Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Mengandung Melalui Proses Pembedahan?

undefined

Tanda cyst ketika hamil boleh terjadi kepada mana-mana wanita. Jika saiznya melebihi 5cm, ibu mungkin dinasihat melakukan pembedahan

Meskipun bukan kanser, tanda cyst pada ovari dan fibroid dalam rahim adalah tidak baik. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan gejala dan simptom ringan atau teruk seperti mengalami kembung, sakit berterusan atau pendarahan.

Kedua-dua fibroid rahim dan cyst ovari ini biasanya akan dialami oleh 75 peratus wanita. Secara umumnya, cyst ialah kantung yang berisi air dan boleh terjadi di mana-mana bahagian organ seperti hati, kulit, otak, kelenjar tiroid atau lain-lain.

Tanda cyst ketika mengandung

cyst ketika hamil

Antara tanda cyst ketika hamil yang biasanya terjadi ialah sakit pada bahagian punggung, ari-ari berasa kejang, kembung perut, sakit perut belah abdomen kiri atau kanan iaitu di kedudukan ovari dan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Kesakitan ini boleh dirasai kerana saiz cyst yang semakin membesar, adakalanya telah pecah atau berpintal.

Cyst yang sering dijumpai semasa mengandung berasal dari corpus lutenum. Kadang-kadang air boleh terkumpul dalam sarung telur ini dan kelihatan seakan-akan cyst melalui ultrasound.

Biasanya, saiznya boleh mencapai sehingga 5 sentimeter. Apabila usia kandungan memasuki 14 hingga 16 minggu, kebanyakan cyst ini akan mula mengecut. Sebab itulah ramai ibu mengatakan ‘masa awal-awal mengandung dulu, doktor ada jumpa cyst. Bila scan semula cyst tersebut sudah tiada.’

Justeru, anda tidak perlu panik sekiranya doktor tidak melakukan apa-apa rawatan sewaktu disahkan cyst pada awal kandungan. Temujanji untuk scan semula ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu sudah memadai.

Risiko tanda cyst semasa hamil, boleh menjejaskan ibu dan janin

Walau bagaimanapun ada juga cyst boleh membesar sehingga 10 sentimeter atau lebih. Ia berisiko berputar, pecah dan berdarah.

Sekiranya ini berlaku, anda akan mengalami rasa sakit di abdomen serta pembedahan kecemasan diperlukan bagi membuang cyst dan menghentikan pendarahan.

cyst ketika mengandung

Jika doktor menasihati anda melalui proses pembedahan membuang cyst, ini adalah kerana saiznya sudah besar.

Pembedahan yang dirancang (elective) adalah lebih baik berbanding pembedahan secara kecemasan (emergency).

Ini bergantung kepada saiz cyst dan kemudahan yang ada di hospital berkenaan. Pembedahan boleh dijalankan secara lubang kecil dan dimasukkan kamera (laparoscopy) atau laparotomy (potong abdomen).

Manakala risiko keguguran adalah sehingga 12 peratus jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan semasa anda berada di trimester pertama.

Jika cyst perlu dibuang, waktu paling selamat adalah ketika trimester kedua, namun masih ada sedikit risiko rahim mengalami kontraksi dan bayi mungkin dilahirkan awal.

Komplikasi cyst ketika hamil

Jika fibroid berada bersebelahan dengan plasenta, ia berupaya menjejaskan pengaliran darah kepada fetus seperti yang dijelaskan oleh pakar. Bukan itu sahaja, perkembangan saiz fibroid boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang dan keguguran.

Meskipun kebanyakan kes berlaku tidak menganggu kelahiran, namun ada beberapa faktor perlu dipertimbangan seperti ia menghalang laluan kelahiran serta posisi bayi dalam kandungan.

Sekiranya fibroid menutup laluan atau bayi berada kedudukan songsang/ melintang, pembedahan caesar perlu dijalankan. Selain itu, fibroid ketika mengandung boleh menjadi penyebab rahim bermasalah untuk mengecut.

Ia adalah salah satu sebab utama tumpah darah selepas bersalin. Bagi mengelakkannya berlaku, suntikan ubat akan dipreskripsikan untuk memastikan rahim dapat mengecut.

Kesan jika tidak buang cyst yang besar

pembedahan cyst ketika mengandung

Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk proses pembedahan membuang cyst. Namun anda perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih setelah doktor menjelaskaan dengan lengkap risiko-risiko sekiranya tidak dibedah.

