Suami Curang, Patutkah Diberi Peluang Kedua? Wahai Isteri Fikirkan Masak-Masak

Apabila suami main kayu tiga, tiada apa dalam benak fikiran isteri melainkan hancurnya impian dan masa depannya waktu itu. Terfikir sama ada patut mengakhirkan perkahwinan atau teruskan? Baca dan hadam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila suami main kayu tiga, tiada apa dalam benak fikiran isteri melainkan hancurnya impian dan masa depannya waktu itu. Adakah ada tanda suami curang?

Memang bukan mudah untuk para isteri terima berita suami curang, apatah lagi untuk memaafkan. Tapi kalau benda dah terjadi nak buat bagaimana?

Patutkah mereka diberi peluang kedua? Jika dipujuk dirayu meminta kemaafan cairkah isteri untuk memaafkan?

Ini menjadi persolan oleh ramai isteri, kalau ikutkan hati dan ego memang tiada peluang kedua, tak layak! Kepercayaan yang dibina begitu lama, akhirnya tumpas dengan nafsu si suami. 

Tapi bila fikirkan anak-anak, dan niat kita membina mahligai adalah kerana Allah swt, tiada kata putus lain melainkan kemaafan dan diberi peluang kedua. 

Marahnya memang membuak, tapi siapalah kita insan kerdil ini kita hanya hamba Allah di dunia ini. 

Apa nak buat kalau ada tanda suami curang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Rujuk kepada sahabat

Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. 

#2. Buat aktiviti 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran. Ambil peluang ini untuk anda lakukan apa yang tak dapat dilakukan sebelum ini. Tapi jangan abaikan soal anak ya, anda boleh sibukkan diri juga dengan aktiviti anak-anak. 

#3. Bincang dengan pasangan

Tanya si dia apa yang membuatkan dia boleh tergamak untuk curang, bincang dengan keadaan yang tenang. Elakkan marah yang membuak-buak itu menguasai perbincangan. Dapatkan kata putus apa yang harus dilakukan seterusnya. Namun ingat perceraian bukan keputusan yang terbaik. Bincang tentang apa yang anda boleh baiki dalam hubungan anda. 

Cegah suami dari berlaku curang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masukkan subjek curang ketika anda berdua sedang meluangkan masa bersama. Tanya pada mereka tentang definisi curang.

Adakah keluar makan bersama kawan berlainan jantina atau chatting di media sosial dengan kawan berlainan jantina termasuk dalam definisi curang buat mereka?

Bincang dan letakkan maksud curang yang sama antara anda berdua supaya anda tidak melakukan sesuatu yang anda anggap normal tetapi pasangan anda menganggapnya sebagai curang.

“Curang tidak semestinya melakukan hubungan seks dengan orang lain. Ia boleh jadi anda keluar berdua dengan lelaki lain atau sebagainya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang curang. Tapi, jika anda cuba menyembunyikan sesuatu untuk membuat pasangan anda tidak sakit hati, itu juga sebenarnya dikira sebagai tidak setia!

Hati-hati dengan tanda suami curang

Hati-hati dengan tanda suami curang boleh mencegah suami dari tersasar jauh. Jika anda merasakan suami anda semakin jauh atau hubungan tidak rapat seperti dulu, bincangkan dengan suami untuk tahu sebab yang pasti.

Selain itu, jika suami menunjukkan tingkah-laku yang mencurigakan, anda perlu berhati-hati. Contohnya, bila anda melihat suami menyembunyikan telefon atau laptop atau duitnya lebih banyak keluar dari biasa.

Berkomunikasi dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh mencegah pasangan dari curang dengan berkomunikasi secara jujur dan terbuka.

Walau apa pun masalah yang anda hadapi, sentiasa ceritakan permasalahan anda. Anda perlu tahu, setiap hubungan pasti mempunyai masalah.

“Jika anda termasuk dalam orang yang merasakan pasangan anda tidak akan curang, maka risiko anda lebih tinggi untuk mengalaminya. Jadi, pastikan anda selalu berkomunikasi dengan pasangan,” kata Dr. Goldstein.

Bincangkan segala masalah anda, jangan dipendam hingga lama-kelamaan masalah menjadi semakin besar dan tidak ada jalan penyelesaian.

Percaya gerak hati anda

Sentiasa percayakan gerak hati anda. Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena, bincangkan dengan pasangan anda.

Ketika perbincangan, jika pasangan kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu, anda patut curiga.

Jujur tentang godaan yang dialami

Jika pasangan anda menceritakan tentang godaan yang mereka alami, jangan cepat marah, tapi anda perlu membantu pasangan mengatasinya.

Anda perlu hargai kejujuran pasangan anda kerana dia mengharapkan bantuan anda untuk terus setia. Oleh itu, anda perlu membantu pasangan anda untuk mengatasi godaan tersebut.

Anda juga harus jujur pada diri sendiri jika anda tertarik dengan seseorang atau ada seseorang mengajak anda keluar, anda harus mengaku pada pasangan anda dan mencari jalan penyelesaian.

Dr. Goldstein mengatakan, tiada cara yang tepat untuk melindungi perkahwinan dari ancaman curang kerana anda tidak boleh mengawal pemikiran dan tingkah laku pasangan anda.

Tapi dengan pendekatan yang tepat, anda boleh menguatkan lagi hubungan anda dan mencegah kecurangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apakah Maksud Mimpi Pasangan Curang?