Rindu Nak Bawa Anak Bermain Di Taman Permainan, Selamat @ Tidak Untuk Bawa Anak?

Adakah selamat kanak-kanak untuk riang bermain di taman permainan jika ia kembali beroperasi semula?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa dan penjaga, adakah anda sudah mempertimbangkan risiko yang boleh muncul apabila membawa anak-anak bermain ke taman permainan?

Ini kerana seperti yang kita tahu, ia sedikit sukar untuk mengekalkan penjarakan sosial di kalangan anak kecil.

Hal ini kerana mereka akan berlari ke sana ke sini dan menyentuh apa saja yang mereka suka tanpa sesiapapun boleh menghalang.

Jadi, sekiranya taman permainan dibuka semula sudah tentu anak kecil anda akan bernyanyi dengan girang dan gembira kerana mereka tidak perlu lagi memerap di dalam rumah sehingga berasa bosan.

Di beberapa buah negara lain seperti Ohio, Massachusetts, Colorado dan lain-lain telah mengumumkan membuka taman permainan pada bulan ini. Namun di negara tersebut mengenakan kuota untuk bilangan pemain dalam
beberapa jarak masa.

Adakah taman permainan selamat untuk digunakan selepas covid 19?

Walaupun ini mungkin satu berita baik untuk anak kecil, namun terdapat sebilangan ibu bapa yang masih berhati-hati untuk membiarkan anak bermain di taman permainan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, secara amnya coronavirus masih merebak dan vaksin juga dijangka siap awal tahun depan.

Walaupun di Malaysia jumlah jangkitan menurun namun di beberapa buah negara yang lain kes saban meningkat hari demi hari.

Oleh itu, adakah selamat untuk membenarkan anak kecil bermain semula di taman permainan?

Adakah taman permainan benar-benar selamat pada masa sekarang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah satu yang mustahil jika kita menidakkan risiko dijangkiti virus di tempat tertentu seperti taman permainan kanak-kanak yang sering dikunjungi oleh sebilangan besar orang yang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza mengenai jarak sosial dan kebersihan.

Meskipun itu, taman permainan outdoor mempunyai kelebihan udara yang segar dan lebih banyak ruang antara orang tertentu dengan yang lain berbanding taman permainan indoor.

Oleh sebab itu, taman permainan yang padat dengan orang bagaimanapun mungkin menimbulkan risiko yang lebih besar untuk terdedah dengan ancaman wabak berbahaya ini.

Justeru, jika ingin membukanya kembali, kerajaan perlu mempertimbangkan kapasiti orang dalam sesuatu masa agar tidak  crowded dengan orang ramai hingga berisiko untuk menyebarkan virus ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, kawasan taman permainan ini juga perlulah dibersihkan dan dibasmi kuman dengan sekerap yang mungkin sebelum dibuka kepada orang ramai.

Bolehkah virus ini hidup di kawasan tersebut?

Tidak jelas tentang berapa lama coronavirus dapat hidup di kawasan taman permainan plastik dan logam yang disentuh oleh ratusan tangan kecil dan kotor.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit berkata, orang ramai boleh dijangkiti coronavirus dengan menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai virus berkenaan di atasnya dan kemudian tanpa sedar mereka menyentuh pula bahagian mulut, hidung dan mata sendiri. Ini yang dianggap cara utama bagaimana virus ini boleh merebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati bahawa virus itu dapat hidup paling lama pada permukaan plastik dan keluli tahan karat serta bertahan di permukaan tersebut hingga 72 jam.

Kajian lain yang diterbitkan dalam The Lancet turut mendapati bahawa virus pandemik ini tetap bertahan hingga empat hari pada keluli tahan karat dan plastik tetapi para penyelidik mengatakan kaedah yang mereka gunakan untuk mengestrak virus dari objek ini tidak sama dengan sentuh secara santai di permukaan tertentu.

CDC, mengesyorkan taman permainan kanak-kanak ini yang diperbuat daripada logam plastik dibersihkan terlebih dahulu dengan kerap yang mungkin.

Beberapa kajian lain turut menunjukkan cahaya matahari dapat membantu mengurangi jumlah virus yang muncul di permukaan tertentu di kawasan luar.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin disyorkan untuk memakai topeng hidung sepanjang bermain supaya dapat mengurangkan penularan virus tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, pemakaian topeng ini tidak disyorkan bagi anak di bawah umur 2 atau 3 tahun kerana ia boleh menyebabkan kesan lain pula nanti contohnya risiko mati lemas. Jadi sebaiknya tunggu covid 19 benar-benar pulih baru bawa anak bermain di taman.

Jika bercadang untuk membawa anak bermain di taman permainan, ibu ayah harus sentiasa mencuci tangan mereka dan membawa pembersih tangan. Kemudian sapukan secukupnya pada kedua-dua tangan mereka dan meminta anak menggosoknya hingga kering.

Kemudian, bersihkan tangan anak sebelum ambil makanan ringan di taman permainan dan sesudah makan untuk pulang ke rumah.

Selain itu, jaga jarak selamat untuk anak-anak bermain supaya mereka tidak tersentuh orang lain hingga menyebabkan virus ini boleh tersebar tanpa kita sendiri tidak sedari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Nytimes 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comtaman-permainan-indoor