Seorang ibu bernama Sierra Greenlee tidak pernah menyangka penyakit diabetes pada anak telah menyerang puteri ciliknya ini hingga membawa maut.
Dia berkongsi cerita ini bukan untuk meraih simpati orang ramai, tetapi untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang lain berkaitan diabetes pada anak ini.
Diabetes pada anak: Kisah yang sungguh menyayat hati
Kejadian ini berlaku pada 22 Mac 2018 lalu. Seperti selalu, selesai saja waktu bekerja, Sierra akan mengambil anak perempuannya, Ayra di rumah pengasuh.
Setiap hari dia teruja dan tak sabar untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya itu.
Apabila tiba di rumah pengasuh tersebut, Ayra dibawa ke dalam kereta Sierra. Tetapi gadis kecil itu kelihatan tidak bermaya.
Sierra merasakan ada sesuatu yang tidak kena malah Ayra seperti tidak bernafas. Ibu muda itu panik dan bergegas masuk ke rumah pengasuh.
Diabetes pada anak: Ibu ini cuba memulihkan anaknya
Sebaik saja berada di dalam rumah pengasuh, Sierra meletakkan anak perempuannya berbaring dan segera memberi pertolongan CPR.
“Di kepala saya waktu itu, saya fikir yang saya perlu bertenang tetapi tidak boleh. Saya berteriak di hadapan pengasuh dan cuba memikirkan cara untuk memberi bantuan pernafasan kepadanya.
Kemudian selepas 15 minit, perkhidmatan perubatan kecemasan tiba.
Dalam jam berikutnya ketika pihak terbabit cuba mengembalikan semula Ayra. Saya terus memberitahu kepada ibu bapa saya dan ayahnya. Lalu, saya menangis dan berdoa.
Saya tak sangka mimpi buruk ini berlaku pada kami sekeluarga. Ia sepatutnya tidak terjadi. Namun, hakikat ini yang harus saya tempuhi.
Hampir sejam pihak perubatan kecemasan cuba memberikan bantuan oksigen dan pernafasan kepada Ayra. Tetapi tetap tidak berjaya. Lalu mereka bergegas membawanya ke hospital.
Keadaan Ayra semakin kritikal
Sebaik sahaja tiba di hospital, kakitangan perubatan membawa Sierra ke bilik berasingan di ruang menunggu.
Selepas menunggu 10 minit, seorang doktor masuk ke dalam bilik tersebut dan duduk di sebelahnya. Lalu, doktor tersebut memberitahu berita buruk yang akan mengubah kehidupan Sierra selepas ini.
“Pihak kami telah melakukan berbagai cara tapi malangnya kami tidak dapat menyelamatkannya lagi.
Hancur luluh hati ibu ini apabila mendengarnya.
“Saya tidak dapat merasakan apa-apa saat itu. Degupan jantung ini seolah terhenti juga.
Pihak hospital membawa saya ke tubuhnya yang tidak bermaya itu. Saya terus memegang dan berbaring dengannya. Mereka membiarkan saja.
Ketika memegangnya, saya dapat rasa sentuhan kulitnya begitu sejuk. Lalu saya membelai rambut halusnya dan menyanyikan lagu kegemarannya.
Apakah diabetes type 1 ini?
Kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang terjadi disebabkan insulin tidak dapat dihasilkan.
Insulin adalah hormon yang membuat sel dalam pancreas. Adalah sangat penting untuk badan memiliki insulin yang baik kerana ia membantu gula atau glukosa mengalir dalam darah kepada sel-sel lain supaya ia dapat dibakar menjadi tenaga.
Dalas kes diabetes pada anak ini, tidak ada insulin yang mencukupi dalam darah hingga membuatkan paras gula darah tinggi.
Terdapat dua jenis diabetes. Salah satunya Diabetes Type 1 yang berlaku apabila sistem imun badan lemah sekaligus memusanahkan sel di pancreas yang berfungsi membuat insulin.
Diabtes Type 1 boleh menyerang setiap peringkat umur tetapi kebanyakannya terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
Hal ini mungkin kerana pengaruh genetik atau alam sekitar seperti virus. Ingatlah bahawa gaya hidup dan diet yang tidak sihat boleh membawa kepada diabetes type 1 ini.
Antara komplikasi kesan daripada diabetes type 1 seperti:
- Kerosakan pada retina
- Masalah buah pinggang
- Pesakit mungkin mengalami koma
- Atau mungkin mengalami terlalu banyak atau sedikit gula dalam darah.
Dalam kes Ayra ini, doktor berjaya mengesan dia mempunyai Diabetes type 1 yang dikenal pasti selepas kanak-kanak ini meninggal dunia.
Paling mengejutkan adalah, tahap gula dalam darahnya terlalu tinggi walhal orang biasa mempunyai tahap gula jauh lebih rendah daripada 100.
Namun Ayra memiliki 500 kandungan gula dalam darahnya. Oleh sebab itu, Ayra pengsan dan koma secara tiba-tiba.
Simptom diabetes pada anak
Sebagai ibu bapa, anda harus lebih peka terhadap kesihatan anak dan lihat jika mereka ada simptom diabetes seperti di bawah ini
- Kehausan dan kelaparan yang berterusan
- Sering buang air kecil walaupun di tengah malam
- Berat badan semakin susut walaupun makan banyak
- Cepat penat berbanding kanak-kanak yang lain
- Sakit perut
- Kering mulut
- Penglihatan kabur
- Kencing atas katil dengan lebih kerap
Kanak-kanak kecil juga boleh menunjukkan simptom ini walaupun mereka sihat dan penyakit ini juga sering diabaikan atau tidak dirawat dengan lebih awal.
Untul lebih selamat, bawa anak yang ada gejala ini untuk mengikuti ujian glukosa darah. Sekurang-kurangnya anda dapat menyelamatkan nyawa insan tersayang dengan lebih awal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripda theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan
Baca juga:
Hati-hati dengan kencing manis pada bayi semasa anda mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!