TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Doktor Ini Pesan, Jangan Biar Bayi Kebuluran,Tak Salah Pun Beri Susu Formula Jika Terpaksa!

4 min bacaan
Doktor Ini Pesan, Jangan Biar Bayi Kebuluran,Tak Salah Pun Beri Susu Formula Jika Terpaksa!

Banyak yang anda baca di media sosial dan pelbagai lagi platform, tetapi adakah anda benar-benar memahami apa maksud penyusuan eksklusif?

Adakah anda fahami apa sebenarnya maksud penyusuan eksklusif? Banyak yang anda baca di media sosial dan pelbagai lagi platform, tetapi adakah anda benar-benar memahami apa maksud penyusuan eksklusif?

Menurut Dr Imelda Balchin, penyusuan ekslusif bermaksud hanya bagi susu ibu selama enam bulan. Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara eksklusif sejak lahir sampai enam bulan.

Ia adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, American Academy of Pediatrics (Academi Pakar Kanak-Kanak Amerika) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). 

Baca juga : Ibu Ini Berkongsi Resipi Mi Susu Ibu Buatan Tangan Yang Sungguh Lazat!

Penyusuan eksklusif perlu difahami elak salah praktik

Penyusuan ekslusif

Dr Imelda berkata penyusuan eksklusif bermaksud hanya bagi susu ibu selama enam bulan. Ini bermakna, sepanjang penyusuan eksklusif:

  • Tidak boleh bagi air.
  • Tidak boleh bagi air bergula.
  • Tidak boleh bagi bubur.
  • Tidak boleh bagi nestum.
  • Tidak boleh bagi makanan langsung.
  • Tidak boleh tambah susu formula.
  • Tidak boleh tambah susu kambing.
  • Tidak boleh tambah susu lembu.
  • Tak boleh bagi minum jus.
  • Tak boleh bagi pisang.
  • Tak boleh bagi milo.
  • Jangan bagi minum air kunyit.
  • Jangan bagi makan produk mencerahkan kulit.
  • Jangan bagi makan ubat tinggi.
  • Jangan bagi pil minda mengarut-ngarut.
  • Tak payah jus sunnah.

Kenapa eksklusif breastfeeding (EBF)

Kajian menunjukkan jika:

  1. Jika EBF selama empat bulan dan dibandingkan dengan susu formula atau penyusuan tidak eksklusif, jangkitan kuman paru-paru dikurangkan 72%. Jika EBF 6 bulan, dikurang lagi sebanyak 4 kali ganda.
  2. EBF selama 3 bulan mengurangkan jangkitan kuman di dalam telinga sebanyak 50%, tetapi EBF 6 bulan boleh mengelak jangkitan kerongkong dan telinga yang lebih serius
  3. Penyusuan ibu saja mengurangkan kejadian Sudden Infant Death Syndrome sebanyak 45% tetapi EBF mengurangkan sebanyak 73%.
  4. EBF selama 3-4 bulan mengurangkan asma, ekzema dan alahan kulit sebanyak 27%.
  5. EBF 3 bulan mengurangkan risiko anak mendapat diabetes di masa depan sebanyak 30%
  6.  EBF 6 bulan mengurangkan risiko leukaemia sebanyak 20%.

Kenapa 6 bulan EBF?

Selepas 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat dan makanan yang lain untuk melengkapkan keperluannya selain daripada susu ibu saja.

Susu ibu perlu diteruskan secara sambil-sambilan disamping memberi makanan untuk melengkapkan keperluan bayi yang membesar, tetapi tidak perlu lagi penyusuan secara eksklusif sahaja (iaitu susu ibu sahaja).

Berikan makanan yang lembut dan lumat sambil menyusu. Tukarkan menu setiap hari supaya bayi mendapat zat-zat daripada pelbagai sumber yang lain untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang.

Tambah dengan penyusuan ibu mengikut selera anak yang membesar. Ada anak-anak yang ada selera makan yang baik, maka ibu boleh beransur-ansur mengurangkan penyusuan ibu untuk menggalakkan anak makan. Ada anak-anak yang cerewet sedikit maka teruskan penyusuan sambil menggalakkan anak mencuba makanan yang lain.

Ibu-ibu juga digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih, secara sambilan, jika boleh, tetapi tidak lagi secara eksklusif.

Paling kurang sekali teruskan menyusu sehingga satu tahun, jika anak-anak memakan makanan seimbang dengan cukup seperti yang disarankan oleh American Academy of Pediatrics. Susu lembu segar atau susu kambing segar (bukan yang mentah) hanya boleh diberikan selepas usia satu tahun.

Di negara barat mereka senang dapat susu lembu segar, sebab itulah mereka suka beri anak mereka susu lembu bila usia 1 tahun ke atas.

Tak salah pun beri susu formula jika terpaksa

Penyusuan ekslusif

Katanya, walaupun susu ibulah yang terbaik, terdapat masalah yang menyebabkan perubahan terhadap ‘Fed is Best‘

Ini bermakna, pada enam bulan pertama, hanya kerana ibu-ibu mempunyai masalah menyusukan bayi, janganlah dibiarkan bayi kebuluran. 

Katanya, berilah susu formula yang khas untuk bayi sebagai tambahan jika terpaksa, jangan bagi makanan yang lain, hanya susu formula khas untuk bayi.

Ini pengetahuan yang mustahak demi kesihatan bayi kerana sudah berlakunya kejadian yang tidak diingini iaitu kemasukan bayi ke hospital akibat perkata ini.

Walaupun terdapat ibu yang ada kesulitan menyebabkannya tidak boleh menyusu, ada yang merasa takut meminta bantuan atau berasa tertekan.

Akibat tertekan, mereka langsung tidak mahu memberikan bayi penyusuan yang lain kerana ramai ibu takut dikecam masyarakat. Janganlah kerana itu bayi jadi sengsara pula. 

Tanda bayi baru lahir tak cukup susu

Penyusuan ekslusif

  1. Habis  menyusu selepas 30 minit, kemudian minta lagi susu ibu dengan lebih kerap daripada setiap 2 jam dan sentiasa menangis.
  2. Bayi yang letih tidak bermaya dan tidur lama
  3. Suhu badannya rendah, sawan, tangannya terketar, kulit warna kebiruan kerana kandungan gula dalam darah yang rendah (Hypoglycaemia)
  4. Lampinnya kering selama enam jam atau sedikit saja kencingnya
  5. Jaundice

Jika bayi anda menunjukkan perubahan ini, sila bawa ke hospital dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Doktor Ini Pesan, Jangan Biar Bayi Kebuluran,Tak Salah Pun Beri Susu Formula Jika Terpaksa!
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham