Resepi dari susu ibu
Kami suka apabila pembaca sudi berkongsi cerita dengan kami dan juga ibu-ibu lain.
Jadi, kami sangat gembira apabila Amy, seorang ibu dari Singapura bersetuju untuk berkongsi tip-tips menyusu dan pengalamannya sebagai seorang ibu.
Selain itu, Amy juga akan berkongsi resipi yang sangat istimewa dengan kami, iaitu mi susu ibu! Bukankah ini cara yang bijak untuk menggunakan susu ibu yang berlebihan?!
Pengalaman Amy sebagai ibu menyusu
“Nama saya Amy, dan saya adalah ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 bulan.
Walaupun pengalaman saya sebagai seorang ibu banyak cabarannya, pengalaman itu tetap manis.
Anak saya adalah segala-galanya untuk saya. Sememangnya hampir setiap malam saya tidak cukup tidur dan saya selalu letih, tetapi semuanya berbaloi apabila saya melihat muka anak saya.”
Cabaran memberi susu ibu pada mula-mulanya
Sekarang anak saya mendapat susu ibu secara eksklusif tetapi pengalaman menyusu saya tidaklah begitu manis.
Saya ingin memberitahu semua ibu supaya jangan rasa tertekan jika susu anda lambat dan anda tidak dapat menyusu dengan segera.
Susu saya hanya mula datang seminggu selepas melahirkan anak. Masa itu saya berasa sangat tertekan kerana tidak melihat setitik susu ketika berada di hospital.
Saya hanya menghasilkan beberapa titis kolostrum, itu sahaja.
Tapi jururawat, pakar laktasi, doktor dan semua orang di hospital berkata ia tidak mengapa jika saya tidak mempunyai banyak susu kerana bayi baru lahir tidak memerlukan banyak susu pun.
Tapi saya melihat anak saya menderita. Dia akan menangis dan tidak akan tenang walaupun sudah latch selama setengah jam.
Dia nampak haus dan lapar. Selepas 1 setengah hari, saya tidak tahan melihatnya menderita. Saya telah minta jururawat berikan susu formula.
Pastikan anak mendapat susu yang secukupnya
Anak saya menjadi lebih tenang, dan dia dapat tidur dengan nyenyak kerana dia mendapat susu yang mencukupi.
Jadi ibu-ibu sekalian, ikutlah naluri ibu, pastikan anak anda mendapat susu yang secukupnya walaupun ia bukan susu ibu.
Orang kata breast milk is best tetapi jika badan kita tidak menghasilkan bekalan susu ibu yang secukupnya terutamanya pada permulaan, adalah lebih baik untuk memberi sedikit formula dari risiko dehidrasi.
Saya sangat bertuah kerana seminggu selepas melahirkan, badan saya mula menghasilkan susu. Susu saya cukup, untuk bayi saya sekarang dia minum susu ibu secara eksklusif.
Memandangkan saya banyak susu badan, saya telah menderma dan memberikan susu saya kepada ibu-ibu lain yang memerlukannya. Kadang-kadang saya masih mempunyai terlalu banyak bekalan susu di dalam peti sejuk saya.
Cara-cara lain untuk menggunakan susu ibu
Oleh itu, saya telah mula memikirkan cara-cara lain untuk menggunakan susu yang berlebihan (selain memberi kepada ibu yang memerlukannya).
Ini termasuk: memasukkannya ke dalam kopi, mask muka, scrub badan, kastard, kek, muffin, dan yang terbaru, saya telah membuat mi susu ibu.
Selepas berjaya membuat mi itu, saya telah berkongsi resipi saya dengan semua ibu.
Saya ingin memberitahu memberitahu mereka bahawa susu ibu sangat berkhasiat. Ianya tidak hanya baik untuk bayi tetapi baik untuk orang dewasa juga!
Mengapa kita minum susu lembu, susu kambing dan tidak susu manusia? Jadi sebelum anda keluar membeli susu lembu di kedai, fikir dulu dan minumlah susu tambahan sendiri.
* Peringatan: Saya bukan seorang tukang masak profesional. Saya hanya ibu yang berkongsi resipi kecil dengan ibu-ibu lain.
Resipi untuk mi susu ibu:
- 400gm tepung serbaguna
- 140ml susu ibu (Ini hanya anggaran sahaja. Saya sarankan ibu tuang sedikit demi sedikit, sehingga adunan doh itu tidak terlalu kering atau basah)
- ¼ sudu teh garam
- Masukan garam ke dalam tepung kemudian campurkan susu sedikit demi sedikit sehingga adunan dibentuk.
- Adunan tepung itu hendaklah diuli selama 15 minit sehingga ia licin. Kemudian, tutup dengan plastik cling wrap dan tuala. Biarkan doh itu rehat kira-kira 2 jam pada suhu bilik sejuk (24 darjah Celcius) atau semalaman di dalam peti sejuk.
- Setelah doh itu berehat, keluarkannya dan bahagikan doh itu kepada 4 bahagian. Gunakan pencanai untuk menggelek setiap bahagian doh ke dalam kepingan nipis (jangan lupa taburkan tepung untuk mengelakkan doh dari melekat).
- Selepas doh dicanai menjadi kepingan nipis, gulungkan dua sisi doh ke tengah. Potong dengan pisau tajam untuk menjadi jalur nipis. Selepas itu, kibaskan tepung berlebihan dan masukan mi ke dalam air mendidih (sekitar dua hingga tiga minit).
Siap. Mi buatan tangan yang berkhasiat dan bebas bahan awet untuk digunakan dalam hidangan mi kegemaran anak ataupun keluarga.
Mari cuba?
Ibu-ibu ada resipi lain untuk dikongsi? Beritahu kami di ruang komen di bawah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!