10 tanda anak kena buli dan dalam ketakutan
Lambakan kes buli di Malaysia merisaukan ramai ibu bapa. Kita bukan saja risau anak kena buli, tapi kita juga risau kalau-kalau anak kita sendiri yang jadi pembuli. MasyaAllah, semoga ia dijauhkan!
Untuk mengurangkan rasa risau anda, kami di theAsianparent ada sediakan 10 tanda-tanda anak kena buli yang patut anda lihat. Jom semak jika anak anda ada tunjuk 10 tanda-tanda ini atau tidak.
Tanda anak kena buli #1: Tak mahu ke sekolah
Sama ada anak anda telah masuk ke sekolah, tadika atau taska, tempat-tempat seperti ini memang selalu jadi hot spot untuk kes buli. Jadi jika tiba-tiba anak kerap tak mahu ke sekolah dan beri pelbagai alasan, anda perlu ambil tahu kenapa.
Biasanya, kanak-kanak kecil akan bagi alasan demam atau sakit kepala untuk tak mahu ke sekolah.
Donna Clark-Love, seorang pakar dalam kes buli di sekolah mendedahkan, perbuatan tak mahu ke sekolah terjadi kerana anak rasa lebih selamat di rumah.
Tanda anak kena buli #2: Selalu sakit kepala dan sakit perut
Sakit kepala dan sakit perut adalah salah satu tanda stress atau kerisauan melampau. Ia mungkin disebabkan anak kena buli. Malah, sakit ini juga boleh jadi alasan mudah untuk tidak ke sekolah.
Tanda anak kena buli #3: Anak hilang kawan
Anak hilang kawan yang selalu dia excited sebut atau bercerita merupakan salah satu tanda anak kena buli juga. Ini kerana ia mungkin sebab kawan tersebut yang “membulinya”!
Ibu bapa diminta untuk lebih peka tentang perubahan kawan-kawan dalam circle anak-anak bagi mengenalpasti jika ada kawan yang meninggalkan anak anda dan masuk group yang membulinya.
Tanda anak dibuli #4: Susah nak tidur
Kalau kanak-kanak selalu rasa risau apa akan jadi keesokan harinya di sekolah atau taska, mereka akan susah nak tidur dan kelihatan gelisah.
Kalau anda nampak anak-anak kelihatan penat bila bangun tidur, itu mungkin tanda mereka susah nak tidur kerana kerisauan. Cuba tanya dan fokus pada mereka.
Tanda anak dibuli #5: Menangis
Menangis adalah salah satu cara anak yang dibuli cuba untuk meminta bantuan, walaupun mereka sebenarnya dalam ketakutan.
Jika anda nampak anak tiba-tiba menangis atau emo dengan sesuatu perbualan tentang sekolah atau kawan-kawannya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
Tanda anak kena buli #6: Tak mahu bercakap
Kanak-kanak memang bersifat banyak cakap. Namun jika tiba-tiba anak anda tak mahu bercakap dan terus menyendiri selepas pulang dari taska atau sekolah, itu tanda yang anda harus ambil berat.
Tanda anak dibuli #7: Tak mahu pegang telefon atau terlalu memegang telefon
Jika anak anda dibuli di media sosial (untuk mereka yang sudah semakin besar), mereka mungkin menunjukkan 2 perangai aneh ini: tak mahu pegang handphone atau terlebih memegang handphone.
Anda sebaiknya menetapkan peraturan awal ketika memperkenalkan handphone dan media sosial pada anak. Anak pula mungkin akan takut nak bercakap tentang cyberbullying kerana tidak mahu anda “merampas” telefonnya.
Tanda anak dibuli #8: Baju terkoyak dan kesan luka fizikal
Jika anda perasan ada kesan koyakan pada baju anak, atau ada barang-barang anak yang hilang, sekali dengan kesan lebam dan luka yang tak dapat dijelaskan, itu satu lagi tanda jelas yang anak anda mungkin sedang dibuli.
Biasanya jika anda tanya anak apa yang terjadi, mereka tak mampu nak menjelaskannya!
Tanda anak dibuli #9: Pindah sekolah/rumah
Kanak-kanak yang baru pindah sekolah atau pindah rumah biasanya akan jadi target untuk dibuli. Ini kerana mereka mungkin tiada kawan untuk melindungi mereka.
Jadi jika anda baru saja pindah rumah, dan mahu anak pindah sekolah, cuba minta pihak sekolah beri anak anda satu kawan baru dari dalam kelasnya. Ini untuk membentuk persahabatan baru.
Tanda anak dibuli #10: Rasa diri sendiri yang salah
Mangsa buli selalunya akan menyalahkan diri mereka sendiri tentang insiden ini. Maka, mereka lebih banyak menundukkan kepala dan tidak mahu menyuarakan pendapat sendiri.
Sama-samalah kita lebih peka dengan 10 tanda-tanda ini agar mudah untuk kita mengenalpasti jika ada antara anak-anak kita dibuli di mana-mana saja.
Anak kecil memang takut nak beritahu yang mereka dibuli. Maka, menjadi tugas ibu bapalah untuk mengesan tanda-tanda anak dibuli untuk membantu anak kita sendiri.
Sumber rujukan: Reader’s Digest
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-seorang-pembuli/