6 Tanda Anda Mungkin Mengandung Anak Perempuan! Antaranya Kulit Berjerawat?

Untuk tahu jantina anak yang dikandung, mestilah scan dulu, tapi melalui cara ini ibu mungkin boleh tahu tanda mengandung anak perempuan!

Untuk mengesahkan jantina anak yang dikandung, mestilah ibu kena buat scan dulu, tapi melalui mata kasar atau tanda-tanda tertentu ibu mungkin boleh tahu tanda mengandung anak perempuan!

Setiap ibu yang mengandung pasti ada jantina anda yang mungkin mereka mahukan atau harapkan tetapi ada juga yang tidak dapat jantina yang diharapkan.

Apa-apa pun, asalkan ibu dan anak selamat dalam menjalani proses kehamilan dan bersalin mungkin sudah boleh panjatkan rasa syukur kerana tidak semua wanita dapat merasai keindahan itu.

Tidak salah untuk berharap, tetapi berpada-padalah jangan sehingga anda jadi terlalu sedih dan kemurungan pula bila apa yang dihajati tidak kesampaian.

Tanda mengandung anak perempuan yang anda boleh lihat

Tanda-tanda ini mungkin lebih nampak jelas kepada mereka yang lebih berpengalaman. Malah jika lebih berusia kadang kala mereka ini akan nampak tanda ibu hamil itu mengandung anak lelaki atau sebaliknya.

Menurut portal popmama, ada beberapa tanda yang bole dikenalpasti sekiranya anda mengandung anak perempuan dan ia berbeza daripada anda mengandung anak lelaki.

Malah ada yang pernah mengandung dan mengalaminya sendiri mengaku bahawa tanda-tanda jelas boleh dilihat jika mahu meneka jantina anak yang dikandung.

Berikut adalah beberapa tanda anda mungkin mengandungkan anak perempuan.

#1. Bentuk perut lebar

Ibu yang mengandung anak perempuan dikatakan akan memiliki bentuk perut yang melebar dari semua arah. Berbanding mengandung anak lelaki si ibu dikatakan akan memiliki perut yang tajam ke depan.

Walaupun tiada kajian saintifik yang mengesahkan perkara ini, banyak pengalaman daripada ibu yang mengandung mengatakan ia adalah salah satu tanda paling biasa yang boleh dilihat jika mahu meneka janting bayi yang dikandung si ibu hamil.

Perut anda akan melebar dari semua arah jadi bentuk badan juga akan kelihatan lebar.

#2. Posisi si kecil terasa pada tengah perut

Dikatakan bayi dalam kandungan akan sentiasa berada di tengah perut jika ia adalah bayi perempuan. Ia kerana sifat perempuan yang ingin melihat semua benda dari semua arah.

Mungkin ini agak sukar untuk diagak oleh wanita hamil lebih-lebih lagi yang pertama kali mengandung. Jadi jika baru baca perkara ini bolehlah cuba rasakan anak anda selalu berada di posisi mana di dalam perut.

Jika selalu berada di tengah, mungkin dia adalah bayi perempuan! Mungkin jika mahu meneka dengan cara ini ibu perlu beri perhatian lebih kepada pergerakan bayi dalam kandungannya.

#3. Morning sickness teruk

Wanita yang mengandung anak perempuan dikatakan mempunyai tahap morning sickness yang teruk berbanding jika hamil bayi lelaki.

Ada yang sehingga terlalu lama mengalami muntah-muntah atau pening kepala hingga tidak larat untuk berbuat apa-apa pun.

Perkara ini juga diakui oleh ramai wanita hamil yang pernah mengandung anak perempuan dan lelaki yang mana mereka merasai perbezaan mengalami morning sickness itu. Jadi cuba periksa tahap anda mengalami morning sickness, dan lepas itu jika mahukan kepastian, bolehlah buat scan di klinik!

#4. Masalah kulit

Mungkin juga anda akan mengalami masalah kulit break out. Yang mana jika dibandingkan dengan sebelum anda hamil, masalah kulit atau jerawat semakin menjadi-jadi.

Malah anda yang sebelum ini langsung tidak pernah alami masalah kulit akan mendapati kulit anda terutama muka sangat teruk dengan jerawat dan sebagainya. Ada juga kes yang kulit menjadi lebih gelap daripada biasa.

#5. Bentuk payudara berbeza

Dikatakan, jika anda hamil bayi perempuan, bentuk kedua-dua payudara anda tidak akan sama rata. Ia akan lebih besar di bahagian kiri berbanding sebelah kanan.

Jika mahu lihat kebenarannya, anda bolehlah cuba lihat di depan cermin atau tanyakan kepada suami adakah benar ia tidak sama besar seperti sebelum ini.

Payudara wanita mengandung memang akan membesar daripada biasa, tetapi dikatakan jika wanita hamil itu mengandungkan bayi perempuan, ibunya akan memiliki payudara yang tidak sama rata besarnya. Cubalah lihat sendiri perubahannya jika anda mengandung ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: popmama

Kredit foto: Sumber

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-mengandung-anak-lelaki

Penulis

Lala Annuar