Tali pakaian kanak-kanak membahayakan?

Pernahkah anda terfikir bahawa pakaian bertali boleh mendatangkan mudarat pada kanak-kanak? Teruskan membaca bagi mengetahui amaran tentang perkara ini dan panduan keselamatan bilik kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tali pakaian kanak-kanak membahayakan?

“SPRING: Pakaian kanak-kanak bertali boleh menyebabkan jerutan.”

Pada bulan lepas, SPRING, satu badan piawaian dan akreditasi Singapura yang antara lain berfungsi memastikan keselamatan barangan pengguna telah mengeluarkan amaran bahawa pakaian kanak-kanak yang bertali boleh mengakibatkan jerutan.

Ini adalah kesimpulan daripada pemeriksaan terhadap 110 contoh pakaian kanak-kanak yang diambil daripada beberapa kedai menjual pakaian yang besar dan kecil di sekitar Singapura. 28 daripadanya tidak memenuhi piawaian keselamatan termasuk tali pada bahagian leher dan hud. Sebahagian lainnya mempunyai tali yang terlalu panjang dan mungkin tersangkut pada perabot dan pintu.

BERKAIT: Aksesori kepala boleh ancam keselamatan bayi

Bagaimana ia memudaratkan

Amaran yang hampir sama telah dikeluarkan oleh PROSAFE, sebuah badan yang bukan bermotifkan keuntungan Eropah pada tahun 2010, hasil daripada pengawasan pasaran yang dilakukan di seluruh Eropah tentang pakaian bertali pada tahun 2009. Laporan tersebut juga menyenaraikan 5 bahaya utam tentang pakaian bertali.

• Tali panjang pada hud atau mengelilingi leher pakaian kanak-kanak boleh mengakibatkan jerutan atau kanak-kanak tergantung.

• Tali elastik yang hampir pada muka boleh mengakibatkan kecederaan pada mata atau gigi, jika tali tersebut tersangkut dan terlepas semula dan mengenai wajah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Tali panjang, khususnya pada belakang pakaian kanak-kanak, boleh mengakibatkan kecederaan yang serius hasil daripada terperangkap pada pintu kenderaan ketika kanak-kanak menuruninya menyebabkan dia terheret bersama kenderaan.

• Tali pinggang atau tali penjerut yang panjang di bahagian pinggang boleh mengakibatkan kanak-kanak terperangkap ketika bermain.

• Tali atau tali penjerut yang panjang pada bahagian bawah lengan atau kelim bawah pada pakaian kanak-kanak boleh mengakibatkan kecederaan semasa bermain atau berbasikal kerana ia boleh terikat dan menyebabkan mereka jatuh.

BERKAIT: Handling head bumps

Bilik kanak-kanak yang selamat

Jerutan atau kecederaan lain pada kanak-kanak bukan sahaja boleh disebabkan oleh tali pada pakaian tetapi juga tali atau wayar serta perabot di rumah. Bagi memastikan keselamatan di dalam bilik anak-anak, pastikan beberapa perkara berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tingkap dan langsir
Pastikan setiap tingkap mempunyai kunci dan boleh dikunci dengan baik. Gunakan langsir yang tidak bertali pada semua bahagian tingkap bilik. Jika ia mustahil pastikan tali pada tirai atau blinder diikat tinggi tanpa gelung. Pastikan semua tali pada tingkap dalam rumah tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil.

Katil dan tilam
Jika anda menggunakan crib bayi, pastikan tilamnya muat dengan tepat dan tidak meninggalkan ruang kosong pada setiap sisi tilam. Gunakan alas tilam jenis fitting dan elakkan penggunaan selimut dalam crib bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas.

Almari dan perabot lain
Rapatkan semua almari dan kabinet ke dinding bilik. Letakkan perabot lainnya seperti kerusi dan meja jauh daripada dinding dan tingkap. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak memanjat dan jatuh. Pastikan juga hujung atau tepi perabot yang boleh dicapai oleh anak-anak kecil dipasang dengan corner guards atau corner cushion, jika dirasakan tajam dan merbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hiasan
Pastikan hiasan dalam bilik bayi tidak diletakkan pada tempat yang mudah dicapai atau mudah jatuh. Elakkan sama sekali memasang frame gambar di atas pada dinding dimana katil atau crib bayi diletakkan.

BERKAIT: Infants safe product for your home

Peralatan dan bahan berbahaya
Periksa semua almari dan kabinet dalam bilik anak-anak kecil dan pastikan tiada benda tajam seperti gunting, bahan pembersih, ubat-ubatan dan apa sahaja yang boleh menyebabkan kecemasan. Pindahkan kesemuanya keluar daripada bilik anak-anak atau simpan dalam laci yang tinggi atau kabinet berkunci.

Lain-lain bahagian bilik
Setelah anda pastikan kesemua peralatan dan perabot dalam bilik selamat untuk anak-anak kecil, perhatikan beberapa perkara terakhir dalam bilik. Tutup semua punca elektrik dan blok wayar elektrik dengan perabot atau lekatkan dengan pelekat. Uji rel langsir sama ada kukuh atau tidak. Alihkan benda berat daripada atas kabinet dan almari. Akhir sekali pastikan langsir dan kain alas tilam diperbuat daripada kain yang tidak mudah terbakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BERKAIT: Bahaya yang tersembunyi di bilik bayi

Rujukan:

Kids’ clothing with cords may cause strangulation: SPRING
Cord and Drawstrings on Children’s: Clothing Overview of Risks Presented by Common Non­Compliances
How to Keep Your Baby’s Room Safe
Room Safety Checklist For Kids

Adakah anda bersetuju dengan perkara ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan