8 tanda sakit pada bayi yang tak boleh dibuat main - bahaya kalau tak dirawat!

Jangan ambil mudah jika anak sakit, mungkin dia mengalami penyakit yang kita sendiri sukar nak jangka

Ibu adalah insan yang paling risau bila melihat tanda-tanda bayi sakit. Bahkan sebenarnya, 8 simptom ini memang tak boleh dibuat main.

Mungkin anda beranggapan ia tidaklah serius mana. Tapi, jika berlengah dan tak dirawat, ia boleh mendatangkan penyakit yang lebih serius.

Bahkan simptom ini juga akan muncul walaupun mereka sudah menginjak ke usia kanak-kanak!

Oleh itu, jika 8 tanda anak sakit ini muncul, segera bawanya berjumpa doktor untuk dirawat dengan kadar segera, sebelum kesan yang lebih buruk terjadi.

8 tanda bayi sakit yang tak boleh anda buat main-main

#1 Tanda bayi sakit: Cirit birit kronik dan muntah-muntah

tanda bayi sakit, tanda anak sakit, tanda sakit pada anak, tanda-tanda bayi sakit, simptom bayi sakit, punca bayi sakit, gejala bayi sakit, bayi tak sihat, anak tak sihat, tanda-tanda bayi sakit, tanda-tanda bayi tak sihat

Bayi mungkin mengalami cirit-birit dan muntah kerana menyingkirkan makanan buruk atau toksin. Jika ia berlaku sekali atau dua kali, itu adalah normal.

Namun, cirit birit dan muntah yang kronik adalah gejala jangkitan yang serius dan boleh menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, segera bawa anak berjumpa doktor untuk dirawat.

 #2 Tanda bayi sakit: Kerap kencing, penurunan berat badan, cepat letih dan dahaga yang melampau

Perhatikan anak anda, adakah dia kerap ke bilik mandi dan mengalami dahaga yang melampau, berat badan menurun dan kelesuan?

Jika ya semua di atas, boleh jadi dia sedang mengalami Diabetes jenis 1. Bahkan keadaan ini boleh mengancam nyawa dan perlu mendapatkan rawatan daripada doktor dengan segera!

#3 Tanda bayi sakit: Demam

tanda bayi sakit, tanda anak sakit, tanda sakit pada anak, tanda-tanda bayi sakit, simptom bayi sakit, punca bayi sakit, gejala bayi sakit, bayi tak sihat, anak tak sihat, tanda-tanda bayi sakit, tanda-tanda bayi tak sihat

Apabila melihat suhu demam bayi yang terlampau tinggi, adalah lebih baik anda segera bawanya berjumpa doktor.

Namun, jika demamnya dalam paras yang tidak membahayakan, disusuli dengan batuk dan selsema anda boleh merawatnya sendiri dengan ubatan semula jadi dari rumah.

Cuba dahulu, jika tidak berkurang bawalah berjumpa doktor.

#4 Tanda bayi sakit: Menangis tanpa sebab dan tak boleh dipujuk

Sekiranya bayi anda menangis dan tak boleh dipujuk, ia merupakan tanda yang dia sedang sakit. Lihat jika dia demam atau ada punca lain yang menyebabkannya berterusan menangis. 

Boleh jadi juga dia mengalami kembung perut hingga membuatnya rasa kurang selesa.

#5 Tanda bayi sakit: Sakit kepala, pening atau pengsan

Sekiranya anak anda jatuh atau kepalanya terhantuk kepada sesuatu benda, ia boleh menyebabkan mereka sakit kepala, pening atau pengsan.

Dalam keadaan ini, anda tak boleh berlengah dan ia perlu dirawat segera.

Bahkan, ada kes yang lebih serius akan membuatkan anak muntah-muntah, penglihatan kabur, mengalami kekeliruan, tak boleh melihat pencahayaan atau perubahan mood yang ketara.

Ini semua adalah simptom-smptom gegaran yang serius.

#6 Tanda bayi sakit: Dehidrasi

tanda bayi sakit, tanda anak sakit, tanda sakit pada anak, tanda-tanda bayi sakit, simptom bayi sakit, punca bayi sakit, gejala bayi sakit, bayi tak sihat, anak tak sihat, tanda-tanda bayi sakit, tanda-tanda bayi tak sihat

Kredit: Tribunnews.com

Dehidrasi terjadi apabila anak tidak cukup minum air. Badan manusia memerlukan air untuk beroperasi dengan betul.

Apabila dehidrasi, anak akan mengalami kelesuan, mudah marah, sakit kepala, air kencing yang sedikit gelap, kulit kering dan bibir mengelupas.

Untuk itu,pastikan anak anda minum cukup air kosong setiap hari supaya tubuhnya lebih bertenaga. 

#7. Tanda bayi sakit: Kesukaran bernafas

Ini juga merupakan salah satu tanda bayi sakit yang jangan dibuat main. Jika ini berlaku, anda patut bimbang.

Boleh jadi, si kecil itu sedang menunjukkan tanda-tanda asma atau penyakit serius yang lain.

Lihat juga tanda lain seperti pucat dan wajah bertukar kebiruan. Jika ada, bawalah segera berjumpa doktor.

#8. Tanda bayi sakit: Tidak responsif

Secara lazimnya, kanak-kanak yang aktif tetap cergas setiap hari. Tapi jika tiba-tiba anak anda kelihatan lemah, kurang bermaya atau tidak berminat untuk bermain. Memang anda patut bimbang!

Dengan adanya tanda-tanda tersebut, ia memberi petunjuk bahawa anak anda sedang sakit.

Oleh itu, parents harus lebih alert jika gejala yang disenaraikan tadi muncul secara tiba-tiba. Apapun, anda tak boleh terlalu panik di hadapan mereka. Tunjukkan sikap professional dengan memberi bantuan kecil terlebih dahulu.

Jika keadaan lebih teruk atau anda berasa tidak sedap hati dengan situasi itu, jangan berlengah untuk segera ke hospital.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : AniQinAufa

Sumber: HHD Research

Baca juga:

https://my.theasianparent.com15-tanda-tanda-kanser-pada-kanak-kanak-yang-mungkin-anda-abaikan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!