Anak Takut Basah, Geli Pegang Pasir? Adakah Itu Tanda Awal Autisme Atau Masalah Sensori?

Adakah anak anda mengalami takut air atau takut basah? Adakah dia suka berstoking dalam rumah? Ini tanda awal masalah sensori.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, kita perlu peka dengan segala yang terjadi pada anak-anak. Apa saja yang sepatutnya manusia biasa buat, anak kita sepatutnya boleh lakukan jika dia tidak mempunyai sebarang masalah. Ini termasuklah, takut air, takut pegang ais dan banyak lagi.

Ibu bapa mestilah peka dengan sebarang kelainan pada anak mereka, kerana anak kecil memang tidak tahu jika terdapat perkara pelik berlaku pada diri mereka.

Hanya ibu bapa saja yang biasanya dapat mengesan kelainan anak mereka berbanding orang lain, disebabkan itu perlu sentiasa peka dan tidak boleh terleka.

Takut air, takut ais mungkin simptom masalah sensori sentuhan

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu risau jika anak mereka menunjukkan tanda-tanda berikut.

Boleh jadi ini tanda-tanda ini menunjukkan anak ada masalah sensori sentuhan:

#1. Anak takut badan basah kena air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak dan air memang sangat sinonim. Tetapi jika anak anda menjadi sangat marah atau tension bila badannya atau bajunya basah-basah terkena air anda perlu ambil perhatian. Jangan biarkan saja.

Cuba test anak untuk beberapa kali dan di mana tahap kemarahannya bila dia basah. Atau jika dia tidak marah bagaimana keadaanya tidak selesa. Semua ini ibu bapa perlu peka bagi memastikan mereka tidak terlewat merawat anak itu sekiranya memerlukan.

Daripada anda tertanya-tanya, baik rujuk pada yang pakarkan?

#2. Anak takut pegang ais

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ais sejuk, tetapi kebanyakkan kanak-kanak memang suka bermain dengannya. Jadi jika anak anda takut pegang ais, mungkin ada sesuatu yang patut anda risaukan.

Kali pertama memegang ais mungkin dia memang takut, tetapi cubalah beberapa kali untuk melihat keadaannya. Ia amat penting bagi mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah sensori atau sebaliknya.

#3. Anak geli pegang pasir

Ini indikator paling biasa dilihat pada anak. Jika anda bawanya ke pantai, dia sangkut bersangkut di badan anda kerana tidak mahu menjejakkan kaki di atas pasir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda perlu beri lebih perhatian jika lihat anak dalam keadaan seperti ini. Tetapi tidak semestinya mereka ada masalah sensori jika geli pegang pasir, mungkin itulah kali pertama anda dedahnnya dengan pasir.

Ada juga yang mungkin dia pernah digigit sesuatu di pasir, jadi dia jadi takut dan fobia untuk menjejak kaki di atas pasir. Segala kemungkinan boleh berlaku, jadi peka saja dengan sebarang perubahan pada tingkah laku anak anda.

#4. Tak boleh makan makanan lembik

Anak anda tak boleh makan makanan lembik. Tidak kiralah bubur, agar-agar atau apa saja yang mempunyai tekstur lembik dia akan menolaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mimik muka kelihatan sangat geli jika dia diberi makan makanan lembik, malah boleh jadi dia moody ketika disuakan makanan lembik.

#5. Takut pakai kasut

Ada kanak-kanak yang sangat gemar berkaki ayam. Bila disuruh pakai kasut, dia tak suka dan mahu dibuka.

Mungkin dia tidak selesa dengan kasut berkenaan, jadi anda perlu cuba dengan kasut lain atau beberapa jenis kasut yang mungkin selesa padanya. Jika pelbagai jenis kasut sudah dicuba, tetapi dia tetap takut dan tak suka, mungkin anda perlu buat sesuatu dan bawanya buat pemeriksaan pakar.

#6. Suka pakai stoking dalam rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan tak? Ada budak yang memang suka sangat pakai stoking dalam rumah. Kadang kala risau dibuatnya kerana takut licin dan terjatuh kan. Cuba tengok, adakah ini menjadi tabiatnya atau sekadar hanya suka-suka dan mahu mencuba.

#7. Asyik terjatuh dan cedera di rumah

Tak semena-mena dia boleh jatuh. Itu juga mungkin tanda dia ada masalah sensori sentuhan. Kekerapan jatuh yang terlalu kerap perlu diberi perhatian ya parents!

Finger painting rangsang deria sentuhan

Menurut Dr Redza, mujur ada aktiviti yang ibu ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ni sentiasa dirangsang.

Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan. Sambil ransang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.

Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu 2 warna. Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna. Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Redza Zainol, Mahfuzah Zainol

Baca juga:

Anak Semakin Matang Antara Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan!

Penulis

Lala Annuar