Antaranya ialah ovarian cyst yang besar akan pecah atau berdarah. Jika ini berlaku, pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst, namun mungkin terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.

Pembedahan yang dilakukan secara kecemasan ini turut mengundang risiko dan komplikasi lebih besar seperti alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan teruk dan kecederaan pada organ sekitar rahim (usus, saluran darah, pundi kencing).

Selain itu, risiko jangkitan kuman semasa pembedahan kecemasan adalah lebih besar dari pembedahan biasa. Justeru bagi mengelakkan risiko menjadi lebih teruk, berbincang dan ikutilah nasihat doktor yang merawat.

Makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil

Sekiranya anda berdepan masalah ini, ada beberapa makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil. Hal ini kerana ia dikatakan boleh mengaktifkan cyst dalam rahim.

Berikut makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil:

#1. Soya dan evening primrose

Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.

Apabila mengambil dua makanan ini, ia boleh meningkatkan tahap estrogen dalam badan serta mengalakkan pembesaran cyst.

Menurut perkongsian di Facebook, doktor mengatakan bahawa semua wanita mengalami cyst. Namun bezanya adalah kecil atau besar sahaja dan ia sememangnya tidak boleh hilang.

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

#2. Ayam

Ayam disuntik atay diberi makan hormon untuk mempercepatkan kadar pembesarannya. Kebiasaannya ayam diberi makanan yang ada sumber hormon estrogen, diberi antibiotik dan juga vaksin menyebabkan ianya sgt bertoksik dan berasid jika dimakan.

Sebagai alternatif boleh makan ayam organik dan ayam kampung.

#3. Ikan keli

Makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil yang seterusnya adalah ikan keli.

Kebiasaan ikan keli diberi makan makanan dedak yang ada sumber hormon tumbesaran sama seperti ayam. Ia juga boleh mencetuskan terjadi cyst dan fibroid.

#4. Makanan mengandungi Hidrogenated Vegetable Oil (HVO) dan minyak RBD

Antara produk yang dihasilkan daripada HVO seperti marjerin,non dairy creamer, susu cair, susu manis, shortening.

Banyak terdapat dalam produk kek, biskut, kerepek, snek ringan dan lain lain. HVO menyebabkn peningkatan kolesterol jahat dan menurunkan paras kolesterol baik.

Ia juga menyebabkan darah menjadi pekat, berasid dan sel-sel darah bercantum. HVO tidak dapat dimetabolisma oleh sel menyebabkan ia melekat di saluran dinding darah, penyerapan nutrien berkurang dan oksigen tidak dapat disalurkan secara baik keseluruhan badan.

Kolestrol juga adalah penyebab kenaikan hormon estrogen.

#5. Gula putih dan minuman 3 in 1

Makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil yang lain adalah gula putih, sebarang makanan atau minuman 3 in 1.

Gula putih mengandungi bahan kimia seperti asid dan alkali untuk melunturkan dan memproses gula. Ini menyebakan gula putih sangat bertoksik dan boleh mengaktifkan lagi sel cyst dan fibroid.

Gantikan penggunaan gula putih dgn gula organik, gula merah, gula molasses, gula melaka atau madu.

Selain itu wajib elakkan gula sintetik seprti sukrolosa, dextrose, corn syrup, maltodextrin, aspartame dan lain-lain.

#6. Daging lembu

Daging lembu perlu dielakkan jika anda menghidap cyst. Ia boleh menyebabkn sel cyst dan fibroid bertambah besar dan menyebabkn kesakitan di bahagian yang bermasalah.

Ini kerana daging lembu susah dihadam dan dagingnya bersifat asid.

#7. Elakkan junk food dan makanan berproses

Makanan segera, frozen, mee segera, makanan ringan, gula gula dan snek perlu dielakkan kerana  mengandungi banyak bahan perasa, MSG, gula, pewarna sintetik yang boleh memudaratkan tubuh dan sel badan.

#8. Elakkan makanan laut

Makanan laut yang diambil dalam kuantiti yang banyak lebih bertoksik dan tinggi histamin.

Ia boleh meningkatkan keradangan pada tubuh. Peningkatan histamin sekaligus menyebabkan peningkatan hormon estrogen dan sekaligus  membuatkan cyst bertambah teruk.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Sedang Membesar!

Baca juga: Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

Baca juga: Tanda-Tanda Cyst Ovari Yang Wajib Wanita Alert, Sakitnya Seperti Senggugut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!