Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

Takut gelap biasa berlaku dalam kalangan anak yang masih kecil. Sebagai ibu ayah, anda hendaklah menjadi pelindung buat mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Takut gelap adalah satu situasi yang sering dialami anak-anak kecil. Jika anak anda mengalami ketakutan melampau pada waktu malam, anak anda mungkin mengalami keresahan atau nightmare anxiety. Ada yang menangis, menjerit dan tidak boleh berseorangan sewaktu tidur.

Sekiranya dibiarkan impaknya boleh mencetuskan masalah yang lebih besar sewaktu anak kian meningkat dewasa. Jadi ibu bapa perlu ambil langkah proaktif untuk bantu ketakutan yang dialami anak-anak mereka. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara bantu dan pulihkan semangat anak takut gelap
  • Peranan ibu bapa dalam menangani hal ini

Cara bantu dan pulihkan semangat anak takut gelap

#1. Ikut rentak anak dan jangan abaikan mereka
 
 
Anak anda minta anda teman dia tidur kerana takutkan gelap? Jangan menolak kemahuan anak anda. Temankan sahaja. Yang penting anak anda dapat berasa tenang dan tidak berasa ketakutan.
 
Cara paling mudah sekiranya anak anda takut gelap ialah dengan sediakan lampu kecil. Mudah untuk anak anda tidur nanti. Lampu boleh membantu sebagai latihan untuk anak anda tidur sendirinya nanti dan hilangkan rasa takut.
 
#2. Fahami anak dan jadi lebih empati dengan keadaannya
 

Ada ibu bapa yang lebih mudah memandang situasi anak sebagai satu perkara. Jangan buat begitu ibu bapa! Waktu-waktu inilah anak anda benar-benar memerlukan anda. Mereka hanya mahu anda mendengar dan memahami situasi mereka bukan mengajar dan mengatakan bahawa perasaan mereka itu tidak valid. 

Jadilah ibu bapa yang memahami, dan pada yang masa masih boleh memberikan galakan dan tunjuk ajar kepada anak. 

#3. Bantu anak kenal pasti kekuatan mereka
 

Jadikan setiap usaha anak dalam melawan ketakutan mereka yang takut gelap sebagai satu pencapaian dan jangan lupa raikan mereka.

Beri kata-kata galakan setiap kali anak berjaya tidur seorang seperti "Hebatlah adik, pandai tidur seorang semalam dalam gelap."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan dorongan dan galakan anda kepada anak anda, pastinya anak anda akan dapat mengenali kekuatan yang tersimpan dalam diri mereka. 

Peranan ibu ayah dalam menangani hal ini

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani emosi anak yang takut gelap. Janganlah diabaikan anak anda yang berada dalam ketakutan. Bagi memulihkan anak anda yang takut gelap ini, hanya anda sahaja yang dapat membantu anak anda melawan rasa takut ini.

Jangan abaikan anak anda ya! Bersamalah mendidik anak agar menjadi kuat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Berjaya Buat Anak Takut Nak Main Gadget, Anda Setuju Tak Dengan Cara Ini?

Baca juga: Anak Takut Basah, Geli Pegang Pasir? Adakah Itu Tanda Awal Autisme Atau Masalah Sensori?

Baca juga:  Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman