5 Tip Makanan Untuk Tambat Selera Anak Yang Kurang Berat Badan

Si manja tidak berselera hingga BMI menunjukkan dia kurang berat badan. Jangan risau, anda boleh tambah berat badan si manja dengan menambat selera makannya! Bagaimana? Mari ikut bagaimana ibu-ibu lain menambat selera makan si manja mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risau betul hati bila anak tidak mahu makan. Kadang dia leka bermain, kadang dia tidak berselera. Akibatnya, berat badan dia semakin kurang.

Berapa berat badan normal? Berat badan normal bergantung kepada BMI (body index mass) seseorang kanak-kanak. Rujuk carta ini untuk mengenalpasti BMI dan sama ada berat badan si manja anda kurang atau tidak.

Bagi si manja saya, BMInya menunjukkan dia kurang berat badan. Selepas merujuk pada doktor dan diberi vitamin, saya tahu bagaimana ingin menambah berat badan si manja saya — Tambat selera makannya!

Tip Tambah Berat Badan Dengan Makanan

Moms Team, sebuah organisasi yang giat membincangkan tentang pemakanan kanak-kanak menyaran 5 tip untuk menambah berat badan si manja dengan makanan. Dalam erti kata lain “tambat selera makannya”. Kunci di sini adalah menambah kalori dengan makanan. Cadangan makanan sihat & kreatif akan disertakan di bawah. Antara tip berikut ialah:

#Makan secara konsisten — Jangan skip waktu makan. Pastikan si manja makan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

#Makan dalam portion lebih besar — cuba dua sandwich atau roti pula, dan semangkuk besar buah-buahan atau sarapan pagi. Bjirin sarapan Nestle pilihan terbaik. Sarapan pagi itu penting, tahu?

#Makan makanan dengan kalori tinggi Granola lebih banyak kalori daripada Cheerios. Jagung juga lebih banyak kalori daripada kacang hijau. Maka, pilih makanan dengan kalori lebih tinggi.

#Minum jus dan susu rendah lemak — Galakkan si manja minum jus buah-buahan yang dia gemar dan susu.

#Nikmati mentega kacang, kekacang, avakado dan minyak zaitun — kesemua makanan ini mengandungi lemak yang sihat. Tambah dalam menu makanan si manja.

#Bersenam — senaman mampu menambah selera makan mereka.

Tambat Selera Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu cara yang terbukti berjaya menambat selera si manja adalah dengan menyediakan makanan Bento.

Sebelum anda menyemak resepi makanan Bento lain, mari kita semak dulu apakah nutrisi yang diperlukan si manja. Buat kanak-kanak yang kurang berat badan, mereka memerlukan Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Kalsium, dan Zink.

  • Vitamin A terkandung dalam lobak merah, telur dan marjerin.
  • Vitamin B1 dalam gandum, daging dan susu.
  • Vitamin B2 dalam susu, daging dan ikan.
  • Vitamin C dalam sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
  • Kalsium dalam produk tenusu
  • Zink pula boleh diperoleh dengan memakan tiram, ketam, dan kekacang.

Ayuh lihat bagaimana kita boleh masukkan semua vitamin dan mineral ini dalam makanan kreatif!

Cadangan Makanan Sihat & Kreatif

Hidangan makanan yang sama tidak akan menambat selera mereka lagi. Tugas anda sekarang adalah untuk menambat selera makan si manja dengan cara kreatif lagi sihat. Jadi, cuba sediakan cadangan makanan seperti yang disarankan pakar ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Roti dengan mentega kacang, keju (dibuat dalam bentuk kreatif)

 

  • Makaroni dan Keju

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Nasi bubur yang ditambah ayam/daging (ikut selera si manja anda bagaimana)

 

  • Biskut kraker dengan marjerin, mentega kacang atau sos kacang dal

 

  • Granola dengan kekacang, buah kering dan cip coklat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

  • Yogurt atau fruit smoothies (tambah aiskrim atau coklat)

 

  • Kentang bakar, kentang lenyek dengan susu/mentega

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sup daging dengan roti

 

  • Pankek Buah-buahan

Marilah cuba tip sihat dan cadangan makanan ini! Semoga berat badan si manja anda akan meningkat.

 

Sumber rujukan: Disable World, National Heart, Lung and Blood Institute, Academy of Nutrition and Dietetics, dan Moms Team

Penulis

Ayu Idris