Ini Sebab Utama Kenapa Anda Tak Boleh Pukul Bayi (Nombor #2 Wajib Tahu)

Janganlah mengasari anak yang masih kecil dan tidak berdosa. Ini antara sebab utama kenapa anda tak boleh pukul bayi! Baca selanjutnya disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Uish, jangan pukul bayi! Tolonglah ibu bapa.

Umum kita ketahui bahawa budaya memukul dan merotan sudah menjadi salah satu kaedah dalam mendidik anak dalam kalangan masyarakat Asia. Ingat tak bagaimana cara ibu bapa pada zaman dahulu? Sebat, pukul, rotan dan macam-macam lagilah. Ia boleh dianggap sebagai satu cara didikan yang berkesan untuk mendidik anak untuk menerapkan rasa hormat dan disiplin dalam diri anak.

Tapi, ada satu persoalan yang bermain dengan fikiran ibu bapa bila nak disiplinkan anak lagi-lagi bila anak itu masih kecil atau masih bayi.

Boleh ke tidak pukul anak anda yang masih bayi?

Mestilah tidak! Sebarang unsur seperti merotan, memukul, mencubit adalah antara perkara yang dilarang apabila anda nak mendidik anak anda. Anak anda masih lagi kecil dan tidak tahu apa-apa. Sebarang perbuatan fizikal yang boleh menyakitkan anak anda hanyalah akan membawa kesan buruk kepada fizikal dan mental anak yang masih kecil lagi.

Hukum memukul anak menurut Islam

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasulullah sendiri tidak menggalakkan hukuman rotan yang dikenakan ke atas kanak-kanak yang berusia awal daripada 7 tahun. Ini kerana mereka masih tidak mencapai kematangan fikiran dan tidak memahami mengapa anda menggunakan rotan sebagai pukulan. Perlu ada cara dan hanya niat untuk memberi pengajaran. Sekadar syarat sahaja.

Anak-anak yang belum baligh masih lagi tidak dapat menggunakan logik akal fikiran mereka. Sememangnya memukul anak yang masih kecil adalah sangat-sangat tidak dibenarkan.

Banyak sebab sebenarnya kepada anda tidak boleh pukul anak anda atau bayi anda yang masih kecil. Nak tahu apakah sebab tersebut? Jom kita baca!

5  Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Pukul Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

#1 Merosakkan hubungan antara ibu bapa dengan anak

Apabila anda merotan anak anda, ini akan merosakkan hubungan harmoni yang sedia terjalin antara ibu bapa dan anak. Malah, ini juga akan memberikan kesan negatif kepada anak dalam jangka masa yang panjang. Akibatnya, anak akan melihat ibu bapa dengan perasaan takut dan akan hilang hormat sedangkan ibu bapa adalah tempat untuk anak mencurahkan kasih sayang. 

Mereka tidak faham mengenai mengapa anda menggunakan pukulan sebagai hukuman. Apa yang mereka tahu bahawa anda tidak lagi menyayangi mereka hingga sanggup menyakiti mereka. Sebab dan rasional di sebalik perbuatan anda tidak dapat difahami oleh anak anda. Pada akhirnya, jangan terkejut kalau anak anda dah tak nak dekat atau rapat dengan anda.

#2 Ibu bapa boleh hilang kawalan dalam memukul

Bayi yang masih kecil, mereka mempunyai badan yang kecil dan mudah terdedah kepada bahaya. Pastinya itu sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi bayi. Kalau tak anda, siapa lagi kan? Tapi, kalau dah ibu bapa sendiri yang pukul, cubit macammanalah badan anak boleh terima. Memang kita faham bahawa ibu bapa kadang penat, banyak kerja. Balik kerja nak tenang-tenang sahaja. Bila anak anda sepahkan rumah, mulalah ibu bapa nak marah-marah dan tangan laju sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berhati-hati ibu bapa! Apabila anda mula memukul anak, anda boleh jadi hilang kawalan sehingga takut hilang pertimbangan.

Fikirkanlah anak yang masih kecil. Kawal diri dan kemarahan anda.

#3 Bayi tidak belajar apa-apa

Kredit: Pexels

Anak anda kecil lagi. Jika anda menganggap bahawa hukuman pukul boleh memberikan pengajaran kepada anak anda, anda memang silap. Sebaliknya, anak anda hanya merasakan bahawa hukuman ini merupakan hukuman berat terhadap dirinya. Mereka tidak faham apa-apa dan hanya rasa sakit sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling teruk, bila anda mula pukul anak anda, takut pula kalau anda boleh sampai mencederakan anak anda. Apa yang anak anda yang kecil boleh belajar bila anda pukul mereka? Tiada apa. Hanya rasa sakit dan perasaan keliru kerana tidak memahami perbuatan mereka sama ada salah atau betul. Kalau anda pukul anak anda hanya kerana menangis, perbuatan ini lagilah mengeruhkan keadaan.

 

#4 Boleh sebabkan trauma pada diri bayi 

Kadang bayi menangis sebab lapar, tidak dapat apa yang dia nak, tak dapat mainan, panas dan macam-macamlah. Bayi jadi diri mereka sendiri dan itu adalah salah satu cara untuk mereka meluahkan diri mereka. Kenapa mesti anda hukum anak anda kerana menjadi diri mereka? 

Tahukah anda? Anda boleh mengakibatkan trauma yang berpanjangan dalam diri anak anda bila anak herdik, maki, pukul dan segala perbuatan fizikal yang menyakiti anak anda. Bayangkan bagaimana keadaan anak anda apabila mereka membesar? Mereka akan lebih cenderung untuk mendapat kesihatan mental yang teruk menurut kajian akibat trauma yang dialami sewaktu mereka kecil.

#5 Impak negatif kepada anak semasa mereka membesar

Kalau kita sendiri dipukul dan disakiti,mesti kita ingat sampai besar dan terbawa-bawa ingatan tersebut. Begitulah juga dengan anak. Mereka mungkin tidak ingat sebab mengapa mereka dipukul tetapi mereka mengingati rasa sakit tersebut lebih-lebih lagi kalau perilaku anda terhadap anak anda ini dibawa sampai mereka besar. Apa yang lebih teruk lagi, mereka akan cenderung untuk menggunakan kekerasan atau pukulan sebagai hukuman kepada orang lain. Mereka nampak perkara ini sebagai cara penyelesaian masalah.
Jangan pukul! Ini apa yang ibu bapa patut buat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan gunakan kekerasan atau sebarang bentuk fizikal sebagai cara mendisiplinkan anak yang masih kecil.
  • Banyak lagi cara untuk disiplinkan anak. Jangan pilih kekerasan. Gunakan cara lain.
  • Banyakkan bersabar. Mendidik anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sumber: hmetro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Pukul anak terbukti membunuh perkembangan minda dan tubuhnya!

Penulis

Nina Osman