Wanita Lepas Bersalin Digalak Makan 8 Jenis Sayuran Ini, Ia Boleh Tambah Susu Ibu!
Ada yang tak perlu berusaha tetapi susu memang sudah banyak. Ada pula yang perlu berusaha keras untuk tambah susu ibu. Bergantung rezeki masing-masing.
Semua orang tahu susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia. Tetapi ia bergantung kepada rezeki masing-masing, ada yang tak perlu berusaha tetapi susu memang sudah banyak. Ada pula yang perlu berusaha keras untuk tambah susu ibu.
Walau apa pun, matlamatnya tetap satu iaitu mahu bekalan susu yang cukup untuk bayi kesayangan. Kadang kala buntu jadinya bila orang sekeliling sibuk bertanya mengapa susu tak banyak, sedangkan siapa saja yang mahu mengalami perkara itu kan?
Ditambah pula dengan keadaan baru bersalin, boleh jadi stres dan kemurungan ibu yang baru melahirkan itu jika berterusan ditanya soalan sensitif itu.
Baca juga: Kelebihan Susu Ibu, Bayi Dapat Elak Jangkitan & Virus, Elok Diamalkan Ketika Pandemik Ini!
Tambah susu ibu dengan 8 jenis sayur ini
Menurut artikel yang dikongsikan dalam bumbumcak.my,pengambilan makanan yang sihat semasa berpantang adalah sangat penting.
Ketika ini juga, ibu menyusu memerlukan makanan yang mampu memberikannya manfaat kesihatan, sekali gus menambah pengeluaran susu.
Memang lain orang lain hasil yang akan mereka perolehi, tetapi tidak salah jika anda mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan anak anda kan? Mungkin ada cara yang serasi dengan anda dalam usaha untuk menambah pengeluaran susu.
Apa yang penting, ibu selepas bersalin tidak digalakkan untuk terlalu stres dan memikirkan banyak perkara kerana salah satu punya kurangnya susu badan ada disebabkan and stres.
Tekanan boleh buat susu ibu kurang
Tekanan menyebabkan berlakunya kekurangan pengeluaran susu. Jadi tenang-tenang saja ya ibu!
#1. Salad
Salad merupakan sayuran hijau yang memberikan kesegaran. Ia mengandungi tinggi serat dan air yang banyak sememangnya sangat sesuai bagi ibu menyusu.
Ini kerana, air mampu membantu menambah pengeluaran susu ibu. Selain itu, ia juga kaya dengan kalsium, magnesium, zat besi, natrium, kalium, vitamin B, vitamin K, vitamin C dan vitamin A.
Jadi cubalah makan salah ketika dalam pantang untuk menambah susu anda!
#2. Tomato
Tomato baik untuk ibu menyusu dan mampu mencegah tubuh ibu menyusu agar tidak mudah sakit. Sayur ini mengandungi tinggi serat dan mampu mengatasi trauma akibat gangguan pencernaan ketika hamil.
Kandungan vitamin A, vitamin C dan asam folat akan membantu menambah pengeluaran susu. Ibu menyusu seeloknya makan tomato yang sudah dimasak dengan suhu rendah agar nutrisi tidak hilang.
#3. Cili benggala (capsicum)
Untuk ibu menyusu yang sukakan makanan pedas, mungkin boleh makan cili bengala ketika berpantang. Sayur ini mengandungi air yang banyak dan boleh memberikan peningkatan jumlah susu ibu.
Selain itu, kandungan kalori yang rendah boleh membantu ibu menyusu menurunkan berat badan. Cili ini juga kaya vitamin A, vitamin C dan asam folat.
#4. Asparagus
Asparagus adalah sumber sayuran yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ia mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K dan asam folat yang boleh membantu ibu yang mengalami masalah gangguan mental seperti sindrom baby blues.
Ia juga penting untuk membantu merawat bayi kerana nutrisi dari sayuran juga sampai ke tubuh bayi.
#5. Lobak merah
Sayur ini merupakan salah satu makanan yang baik dalam melancarkan aliran susu pada saluran susu. Kandungan bahan fitoestrogen di dalamnya dan vitamin A boleh membuatkan tubuh ibu menyusu tidak mudah letih.
Lobak merah juga baik untuk kesihatan organ mata dan tubuh bayi.
#6. Bendi
Bendi adalah jenis sayuran yang mengandung sejuta manfaat untuk ibu menyusu. Lendir dari sayuran ini mengandung glikoprotein dan exopolysacharrides yang menjaga kesihatan ibu menyusu.
#7. Bayam
Ketika berpantang, ramai ibu menyusu mengamalkan bayam dalam makanan. Sayur ini mengandungi nutrisi penting untuk pengeluaran susu seperti zat besi, kalsium, vitamin A, asam folat dan serat.
#8. Pucuk manis
Pucuk manis adalah antara sayur penting untuk ibu menyusu. Sayur hijau ini sangat baik untuk membuat produksi susu lebih banyak kerana mengandung vitamin A, vitamin B1, B2 dan B6 serta vitamin E.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak.my