Senggugut Teruk Setiap Bulan? Tanda Fibroid Dalam Rahim, Punca, Simptom Awal & Rawatan

Tanda fibroid sering disalah anggap sebagai senggugut kerana simptomnya serupa, terutama sakit semasa haid sebab itu ramai wanita tidak sedar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang terbentuk dalam rahim wanita, biasanya berlaku pada wanita berusia 30 hingga 50 tahun. Mengenali tanda fibroid lebih awal adalah penting untuk mengambil tindakan yang tepat.

Apa Itu Fibroid?

Fibroid, juga dikenali sebagai myoma adalah ketulan daging yang terbentuk di dalam rahim. Walaupun ia bukan kanser, ketumbuhan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius jika dibiarkan tanpa rawatan.

Saiz fibroid berbeza dari sekecil biji kacang hingga sebesar bola tenis dan ia boleh terbentuk di pelbagai bahagian rahim.

Sesetengah wanita mungkin mempunyai lebih daripada satu fibroid dalam rahim mereka.

Tanda Fibroid Yang Anda Perlu Perhatikan

Ada kalanya fibroid tidak menunjukkan sebarang tanda, terutamanya jika saiznya kecil.

Tetapi, apabila fibroid menjadi lebih besar, tanda-tanda fibroid akan mula terasa.

1. Pendarahan Yang Banyak

Salah satu tanda utama fibroid ialah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin perlu menukar tuala wanita dengan kerap dan aliran darah haid boleh menjadi sangat deras, lebih daripada biasa.

2. Kitaran Haid Yang Tidak Teratur

Jika kitaran haid anda tiba-tiba menjadi tidak teratur seperti haid datang lebih awal atau lambat daripada biasa, kemungkinan fibroid sedang terbentuk dalam rahim anda.

Sakit Di Bahagian Bawah Perut dan Sakit Pada Bahagian Belakang

Fibroid besar boleh memberi tekanan kepada organ di sekitarnya yang menyebabkan sakit belakang atau pinggang secara berterusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Perut Rasa Kembung Atau Bengkak Pada Bahagian Bawah Perut

Jika anda terasa seperti perut sentiasa kembung atau bengkak walaupun anda tidak makan banyak, ia mungkin disebabkan oleh fibroid yang besar.

Ketumbuhan ini boleh memberikan kesan fizikal yang menyebabkan perut kelihatan lebih besar dari biasa seakan-akan perut ibu mengandung.

4. Masalah Buang Air Kecil Atau Susah Buang Air Besar

Fibroid yang tumbuh berhampiran pundi kencing boleh menyebabkan tekanan yang membuatkan anda kerap merasa hendak membuang air kecil, walaupun jumlah air kencing sedikit.

Sebaliknya, jika fibroid memberi tekanan pada usus, anda mungkin mengalami sembelit atau susah untuk buang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Sukar Mengandung

Bagi sesetengah wanita, fibroid boleh mengganggu proses kehamilan. Ketumbuhan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil kerana ia mengganggu struktur normal rahim atau menyekat saluran fallopio.

6. Senggugut Teruk

Senggugut yang terlalu sakit dan berpanjangan adalah salah satu tanda fibroid yang kerap dialami wanita.

Jika setiap bulan anda mengalami sakit senggugut yang luar biasa hingga menjejaskan aktiviti harian, ini mungkin petanda bahawa fibroid sedang tumbuh di dalam rahim anda.

Mengapa Fibroid Menyakitkan? 

Kesakitan fibroid terjadi kerana saiznya yang semakin membesar menekan organ seperti pundi kencing dan usus.

Fibroid juga boleh mengganggu kontraksi rahim semasa haid sehingga menyebabkan senggugut lebih teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, fibroid menjadikan rahim lebih sensitif dan rasa sakit lebih ketara.

Beza Sakit Cyst dan Fibroid

Ramai wanita sering keliru antara fibroid dan cyst kerana kedua-duanya melibatkan ketumbuhan dalam sistem reproduktif. Antara simptom fibroid berbeza dengan sakit cyst adalah:

Cyst: Sakit cyst sering kali lebih terasa pada satu bahagian sahaja, bergantung di mana ia terbentuk. Selain itu, cyst boleh pecah dan menyebabkan sakit mendadak.

Fibroid: Kesakitan fibroid lebih berkait dengan tekanan yang diberikan kepada organ-organ di sekeliling rahim, serta senggugut yang lebih teruk.

Rawatan Fibroid

Rawatan fibroid bergantung kepada tahap keseriusan dan saiz fibroid itu sendiri. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan yang boleh dipertimbangkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pengambilan ubat-ubatan: Bagi kes fibroid kecil, doktor mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan yang boleh membantu mengawal simptom seperti kesakitan senggugut dan pendarahan yang banyak.
  • Terapi hormon : Dalam sesetengah kes, terapi hormon digunakan untuk mengurangkan saiz fibroid dan mengawal simptom.
  • Pembedahan :Jika fibroid terlalu besar atau menyebabkan komplikasi serius, pembedahan mungkin diperlukan.
  • Embolisasi arteri rahim: Prosedur ini mengecilkan fibroid dengan memotong bekalan darah kepada ketumbuhan tersebut. Ia adalah rawatan alternatif yang semakin popular.

Jika anda merasakan simptom-simptom yang mungkin berkait dengan fibroid, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Dapatkan rawatan awal jika merancang untuk menimang cahaya mata.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Haid Terlalu Lama? Cuba 10 Petua Hentikan Haid Berpanjangan Dengan Mudah Secara Semula Jadi

Baca juga: Fibroid Ketika Hamil, Adakah Ibu Perlu Melalui Proses Pembedahan & Bersalin Secara Czer?

Baca juga: 13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

Penulis

Noorhidayah