Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

Anda sering perasan pasangan asyik sibuk dengan HP dia saja sekarang? Hati-hati, itu mungkin petanda dia sedang curang dengan menggunakan Facebook!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan boleh guna Facebook untuk curang

Malaysia antara salah satu negara dengan pengguna Facebook paling banyak di dunia. 

Tapi di sebalik kecanggihan media sosial ini merapatkan hubungan antara satu sama lain, ia juga boleh menghancurkan pernikahan kerana isu pasangan curang.

Saya tak main-main.

Sebuah kajian daripada laman web Ashley Maddison, sebuah laman sesawang untuk pasangan yang sudah berkahwin mencari “kekasih gelap” mendapati 75% pasangan menggunakan Facebook untuk curang!

Walaupun masih ada pengguna yang menggunakan Facebook untuk berkawan dan mengetahui perkembangan semasa, tapi ada juga yang menjadikan ia medium untuk mencari kekasih gelap.

Kredit: macrumors.com

Kebanyakan pelaku curang ini akan mula berkomunikasi dengan kekasih gelap mereka selepas pukul 10 malam.

Mereka bukan saja menggunakan media sosial Facebook untuk like gambar kekasih itu, malah mereka juga menggunakan aplikasi ini untuk menghantar gambar, mesej dan panggilan video.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi mengapa Facebook?

Menurut Kompas, ini kerana tiada siapa yang akan mengesyaki pasangan curang menggunakan Facebook.

Malah, mesej yang dihantar juga mudah untuk dipadam dan tak menimbulkan sebarang kecurigaan. Facebook turut boleh dilindungi dengan password

Sekarang masalahnya adalah – adakah pasangan anda antara salah seorang individu yang curang menggunakan Facebook?

Jom perhati 7 tanda-tanda ini:

1. Dia selalu online Facebook pada waktu malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Flickr

Individu yang berlaku curang menggunakan Facebook akan sentiasa rajin chatting. Biasanya malam dipilih kerana ia adalah waktu berehat, tidak lagi sibuk dengan sebarang kerja.

Anda boleh nampak pasangan asyik sibuk dengan aplikasi Facebook/Messenger berbanding aplikasi lain dalam telefonnya.

2. Facebook pun ada password!

Sudahlah telefon pun ada password untuk elak kecurian, media sosial Facebook pun ada password tersendiri juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak tahu apa kata laluan yang digunakan? Jangan haraplah dia nak beri. Kalau tanya nanti boleh bergaduh!

3. Telefon sentiasa dalam tangan. Tak boleh pinjam sekejap!

Kalau anda minta untuk pegang telefonnya sebentar, pasti ada banyak alasan yang diberi.

Nampak macam tak tenang dan terganggu kalau anda pinjam sekejap telefonnya. Kalau anda sembunyi-sembunyi mengendap apa yang dia buat dengan telefon itu, anda pula yang kena marah!

Hati-hati. Memang ada banyak pasangan yang bijak menyembunyikan helah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Sering update gambar atau tulis status

Orang yang sedang menjalinkan hubungan, atau hangat bercinta akan melakukan tindakan untuk “menarik perhatian” orang yang dia suka. 

Anda boleh nampak bagaimana pasangan anda sering update lokasi, gambar, status atau video. Tapi untuk tontonan siapa?

Lebih-lebih lagi kalau posting itu bukan melibatkan anda, pun! Ia seolah-olah anda tiada dalam kegiatan harinya.

5. Dia online, tapi tak ada aktiviti di Facebook

Kredit: Cosmopolitan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun terbalik dengan poin nombor 3, tapi kalau dia selalu online namun tiada aktiviti apa-apa di Facebook pun mencurigakan juga!

Ini kerana ia mungkin bermaksud dia sibuk di inbox bersembang, berbanding mengetahui perkembangan semasa di Facebook.

6. Ada lebih daripada 1 akaun Facebook

Kalau dia bukan bekerja melibatkan Facebook, buat apa ada banyak-banyak akaun? Apatah lagi kalau anda tak boleh add akaun tersebut!

Apabila seseorang itu jujur, dia boleh ada lebih dari 1 akaun untuk tuntutan kerja, dan takkan menyembunyikan ia dari pasangan.

7. Selalu sembunyi HP bila terkantoi

Kebanyakan individu yang curang menggunakan Facebook akan mula chatting pada tengah-tengah malam. Pernah tak anda terbangun di tengah malam dan nampak pasangan asyik dengan telefon di tangan?

Bila anda tanya apa yang dia tengok atau baca, dia akan terus sembunyikan hp itu sambil kata tiada apa-apa.

Pasangan yang jujur pasti tak kisah nak tunjuk apa yang dia sedang tonton. 

Ramai orang menganggap berlaku curang di alam maya bukan kes kecurangan yang sebenar sebab mereka tak berjumpa (itu kalau tak jumpa!).

Janganlah pengorbankan perkahwinan sendiri semata-mata kerana mengenali entah sesiapa di Facebook.

Sekarang ada banyak kes individu sengaja membuka akaun Facebook palsu untuk menipu orang, tau! 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: The Cheat Sheet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcurang-dibuat-pasangan/

Penulis

Ayu Idris