Saat Saya Menyedari Anak Saya Tidak Bernafas Dengan Betul dan Apa yang Saya Lakukan Selepas Itu Mengubah Hidupnya

Memang benar apa yang mereka katakan; mencegah lebih baik dari mengubati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu kepada seorang anak kecil, saya mengemudi dunia keibubapaan dengan langkah berwaspada. Saya membaca, meneliti dan mendidik diri saya dalam memastikan kesejahteraannya terjaga dengan sempurna.

Saya benar-benar percaya bahawa saya telah melakukan segala-galanya bagi memastikan dia sihat dan gembira. Tiba-tiba anak saya mula demam malah muncul pula batuk. Memandangkan anak saya pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini kerana demam panas, saya fikir ini adalah satu lagi kes demam akibat perubahan musim.

Saya memberinya ubat-ubatan yang kami ada, dengan harapan dia akan sembuh selepas berehat di rumah. Apa yang membuatkan saya segera berubah fikiran pada malam itu adalah apabila saya melihat bagaimana dadanya naik turun dengan laju.

Bahaya!

Tanpa berlengah, saya terus membawanya ke bilik kecemasan.

Selepas menerima khidmat nasihat daripada doktor, saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti pneumonia atau radang paru-paru.

Keputusan pantas saya untuk membawanya ke wad kecemasan mungkin telah menyelamatkan nyawanya kerana doktor saya memaklumkan bahawa pneumonia adalah satu-satunya punca kematian berjangkit yang paling ketara dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia1.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah Itu Pneumonia?

Kredit: Shutterstock

Pneumonia ialah pembengkakan (keradangan) tisu dalam satu atau kedua-dua bahagian paru-paru. Jangkitan bakteria biasanya menjadi punca. Ia juga boleh disebabkan oleh virus2.

Pneumonia sangat mudah berjangkit, dan ia boleh merebak dari satu orang ke orang lain1. Jadi saya mula melakukan lebih banyak pembacaan untuk mengetahui tentang pneumonia pada kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda Pneumonia

Beberapa tanda tanda pneumonia bakteria termasuk:

  • Warna biru pada bibir dan kuku3
  • Keadaan mental yang keliru atau mengigau, terutamanya pada orang yang lebih tua3
  • Batuk yang menghasilkan lendir hijau, kuning atau berdarah3
  • Demam3
  • Berpeluh berlebihan3
  • Hilang selera makan3
  • Tiada tenaga dan penat melampau3
  • Nafas laju3
  • Nadi laju3
  • Menggigil3
  • Sakit dada yang tajam atau menikam yang menjadi lebih teruk apabila menarik nafas atau batuk3
  • Sesak nafas yang teruk apabila melakukan aktiviti3

Jenis Jenis Pneumonia Berbeza Pada Kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Berikut adalah tiga (3) jenis pneumonia utama yang semua ibu bapa harus tahu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1)Pneumonia bakteria4

Pelbagai bakteria menjadi punca pneumonia ini. Streptococcus pneumoniae adalah bakteria paling biasa yang menyebabkan radang paru-paru bakteria.

Bakteria lain yang boleh menyebabkan pnuemonia, termasuk:

  • Streptococcus kumpulan B
  • Staphylococcus aureus
  • Streptococcus kumpulan A

2) Pneumonia viral4

Pelbagai virus, termasuk yang berikut, boleh menyebabkan penyakit ini terjadi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Respiratory syncytial virus, atau RSV (biasa dilihat pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun)
  • Virus parainfluenza
  • Virus influenza
  • Adenovirus

Dikatakan bahawa gejala awal pneumonia viral adalah sama seperti pneumonia bakteria. Walau bagaimanapun, dengan pneumonia viral, penglibatan pernafasan berlaku secara perlahan-lahan. Kanak-kanak mungkin akan semput malah batuk mungkin bertambah teruk.

Pneumonia viral boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pneumonia bakteria.

3) Mycoplasma pneumonia4

Ini mempunyai simptom dan tanda fizikal yang agak berbeza berbanding jenis-jenis pneumonia yang lain. Ia biasanya menyebabkan pneumonia tidak serius yang menjejaskan semua kumpulan umur tetapi lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang lebih tua.

Simptom biasanya tidak bermula dengan selesema namun mungkin termasuk yang berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sakit bermula dengan demam dan batuk
  • Batuk berterusam dan berlarutan tiga hingga empat minggu
  • Batuk teruk mungkin akan mengeluarkan sedikit lendir

Bantu Cegah Pneumonia Dengan Memastikan Anak Anda Divaksin

Kredit: Shutterstock

Selepas beberapa minggu rawatan, anak saya pulih dan kembali seperti biasa. Saya dan suami kemudian memutuskan bahawa anak kami perlu mengambil vaksin pneumokokal.

Selain memberikan anak vaksin, saya juga mengajar anak untuk menutup mulut semasa bersin atau batuk, memastikan persekitarannya sentiasa bersih dan bebas asap rokok, serta mengajar anak untuk mencuci tangan dengan kerap7.

Daripada 8.8 juta kematian tahunan di seluruh dunia dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun pada tahun 2008, 467,000 (330,000 - 529,000) kes adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal seperti yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia1.

Di Malaysia, penyakit pneumokokal adalah salah satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin yang meluas5. Otitis media akut (AOM) berkait rapat dengan jangkitan saluran pernafasan atas virus8. Namun, agen mikrob yang paling biasa ditemui dalam cecair telinga tengah ketika jangkitan AOM ialah Streptococcus pneumoniae6.

Sekarang anda telah mendidik diri anda dengan maklumat baru, tiba masanya untuk mengambil tindakan dan memberi vaksin kepada anak terhadap penyakit yang boleh membawa maut.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia, mari kita tingkatkan lebih kesedaran tentang tanda pneumonia atau radang paru-paru dan kepentingan pencegahan dan rawatan penyakit tersebut.

Dan ayuh lindungi generasi masa depan kita hari ini!

Rujukan

  1. (n.d.) World Health Organization. Pneumonia. Retrieved from https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/pneumonia
  2. (n.d.) National Health Service. Pneumonia. Retrieved from https://www.nhs.uk/conditions/pneumonia/
  3. (n.d.) John Hopkins Medicine. Pneumonia. Retrieved from https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/pneumonia
  4. (n.d.) Children’s Hospital of Philadelphia. Pneumonia in Children. Retrieved from https://www.chop.edu/conditions-diseases/pneumonia-children
  5. (n.d.) Kementerian Kesihatan Malaysia. Pneumococcal Vaccine. Retrieved from https://www.myhealth.gov.my/en/pneumococcal-vaccine/
  6. (Sept 2005). National Library of Medicine. Pneumococcal acute otitis media in relation to pneumococcal nasopharyngeal carriage. Retrieved from https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16148847/
  7. Burton M, et al. (2011). The effect of handwashing with water or soap on bacterial contamination of hands. www.mdpi.com/1660-4601/8/1/97
  8. Chonmaitree T, Revai K, Grady J, Clos A, Patel J, Nair S, Fan J, Hendrickson K. (March 15, 2008). Viral Upper Respiratory Tract Infection and Otitis Media Complication in Young Children. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2744371/

  • Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis.
  • Bahan pendidikan ini dibawakan kepada anda oleh GSK.
  • GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (3277-U)
  • NP-MY-SYN-JRNA-210005 12/2021
  • ©2021 kumpulan syarikat GSK atau pemberi lesennya
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor anda.

Penulis

Anis Hanini