''Saya & Suami Tak Mahu Anak Ramai,'' Bayi Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital

Tak mahu anak, ibu ini nekad bersalin di rumah dan sengaja lambat pergi hospital. Dia langsung tiada perasaan apabila anak meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedihnya hati tatkala membaca kisah seorang ibu sanggup datang lambat ke hospital selepas melahirkan bayi di rumah. Akhirnya, bayi  tidak dapat diselamatkan dan ibu itu seolah-olah tiada perasaan kerana rupanya tak mahu anak tersebut.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kisah benar seorang ibu tak mahu anak, sengaja lambat ke hospital
  • Alasan tiada kenderaan ke hospital
  • Jumpa doktor rancang keluarga
  • Bilakah masa sesuai rancang keluarga

Kisah yang diceritakan oleh Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini sangat menyedihkan dan menginsafkan kita sebagai ibu bapa.

Kisah benar seorang ibu tak mahu anak, sengaja lambat ke hospital selepas bersalin

Bercerita lebih lanjut menerusi hantaran pada Facebook beliau, Dr Ahmad Zakimi berkata, pihak hospital sedaya upaya cuba menyelamatkan bayi tersebut yang dibawa ke hospital selepas ibunya bersalin di rumah.

Ikuti kisah diceritakan oleh beliau.

“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” Ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).

“So, how is the baby now?” Tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.

“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Innalillah”

Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu itu membawanya ke hospital selepas 4 hingga 5 jam bersalin malah, tali pusat belum dipotong.

Tidak buat buku pink sebab memang tak mahu anak

Apabila ditanya kenapa tidak datang terus ke hospital, ibu tersebut memaklumkan tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!” Tanya Dr Faizal.

“Terlupa” balas ibu sangat ringkas. Aku hairan lagi.

“Suami dah tahu puan dah bersalin?”

“Tahu,” balas ibu yang sudah mempunyai dua anak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena.

Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah-olah tiada perasaan.

“Sebenarnya, saya dan suami tak mahu anak ini. Suami tak mahu tanggung ramai,” katanya.

Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tidak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28 hingga 30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).

Kalau tak mahu anak, jumpa doktor rancang keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya banyak juga kes sebegini terjadi dalam kalangan masyarakat. Kehamilan yang tidak diingini. Allahu. Sadis!

Jika pasangan masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata atas sebab-sebab tertentu, lebih baik pergi berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga. Banyak kaedahnya.

Jangan buat begini setelah hamil. Kesian bayi dalam kandungan.

‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31). Ingatlah janji Allah.

Bilakah masa sesuai untuk anda merancang keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Anak itu rezeki namun dalam masa sama, zuriat juga adalah amanah daripada Allah SWT sekali gus, tanggungjawab kita untuk membesarkan dan mendidiknya.

Adalah menyedihkan apabila mereka dilahirkan ke dunia namun sebenarnya, ibu dan ayah tidak mahukan zuriat tersebut.

Sudah tentu yang akan menjadi mangsa ialah anak, membesar kekurangan kasih sayang kerana pilih kasih, membesar dalam suasana yang tidak sihat dan sudahnya, mendera emosi dan mental anak tersebut.

Perancangan keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang diingini oleh pasangan tersebut.

Masa sesuai untuk wanita hamil :

  • Berumur di antara 20 tahun dan 35 tahun
  • Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya dua tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal dan optimum.
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak

Kaedah perancangan keluarga yang boleh suami isteri ambil

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi. Sehubungan itu, wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga berkesan.

#1) Kaedah semulajadi

  • Kaedah masa subur
  • Suhu badan asas
  • Kaedah cairan dan lendiran faraj
  • Kaedah gabungan
  • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

#2) Kaedah halangan

#3) Hormon

  • Pil
  • Implan
  • Suntikan

#4) Alat dalam rahim

#5) Kaedah kekal

  • Ikatan tiub fallopian/peranakan
  • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Anda Perlu Buat

Baca juga: Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

Baca juga: Selepas 6 Jam Berada Dalam Peti Sejuk Mayat, Bayi Pramatang Menangis & Hidup Semula!