Tanda Susu Badan Banyak, Baju Ibu Sering Basah Sebab Susu Menitik Sendiri
Buat ibu yang menyusu, jika baju anda sering badah akibat susu menitik ia antara tanda susu badan banyak. Perlu peka untuk elak bengkak susu.
Memang sangat bersyukur jika dapat menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun ada juga ibu yang mengalami keadaan oversupply iaitu susu badan terlalu banyak. Apakah tanda susu badan banyak?
Isi Kandungan
Tanda Susu Badan Banyak, Baju Ibu Sering Basah
Antara tanda yang boleh dilihat jika susu badan ibu banyak atau oversupply adalah:
Tanda Susu Banyak – Pada Bayi
- Semasa menyusu, bayi seakan penat
- Bayi menarik-menarik payudara sambil menangis terutama apabila aliran susu ibu laju
- Bayi mengetap gusi atau bibir sebagai cubaan untuk mengurangkan aliran susu yang laju
- Bayi kerap tersedak semasa menyusu
- Tempoh penyusuan menjadi lebih pendek tetapi sangat kerap berikutan bayi menerima lebih susu yang terdapat di awal sesi penyusuan yang mengandungi kurang lemak (foremilk) serta tidak mendapat susu yang mempunyai lebih banyak lemak yang berada di akhir penyusuan (hindmilk)
- Bayi kerap kembung
- Najis bayi berwarna hijau dan berbuih
Tanda Pada Ibu
- Payudara ibu sentiasa berasa penuh walaupun selepas menyusukan bayi
- Ibu kerap mengalami bengkak susu
- Ibu perlu memerah keluar susu walaupun bayi sudah disusukan
- Ibu perlu menukar baju dengan lebih kerap akibat susu keluar dengan sendiri
- Ibu kerap mengalami saluran susu tersumbat (block duct)
- Sesi penyusuan yang agak mencabar kerana perlu menenangkan bayi yang mungkin terkesan dengan oversupply ibu.
Harus diingat, tanda-tanda ini bukanlah akan terjadi kepada semua ibu yang mempunyai banyak susu badan. Ia mungkin berbeza anda seorang individu dengan individu yang lain.
Apa yang pasti jika anda mengalami beberapa tanda di atas anda mungkin salah seorang yang mengalami oversupply susu badan dan pelru peka sekiranya berlaku bengkak susu dan sebagainya untuk mengelak mastitis.
feedbyumminajla
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Petua ‘Meriahkan’ Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!
Baca juga: Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Kahwin, Panduan Berguna Buat Wanita Yang Mahu Ambil Anak Angkat
Baca juga: 5 Panduan Lengkap Memudahkan Ibu Menyusu Bayi Baru Lahir, Ini Caranya