X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kelebihan Susu Ibu, Bayi Dapat Elak Jangkitan & Virus, Elok Diamalkan Ketika Pandemik Ini!

4 min bacaan
Kelebihan Susu Ibu, Bayi Dapat Elak Jangkitan & Virus, Elok Diamalkan Ketika Pandemik Ini!

Terbukti memang banyak kelebihan susu ibu, kandungan antibodinya mampu melawan jangkitan dan virus, sesuai diamalkan ketika pandemik ini.

Memang tak disangkal lagi betapa agungnya ciptaan tuhan iaitu susu ibu. Betapa banyak manfaat dan kelebihan susu ibu ini bukan saja sudah tertulis malah turut terbukti. Tapi malangnya tidak semua ibu mampu menghasilkan susu badan, dan lebih sedih ada segelintir ibu yang mampu menghasilkannya namun atas sikap malas dan sibuk mereka memilih untuk menyuapkan formula kepada si bayi. 

Bagi yang tak berkemampuan untuk hasilkan susu ibu itu tak usah ceritalah, mungkin mereka sudah lakukan pelbagai ikhtiar namun tetap tak membuahkan hasil. Namun bagi yang cukup penghasilannya namun memilih untuk tidak memberi itu memerlukan satu hujah yang bernas. Kerana apa? Bayi yang tidak diberikan susu ibu ini akan mudah jatuh sakit, menurut perkongsian oleh doktor Ahmad Luqman Bukhari di Facebook, rata-rata bayi yang dimasukkan ke dalam wad akibat jatuh sakit, boleh kata semuanya disuapkan susu formula. 

Bayi kerap jatuh sakit

kelebihan susu ibu

“Baby ni menyusu badan sepenuhnya ke puan?” 

“Tak lah doktor. Campur-campur. Susu saya tak banyak keluar. Jadi setiap hari saya lebih kerap suapkan susu formula.” 

Setiap hari, ada je bayi yang perlukan rawatan di tempat kami bertugas ni. Sebahagiannya terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari.

Jadi bila dengar jawapan tadi, kadang tu terbit rasa kesian pada bayi yang tak dapat nikmat exclusive breast feeding ni. 

Bukan apa. Ikutkan kajian, baby yang minum susu ibu ni biasanya lebih sihat dan susah nak jatuh sakit berbanding anak yang cuma telan susu formula. 

Punyalah hebat Tuhan ciptakan susu ibu. Kelebihan susu ibu ini dalam tu dah siap-siap ada antibodi penting untuk lawan jangkitan virus atau bakteria. 

Sebab tu parents yang ada anak kecil, kena belajar jugak formula untuk nak banyakkan susu badan ni. 

Cara perbanyakkan susu badan

kelebihan susu ibu

 

  • Ibu wajib minum jumlah air yang mencukupi setiap hari. 
  • Bila makan, make sure diet tu seimbang. 
  • Kena kerap berikan bayi susu badan (on demand). 
  • Masa menyusu tu, perlekapan pada puting tu pun kena pastikan betul.
  • Mana-mana ibu yang bekerja, usahalah untuk perah susu secara kerap kemudian simpan dengan cara yang tepat. 
  • Jangan suapkan makanan atau pun minuman selain susu ibu pada si kecil kita sepanjang 6 bulan pertama tu. 
  • Yang paling penting nanti, orang sekeliling, tak kiralah suami, family sendiri atau family mertua, tolonglah berikan full support pada si ibu. 

 

Bila ibu rasa bahagia dan jauh daripada perasaan stress, insyaAllah lebih banyak susu akan keluar. Barulah baby membesar lebih sihat. 

Ibu pun akan dapat kembali ke berat badan seperti sebelum mengandung lebih cepat sebab breastfeeding tu sangat membantu untuk burns extra callories. 

Doktor ini juga sempat berpesan agar maklumat ini dikongsi kepada para ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil. Besar ya nikmatnya bila ibu-ibu memberi anak mereka susu badan ini. Ternyata banyak kelebihan susu ibu, dalam Islam juga menggalakkan ibu untuk menyusukan anaknya sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 2 tahun, jadi siapalah kita untuk menyangkalnya. 

Perjalanan menyusu badan tidak mudah

kelebihan susu ibu

Saya sendiri lalui pahit, getir, manis dalam perjalanan menyusukan bayi saya. Saya akui ia tidak mudah! Malah beberapa kali terfikir untuk ‘give up’ dan hanya berikan formula saja. Maklumlah dengan jadual bekerja yang padat, perlu selit nak solat, mana nak sempat untuk pam susu lagi.

Jadi saya memilih untuk bekalkan bayi saya susu formula saja, dan waktu itu saya mulakan dengan susu soya. Kemudian bila tiba waktu yang saya sangat takuti, iaitu bayi saya yang berusia 8 bulan ditahan di wad akibat demam panas, saya cukup takut. Dan doktor kerap menyuruh saya menyusukan bayi bagi mengelak dia dihidrat.

Dan ternyata hanya selepas dua hari demam, bayi saya kembali pulih. Dan saya kembali menyusu bayi saya secara eksklusif.  Namun sokongan keluarga dan rakan-rakan cukup membantu. Juga saranan daripada doktor saya yang cukup menggalakkan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Katanya jika bayi jatuh sakit seperti demam, InshaAllah cepat dia baik. Dan ia terbukti benar belaka, memang banyak kelebihan susu ibu.  Sejak itu dia juga jarang sekali jatuh sakit.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Susu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-Kobar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Kelebihan Susu Ibu, Bayi Dapat Elak Jangkitan & Virus, Elok Diamalkan Ketika Pandemik Ini!
Kongsikan:
  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Ramai Ibu Berjauhan Dengan Baby Semasa PKP, Berpuluh Kotak Susu Ibu Merentas Negara

    Ramai Ibu Berjauhan Dengan Baby Semasa PKP, Berpuluh Kotak Susu Ibu Merentas Negara

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Ramai Ibu Berjauhan Dengan Baby Semasa PKP, Berpuluh Kotak Susu Ibu Merentas Negara

    Ramai Ibu Berjauhan Dengan Baby Semasa PKP, Berpuluh Kotak Susu Ibu Merentas Negara

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.