabika dan 62 pelajar taska kemas terbabit dalam penutupan itu dan penutupan itu dibuat dalam tempoh 14 hari atau sehingga jabatan berkenaan menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan.

Selain itu, penutupan sementara itu juga bagi membolehkan proses pembersihan dan nyah kuman dapat dilakukan di semua tadika dan taska yang terbabit mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada 73 tabika yang ditutup, sebanyak tujuh daripadanya termasuk tabika kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster berkenaan.

Apa yang patut ibu bapa buat supaya anak praktik normal baharu?

Dalam keadaan normal baharu yang sedang dialami di seluruh dunia, perkara yang menggusarkan ibu bapa adalah mengenai kesihatan dan keselamatan apabila menghantar anak-anak ke sekolah, tadika , taska dan pusat jagaan.

Di depan mata kita, anak mungkin jaga, tetapi di belakang kita, sukar untuk dipantau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua orang risau, siapa saja yang tidak risau kan? Jadi apa yang patut anda buat supaya anak terus kekal mempraktikkan norma baharu dalam aktiviti seharian mereka. 

Mempraktikkan normal baharu dalam kehidupan adalah sangat penting, bagi memastikan kebersihan mereka sentiasa terjaga dan kebarangkalian untuk jangkitan Covid-19 menular dapat dikurangkan.

Jadi apa yang ibu bapa perlu buat supaya anak tidak lupa yang mereka perlu melindungi diri mereka ketika di sekolah:

#1. Praktis normal baharu dari rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: LAist

Jadikan normal baharu sebagai sesuatu kebiasaan di rumah. Bukan hanya di luar, di rumah ajar mereka untuk gunakan hand sanitiser sebaik keluar rumah. Kanak-kanak mudah menyerap ilmu yang diajar dan dijadikan rutin dalam kehidupan seharian mereka.

Jadi buat normal baharu sebagai tabiat baharu mereka. Pucuk pangkalnya adalah ibu bapa sendiri. Ibu bapa sendiri perlu tunjuk contoh kepada anak. 

#2. Ajar mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri

Seperti biasa, anak sudah diajar untuk sentiasa mencuci tangan, pesan pada mereka, perkara itu perlu dibuat lebih lagi sekarang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar mereka jangan sentuh bahagian muka, mata atau hidung selagi belum membasuh tangan. Suruh mereka mandi atau bersihkan diri sebaik tiba dari luar. 

#3. Bekalkan dengan hand sanitizer

Mungkin ada yang takut anak akan termakan, tetapi ia boleh dipraktikkan dari awal. Ada anak kini seawal usia empat tahun sudah tahu apa itu hand sanitizer dan mereka tahu ia bahaya untuk di makan.

Jadi terangkan pada anak anda, mengapa ia perlu. Jika diterangkan dengan baik, anak-anak pasti mudah memahaminya. Jangan pandang rendah pada anak anda, mereka bijak sebenarnya.

#4. Sediakan topeng muka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di pasaran terdapat pelbagai saiz topeng muka, pastikan beli lebih untuk kegunaan anak. Tidak salah untuk simpan stok. Letakkannya dalam kereta atau di mana saja yang selalu dengan anda supaya jika keluar anak tahu topeng muka wajib dipakai ketika musim pandemik ini.

Jika untuk anak, belilah saiz kanak-kanak kerana saiz itu penting untuk memastikan ia sesuai dan melindungi mulut dan hidung anak. 

#5. Ajar anak anda mengenai penjarakan sosial

Kredit foto: Sinar Harian

Ia mungkin sukar untuk mereka fahami, kenapa tidak boleh bersentuhan dengan rakan lain di sekolah. Gunakan bahasa yang mudah supaya mereka faham kini tidak lagi boleh bersalaman dan berpelukan seperti biasa.

Anak kecil memang takut dengan perkataan ‘bad germs’, kuman dan sebagainya. Jadi jika anda terangkan dalam bahasa mudah difahami, mereka mungkin boleh praktikkan lebih baik dari orang dewasa.

Penjarakan sosial ini turut termasuk seperti jika ke restoran akan ditandakan ‘x’ pada sesetengah tempat atau kerusi, jadi terangkan pada anak, dia tidak boleh duduk di kawasan itu. Terangkan dalam bahasa yang mudah.

Ajar anak cara mudah bagaimana penjarakan sosial dilakukan. Buat saja contoh mudah, selagi kita tidak mampu capai atau sentuh orang berdekatan, ia bermakna jarak itu adalah jarak selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kosmo!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-tanda-penyakit

Penulis

Lala Annuar