"Ibu..kenapa tak bunuh saya saja, nanti saya boleh dilahirkan semula?"
Ikuti kisah sadis tentang kanak-kanak yang terkena leukemia ini. Adakah ibu bapa tahu tanda leukemia pada anak? Kalau tidak, mari semak ia sekarang!
Di bulan Februari 2016, apabila Ibu Zelle (Jia Er) ternampak benjolan merah kecil di kepala anaknya, tidak pernah terlintas di fikirannya yang benjolon itu adalah tanda leukemia pada anak.
Keputusan ujian juga tidak menunjukkan sebarang masalah.
Tapi lama-kelamaan, benjolan itu semakin besar, sehingga menyebabkan rambut anaknya gugur. Ibu bapa Zelle telah mendesak doktor untuk membuang benjolan itu melalui pembedahan secepat mungkin.
Tapi 2 hari sebelum pembedahan sepatutnya dijalankan, benjolan itu telah pecah.
Mereka mendapat kejutan besar apabila melihat makhluk seperti cacing sedang menggeliat dari luka benjol anitu. Anak gadis mereka telah meraung kesakitan.
Doktor mengesahkan tanda leukemia pada anak
“Doktor juga memberitahu kepada kami yang anak gadis kami perlu berhenti ke sekolah untuk menjalani semua rawatan dan pembedahan,” kata ibu Zelle memberitahu Give.Asia
Ketika doktor menerangkan tanda leukemia pada anak mereka, ibu bapa Zelle berasa sangat sedih. Malah setelah Zelle tahu tentang penyakitnya, dia telah bertanya kepada ibunya,
“Ibu, dunia ini banyak sangat orang, kenapa saya yang terpaksa menderita dalam kesakitan? “
Tetapi apabila Zelle melihat tangisan ibunya, dia telah menabahkan diri sambil berkata, “Ibu jangan menangis. Saya akan cuba untuk mengalahkan penyakit ini untuk ibu.”
Walaupun pemindahan sum-sum tulang Zelle berjaya dijalankan, tidak lama kemudian ibu bapa perasan tanda leukemia pada anak mereka semula…
Tanda leukemia pada anak: penyakit gadis ini kembali lagi
Tanda leukemia pada anak kecil Zelle itu mula kembali lagi pada bulan Januari 2018 dan kini dia sedang diwadkan di unit rawatan intensif pediatrik (PICU) di NUH, Singapura.
Keluarga Zelle sudah bersemangat menyiapkan anak mereka untuk kembali bersekolah dan ibu Zella untuk kembali bekerja.
Mereka tidak sangka penyakit anak mereka akan kembali selepas pemindahan itu.
Malangnya, kanser tersebut enggan meninggalkan badan Zelle dan keadaanya telah bertambah teruk setiap hari. Kini Zelle sedang menunjukkan banyak masalah kesihatan dan tanda leukemia pada anak seperti:
- Masalah pernafasan akibat jangkitan paru-paru
- Tekanan darah yang tinggi
- Degupan jantung yang pantas
- Buah pinggang dan splin yang bengkak
- Jangkitan kulat pada paru-paru, pembekuan darah pada paru-paru kiri
- Jangkitan bakteria – jangkitan darah, jangkitan saluran PICC
- Urat-urat yang kebanyakannya sudah mati
- Ruam di seluruh badan akibat stress
Disebabkan jangkitan kulat pada paru-parunya, ini merumitkan rawatan kemoterapi Zelle.
“Dia akan terbatuk keluar darah dan dia sedang menghadapi masalah pernafasan akibat pembekuan darah pada paru-paru kirinya.” kata ibu Zelle.
“Kenapa tidak bunuh saya saja?”
Zelle sering dalam kesakitan. Tetapi ibu Zelle akhirnya faham tahap kesakitan yang dialami anak perempuannya apabila Zelle bertanya, “”Ibu..kenapa tak bunuh saya sahaja, supaya saya boleh dilahirkan semula?”
“Ibu adalah ibu yang paling best di dunia ini dan saya tak ingin ibu lain. Saya sayang ibu dan saya akan berjuang untuk menewaskan penyakit ini untuk ibu”
Keluarga Zelle kini sedang menghadapi masalah kewangan, jadi sebuah halaman Give.Asia telah disediakan.
Perkataan tulus ikhlas dan menyayat hati ini telah keluar dari mulut ibunya,“ Keadaannya kurang optimistik dan penyakit ini boleh membawa maut. Tetapi saya tidak boleh kehilangan anak saya dan saya akan mencuba sedaya upaya untuk mencari semua alternatif, harapan dan mukjizat.”
“Kami sangat memerlukan pertolongan anda, saya tidak mahu kehilangannya. Kami sudah berjuang sekian lama, tolonglah anak saya.”
Kita berharap dan mendoakan agar adik Zelle akan pulih tidak lama lagi.
Sumber: (Source: Give.Asia)
Baca juga:
Terkena virus Japanese Encephalitis (JE) dari nyamuk, anak kecil ini koma lalu maut