20 tanda yang anda mempunyai anak bijak, berbakat & ada IQ tinggi

Anda tertanya-tanya apa tanda anak bijak, berbakat dan ada IQ tinggi? Mari semak 20 tanda yang diberi dari pakar ini. Mana tahu anak ada tanda-tanda ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda tertanya-tanya jika anda mempunyai seorang anak yang bijak dan berbakat? Tetapi bagaimana ingin mengenali tanda anak bijak dan mempunyai IQ tinggi?

Sudah tentu, semua orang mahukan anak yang bijak. Tapi kalau ibu bapa tidak tahu apa tanda anak bijak, bagaimana kita ingin mengesan yang mereka ini berbakat. Kan?

Jadi sebab itu, kami akan membincangkan tentang tanda anak bijak, berbakat dan ada IQ tinggi dengan anda kali ini.

Jom teruskan bacaan.

Apa yang ada pada anak yang bijak?

Ramai yang keliru dengan maksud bijak. Di sesetengah tempat, mereke menggunakan perkataan bijak ini secara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang menjelaskan ia sebagai mereka yang mempunyai kebijaksanaan tinggi yang diukur dengan IQ, namun ada juga yang mengukur dengan cara lebih luas.

 National Association for Gifted Children (NAGC) telah menjelaskan tentang tanda anak bijak ini dengan lebih terang. 

“Gifted individuals are those who demonstrate outstanding levels of aptitude (defined as an exceptional ability to reason and learn) or competence (documented performance or achievement in top 10 percent or rarer) in one or more domains.

Domains include any structured area of activity with its own symbol system (e.g., mathematics, music, language) and/or set of sensorimotor skills (e.g., painting, dance, sports).”

Yang secara ringkasnya, keterangan NAGC itu bermaksud, tanda anak bijak ialah anak yang menunjukkan pencapaian lebih dari tahap normal pada apa-apa kebolehan tidak kira satu atau lebih domain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Domain di sini bermakna sama ada kebolehan menari, mengira atau memiliki kebolehan sensori motor seperti melukis.

20 tanda anak bijak, berbakat dan ada IQ tinggi

Berikut antara 20 tanda anak bijak, berbakat dan berIQ tinggi yang boleh anda lihat pada anak-anak anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cepat belajar dengan mudah
  2. Mempunyai kosa kata yang besar untuk umur mereka
  3. Pandai berfikiran logik yang lebih tinggi dari normal
  4. Ada memori yang kuat.  Tapi cepat bosan dengan penghafalan.
  5. Tidak perlu pengawasan yang ketat (pandai membawa diri)
  6. Suka dengan struktur, aturan dan konsisten
  7. Pemikiran yang fleksibel dan boleh menghubungkan idea.
  8. Mempunyai gred yang bagus untuk hampir semua subjek
  9. Hebat dalam beri fokus
  10. Sifat ingin tahu tentang objek, situasi dan kejadian yang tinggi
  11. Pandai menyelesaikan masalah
  12. Mempunyai minat yang tinggi dengan sains atau sastera
  13. Mempunyai konsep sendiri
  14. Lebih cenderung mengetuai rakan-rakan lain
  15. Suka menerima cabaran
  16. Mempunyai idea sendiri dalam penulisan atau percakapan
  17. Tidak mudah terganggu emosinya
  18. Banyak menggunakan logik untuk perkara yang dibuat
  19. Mudah menerima suasana baru
  20. Faham dengan seni yang abstrak

Apapun, sebenarnya semua anak adalah bijak. Kita yang menjadikan mereka bijak di mata kita. Kerana itu yang paling penting.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-minda-yang-terbaik-kajian/

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma