Anda pasti rasa yang udara dalam rumah jauh lebih bersih berbanding kawasan terbuka yang penuh dengan pencemaran asap kenderaan bukan?
Hakikatnya, udara dalam rumah jauh lebih kotor, dan inilah sebab kita perlu memiliki tanaman hiasan dalam rumah yang berfungsi sebagai pembersih udara!
Tanaman Hiasan Dalam Rumah: Benarkah Udara Di Dalam Rumah Lebih Kotor?
Mengapa udara di rumah sebenarnya jauh lebih kotor? Tahukah anda, perabot moden kini lebih banyak mengandungi bahan sintentik dengan bahan kimia dalamnya.
Bahan kimia dalam perabot inilah yang menyebabkan 90% pencemaran udara dalam rumah. Bahan kimia ini juga boleh ditemui dalam karpet, ketuhar, produk pembersih, serta barang-barang yang diperbuat daripada plastik atau getah.
Pencemaran Udara Dalam Rumah Lebih Buruk dari Luar Rumah
Menurut Healthline, NASA mengesahkan pokok hiasan dalam rumah dapat menyerap racun berbahaya di udara, terutama di ruang tertutup yang mempunyai sedikit aliran udara.
Kajian inilah yang menjadi dasar untuk kajian baru tentang tanaman dalam rumah dan kemampuannya dalam membersihkan udara.
Selain membersihkan udara dan menghilangkan racun, beberapa tumbuhan juga dapat meningkatkan mood dan produktiviti, membuatkan kita lebih fokus, menguatkan memori,malah dapat menghilangkan stress dan keletihan!
Wah banyak betul kelebihan pokok hiasan dalam rumah ni ya?
NASA juga mencadangkan untuk meletakkan beberapa tanaman hiasan dalam rumah sebesar 20-25 cm di setiap 9 meter persegi ruangan.
Pokok Hiasan Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara
Pokok Hiasan Dalam Rumah #1: Spider Plant (Chlorophytum comosum)
Spider plant atau pokok labah-labah merupakan tanaman yang tumbuh dengan cepat. Pokok ini sangat cantik bila digantungkan dalam pasu.
Ada waktunya, pokok labah-labah akan tumbuh bunga putih. Ia juga dapat menghilangkan bahan kimia formaldehida dan xylene.
Malah, pokok ini mesra alam dan tidak mempunyai toksik berbahaya untuk haiwan dan kanak-kanak.
Cara menjaga: Siram pokok 2-3 kali seminggu.
Pokok Hiasan Dalam Rumah#2: Rubber Plant (Pokok Getah)
Rubber plant (ficus elastic) merupakan tumbuhan hijau dari India. Akarnya tumbuh ke atas dan menjalar di sekeliling batang. Pokok ini sukakan cahaya dan tidak memerlukan perhatian banyak.
Ia cantik diletakkan di sudut rumah kerana dapat menghilangkan karbon monoksida, formaldehida, trikloretilen, dan banyak lagi bahan kimia lainnya.
Sayangnya, tanaman ini kurang sesuai sekiranya anda memelihara kucing dan anjing.
Cara menjaga: Pastikan air cukup untuk menjaga tanah. Potong dan kemaskan daun bila sudah lebat.
Pokok Hiasan Dalam Rumah #3: Palem Areca
Areca palm atau Palem areca merupakan tanaman yang indah untuk dekorasi, khususya di ruang tamu. Daunnya sangat cantik dan memiliki kesan menenangkan.
Pokok ini berfungsi menghilangkan racun akibat debu yang menebal dan partikel berbahaya dari luar rumah.
Pokok Hiasan Dalam Rumah #4: Peace Lily
Peace Lily bukan sahaja cantik sebagai hiasan dalam rumah, tetapi juga berfungsi sebagai pembasmi udara dari jenis racun seperti aceton, ethyl acetate, ammonia, bensol, methanol , xylene, formaldehydedan trikloroetilen.
Tambahan lagi, bunga cantik ini sangat kuat, mudah untuk dipelihara malah tumbuh subur di tempat teduh dan bersuhu rendah.
Pokok Hiasan Dalam Rumah #5 Lidah Mertua
Pokok lidah mertua atau pokok ular ini popular sebagai pokok hiasan dalam rumah. Ini tentunya sesuatu yang tidak pelik kerana manfaatnya sebagai pokok pembersih udara juga luar biasa!
Tanaman ini mampu bertahan di hampir semua suhu. Lidah mertua dapat menurunkan kadar benzena, xylene, dan toluene di udara dalam rumah.
Pokok Hiasan Dalam Rumah #6 English Ivy
Tanaman pembersih udara ini dapat bertahan hampir di mana saja, dan yang paling penting ia sesuai dipelihara dalam rumah.
English Ivy juga sangat mudah tumbuh, beradaptasi dengan lingkungan dengan mudah, dan salah satu pokok yang digemari oleh peminat feng shui.
Sayangnya, tanaman ini tidak sesuai apabila diletakkan di kawasan bersuhu tinggi atau terlalu kering.
Pokok Hiasan Dalam Rumah #7 Orkid
Orkid memang sukar dijaga, namun Orkid tidaklah terlalu susah seperti yang diperkatakan.
Kunci untuk menjaganya adalah dengan memberi sejumlah air dan kadar cahaya matahari yang mereka perlukan.
Di rumah, pokok bunga Orkid dapat membantu menghilangkan xylene – pencemaran udara yang diakibatkan oleh cat dinding dan perabut
Wah menarik betul maklumat ini kan? Sudahkah anda memiliki tanaman hiasan pembersih rumah?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.