Sebak hati membaca nasib wanita malang ini. Tiada wanita yang mahu nasib yang sedemikian. Gara-gara menghidap sakit kemaluan, wanita ini langsung tidak pernah berhubungan seks dengan suami selepas berkahwin.
Semoga perkongsian ini membuka mata kita tentang kewujudan wanita-wanita kuat yang mengharungi cabaran dahsyat yang digalas.
Ikuti kisah Lara, seorang wanita yang tak dapat melakukan seks walaupun selepas kahwin kerana sakit kemaluan yang dihidapinya.
Kisah benar, sakit kemaluan punca tak melakukan hubungan seks
Helo. Nama saya Lara dan saya akan bercakap tentang miss V.
Anda pasti terfikir mengapa nak bercakap tentang faraj pula. Tak malu ke?
Jawapannya, tak. Saya tak malu kerana penyakit kronik ini sungguh menyakitkan. Dan saya atau wanita lain di luar sana yang menghidap penyakit sama tak patut ambil langkah untuk mendiamkan diri lagi.
Ya, ada sakit kronik di kawasan faraj. Saya tak dapat melakukan hubungan seks, walaupun sekali – tanpa rasa sakit yang melampau.
Sebab rasa sakit ini, saya terpaksa berbaring di atas katil dengan kain demah. Saya terpaksa meletakkan ketulan ais untuk meredakan sakit kemaluan saya.
Faraj saya rasa macam terbakar…. dan kesakitannya amat memeritkan.
Tiada apa yang lawak tentang sakit saya. Saya bukan membesar-besarkan cerita. Saya bukan takut atau nervous nak melakukan hubungan seks.
Tak! Ia benar-benar menyakitkan, kalaulah orang faham.
Tiada jumlah pelincir atau suasana santai sebelum seks yang mampu mengurangkan rasa sakit ini.
Berhenti minta saya cuba posisi seks lain, atau pelincir, atau suasana romantik, atau bawa bertenang dan sebagainya. Itu semua takkan berjaya!
Jadi saya pilih untuk tidak melakukan seks. Tapi…
Cuba bayangkan macam mana saya nak berkahwin? Ada ke lelaki yang akan mengahwini saya kalau mereka tahu saya tak boleh melayani keinginan batin mereka?
Bagaimana ingin saya jelaskan yang saya mungkin takkan mampu beri mereka zuriat? Adakah saya bukan seorang wanita?
Memikirkan hal itu buat saya sebak. Pasti tiada siapa yang mahukan saya, seorang wanita yang tak cukup sifat ini…
Tapi, itu sebelum saya mula sedar…
Semua orang ada masalah. Semua orang ada cabaran. Itu yang buat kita adalah diri kita. Dan perkahwinan atau cinta bukan bergantung pada seks semata-mata.
Kalau saya jumpa orang yang betul, saya mungkin akan bahagia.
Dengar macam ayat semangat yang selalu orang muatnaik di Instagram, kan? Tapi betul.
Mungkin saya tak menjumpai pasangan saya lagi sekarang, mungkin sampai bila-bila. Tapi, saya percaya insan yang tepat untuk saya akan menerima diri ini seadanya…
Dan saya jumpa dia akhirnya…
Dia adalah pasangan saya kini. Tentang hubungan seks, kami masih mencuba, demi cinta yang dibina.
Doakan saya dan pasangan ini!
***
Itulah kisah Lara, salah seorang wanita yang mengalami sakit kemaluan hingga menyukarkan hubungannya dengan pasangan.
Beliau juga menceritakan kisah hidupnya dalam bentuk video, seperti di bawah.
Penyakit kronik yang menyakitkan hubungan seks pada wanita
Tahukah anda yang semua wanita berpotensi untuk menghidap penyakit kronik di kawasan faraj?
Pesakit yang mengalami kesakitan kronik di kawasan faraj ini boleh menjadi satu penyakit serius hingga pesakit tak mampu melakukan hubungan intim, walaupun selepas kahwin!
Malah, kesakitan kronik tersebut juga boleh memberi rasa sakit yang melampau sebelum, semasa dan selepas haid.
Terdapat beberapa kesakitan kronik di kawasan faraj, seperti:
- Endometriosis
- Vaginismus
- Vulvodynia
- Interstitual Cystitis
#1. Endometriosis
Endometriosis adalah salah satu penyakit “senyap” yang tak dibincangkan sesiapa. Namun, hampir 5 juta wanita sengsara dengan penyakit ini!
Menurut NHS Choice, ia adalah kesakitan akibat tisu endometrium berada di luar tisu. Antara tempat yang boleh terjejas adalah seperti ovari, tiub falopian, perut dan punggung.
#2. Vaginismus
Lebih kurang sama dengan gejala penyakit endometriosis, vaginismus adalah keadaan di mana otot vagina mengecut apabila dimasukkan dengan sesuatu seperti zakar.
Oleh itu, berhubungan intim akan jadi sungguh menyakitkan. Doktor pakar masih belum mengetahui tentang punca kesakitan ini.
#3. Vulvodynia
Vulvodynia adalah rasa sakit kronik di kawasan sekitar pembukaan vagina, labia dan perineum.
Pesakit boleh mengalami rasa kebas di bahagian vagina dalam keadaan yang lama.
#4. Interstitial cystitis
Ini adalah satu sindrom pundi kencing. Pesakit akan mengalami tekanan di sekitar pundi kencing hingga boleh sakit dan mengalami kejang di bahagian vagina dan otot pelvik.
Yang pasti, keempat-empat penyakit kesakitan kronik di kawasan intim ini sungguh menyeksakan sehingga mangsa tidak dapat melakukan hubungan seks.
Jika anda mengalami beberapa tanda yang merungsingkan, sila berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan pemeriksaan.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Vagina Terjatuh/Terkeluar Ketika Melakukan Hubungan Seks, Ini Kisahnya