Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!

Ada banyak keistimewaan yang anda boleh dapat dengan simpanan wang melalui SSPN-i dan SSPN-i Plus. Malah boleh menang hadiah yang lumayan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam melahirkan generasi yang bijak pandai, ramai ibu bapa semakin berlumba-lumba untuk membuat simpanan jangka masa panjang untuk anak, meskipun umur mereka masih kecil.

Ini demi kepentingan anak apabila dewasa, lebih-lebih lagi untuk persediaan mereka ke menara gading. Tapi apabila mula memasang niat untuk menyimpan, pasti anda sedikit keliru nak menabung di mana, kan? Haa… Kami ada penyelesaiannya buat anda!

Pasti perasaan anda untuk menyimpan duit buat pendidikan anak semakin berkobar-kobar apabila mengetahui tentang kebaikan yang ditawarkan skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini!

Sebenarnya, skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus merupakan produk bagi perancangan kewangan untuk tujuan pendidikan tinggi.

Ia diwujudkan khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk persediaan anak-anak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai Keistimewaan Ditawarkan SSPN-i dan SSPN-i Plus, Ayuh Buka Akaun Sekarang Juga!

Sebenarnya, banyak keistimewaan yang ditawarkan PTPTN ini bagi menggalakkan ibu bapa membuat simpanan untuk masa depan pelajaran anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini termasuklah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 melalui SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Bahkan, banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan kepada pendeposit sebagai galakan untuk ibu bapa menabung demi pendidikan anak-anak. Ini sekali gus meringankan beban anak kelak kerana mereka tidaklah terlalu bergantung kepada pinjaman pendidikan semata-mata.

Sebagai ibu bapa, tentunya anda nak tahu apakah keistimewaan yang disediakan oleh kedua-dua skim ini, kan?

Jangan risau, kerana ternyata banyak keistimewaan yang disediakan seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mendapat perlindungan takaful
  2. Pelepasan taksiran cukai
  3. Kadar dividen yang kompetitif
  4. Pemberian geran sepadan
  5. Simpanan dijamin kerajaan
  6. Elaun kemasukan hospital
  7. Layak memohon pinjaman pendidikan dan banyak lagi!

Cabutan Hadiah SSPN-i & SSPN-i Plus

Apa yang lebih menyeronokkan, bagi menghargai setiap pelanggan yang setia menyimpan dalam SSPN-i dan SSPN-i Plus, pihak PTPTN juga berbesar hati menganjurkan cabutan hadiah bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan tabungan, seterusnya membuat simpanan secara konsisten setiap bulan. 

Bagi Cabutan 15 Tahun SSPN-i hadiah utama bernilai RM151,515.15 sementara untuk Cabutan WOW! SSPN-i Plus pula pemenang boleh membawa pulang hadiah lumayan iaitu Kereta Proton X70 Premium.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menang cabutan hadiah ini. Simpan lebih, peluang menang pun lebih!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com.

Cara Membuka Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus Secara Dalam Talian

Lepas tahu semua maklumat di atas, mesti anda tertanya-tanya bagaimana nak buka akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus ini, kan?

Sebenarnya tanpa perlu bersesak di kaunter, pengguna boleh membuka akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus dengan hanya menggunakan borang dalam talian (online) sahaja. Mudah kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah melayari laman www.lovesspn.com, pilih skim simpanan yang anda mahu, klik pada “pembukaan akaun” dan mula lengkapkan maklumat diri seperti nama pendeposit, butiran diri penerima manfaat, butir diri waris, jumlah deposit dan kemudian tekan butang hantar.

Mudah sungguh, bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menang cabutan hadiah ini. Simpan lebih, peluang menang pun lebih! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com.

 Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan