9 Tanda Tidak Subur Pada Lelaki & Wanita, Sama-Sama Kena Semak Kalau Nak Anak!

Jika anda sukar untuk hamil, mungkin sudah tiba masanya untuk periksa 9 tanda-tanda ini bagi menentukan sama ada anda atau pasangan mungkin subur atau tidak.

Masalah tidak subur untuk memiliki anak

Pasangan suami isteri yang cuba menimang cahaya mata setelah berkahwin selama beberapa tahun kadang-kala tidak sedar tentang satu perkara. Perkara tersebut adalah tidak subur. 

Sebab itu betapa gigih anda cuba untuk hamil pun, anda masih tak diberi rezeki untuk menimang anak.

Anggaran hampir 1 daripada 8 pasangan suami isteri akan bergelut dengan masalah tidak subur walaupun melakukan hubungan seks tanpa pelindung selama 6 bulan hingga 1 tahun.

Kredit: Parents Magazine

Tapi, tahukah anda yang masalah tidak subur ini sebenarnya memiliki beberapa tanda amaran yang boleh dilihat?

Baru-baru ini, Fox News telah menyenaraikan 9 tanda amaran yang menunjukkan seseorang lelaki atau wanita tersebut adalah tidak subur.

Mari semak apakah tanda-tanda itu.

1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap

Menurut Dr. Jason M. Franasiak, ob-gyn dan penyelia embriologi di Associated Medicine Reproductive New Jersey –

Haid yang tidak teratur atau tidak datang langsung adalah tanda jelas yang ada masalah dalam penghasilan telur. 

Penghasilan telur yang terganggu merupakan salah satu petanda tidak subur.

Kelenjar pituitari, hypothalamus dan ovari bekerjasama untuk memastikan seorang wanita datang haid dengan tetap.

Kredit: Radiant Health Magazine

Tapi, jika semua sistem ini tak berfungsi, maka wanita terbabit akan mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jika kitaran haid anda jatuh dari 28 hari ke 21 hari saja, itu petanda anda akan menopaus tidak lama lagi. 

Masalah menopaus boleh berlaku pada wanita seawal usia 20-an kerana masalah genetik, penyakit autoimun dan sebagainya.

2. Hilang nafsu dan fungsi seksual

Jika seorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitkan, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi dan ada benjolan di buah zakar  – itu tanda dia mempunyai masalah kesuburan.

Segera dapatkan rawatan pakar!

3. Datang haid dengan banyak dan amat menyakitkan

Hampir 5 hingga 10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak. Ini mungkin kerana fibroid rahim.

Malah, haid yang terlalu menyakitkan pula mungkin adalah petanda penyakit endometriosis, yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 

Inilah sakit endometriosis
Kredit: manlybeachbabies.com.au

4. Gangguan penglihatan dan semakin cuai

Sekiranya haid anda tidak teratur beserta masalah semakin cuai dan gangguan penglihatan, itu mungkin kerana anda menghidap prolaktinoma.

Prolaktinoma adalah sejenis tumor bukan kanser di bahagian kelenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan, kata Dr. Brian Levine, pakar kesuburan.

Kelenjar pituitari menghasilkan hormon folikel yang distimulasi (FSH). Ia mengawal ovari dan pengeluaran telur.

Tapi, penyakit prolaktinoma boleh menyebabkan FSH ini tidak berfungsi.

5. Rambut berlebihan

Jika anda perasan rambut anda semakin lebat dan berlebihan, itu tanda anda menghidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). 

Kredit: ConceiveEasy

PCOS antara punca masalah ketidaksuburan. Antara tanda-tanda lain adalah anda mengalami haid tak teratur, tambah berat badan dan jerawat.

6. Tambah berat badan

Menurut Centers for Disease Control, hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat berlebihan atau obesiti.

Malah, wanita yang kurang berat badan dan sering bersenam pula akan mengalami haid yang tidak teratur.

7. Masalah tiroid

Salah satu tanda penyakit hiperaktif tiroid adalah rambut gugur dan semakin menipis. Masalah tiroid ini mampu menjejaskan ovulasi seorang wanita.

Kredit: News Medical

Malah menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, pengkaji mendapati hampir 2.3% wanita yang tidak dapat hamil menghidap penyakit hiperaktif tiroid.

Antara simptom-simptom penyakit ini adalah kerisauan melampau, hilang berat badan, degupan jantung yang terlalu cepat dan keletihan.

8. Hubungan seks yang menyakitkan

Memang ada penyakit di mana seorang wanita tidak boleh melakukan seks kerana ia amat menyakitkan.

Jika anda tak menghidap penyakit itu, cuba guna lubricant

Tapi, kesakitan ketika berhubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, yang bermaksud… menopaus!

9. Kurang vitamin D

Vitamin D menyumbang kepada kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan.

Namun menurut kajian CDC, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.

Akan tetapi, pakar mengharapkan lebih banyak kajian tentang vitamin D dilakukan untuk mengait ia dengan masalah ketidaksuburan. 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanda-menunjukkan-kesuburan-wanita/

 

 

Penulis

Ayu Idris