Tugas sebagai seorang ibu bapa
Tugas ibu bapa bukanlah mudah. Siapa yang belum jadi seorang ibu bapa mungkin masih belum sedar tentang keistimewaan tanggungjawab ini.
Namun, bila kita sudah jadi ibu bapa ini baru kita tahu! Tapi, yang seronoknya, semakin lama kita jadi ibu bapa, semakin kita “masak” dengan perangai anak-anak.
Tengoklah masa si manja itu masih kecil, kita tahu saja apa yang dia nak bila dia menangis.
Akan tetapi, makin si manja anda membesar, anda mula melayan mereka seperti orang dewasa dan anda mahu mereka berkomunikasi macam orang dewasa.
Sebab itu kita asyik tanya “kenapa” pada semua benda yang dia buat.
Contohnya bila dia mengamuk dan buat perangai, anda akan tanya –
“Kenapa ni? Ada apa? Kenapa? Kenapa?”
Soalan “kenapa” itu amat tajam
Tanya soalan “kenapa” bila kita tak faham tentang sesuatu memang normal. Lagipun, kita sedang mengajar anak-anak “meluahkan” apa yang dia rasa.
Kita juga mengajar mereka menyoal kenapa pada benda yang mereka tak faham. Sebab itu kadang-kadang, kita akan tanya kenapa pada anak-anak dalam semua benda.
Kenapa menangis? Kenapa gelak? Kenapa awak menjerit-jerit ini? dan banyak lagi…
Masalahnya, mungkin orang dewasa boleh menjelaskan jawapan untuk soalan kenapa. Tapi, kanak-kanak tak!
Cuba bayangkan anda terasing di satu pulau yang tak dikunjungi ramai orang. Tiba-tiba anda kena cakap bahasa yang anda tak faham. Lepas itu, soalan kenapa pula asyik ditanya.
Stress kan?
Macam itu juga dengan anak-anak, terutamanya yang masih muda. Dia tak dapat nak jelaskan “kenapa” dia menangis, jadi dia akan menangis!
Ibu bapa jangan lagi tanya soalan kenapa
Apabila anak anda buat perangai dan mengamuk, dia pasti akan menghampiri anda untuk memujuknya. Mungkin sebab tidurnya terganggu, atau dia masih mamai.
Bila anda soal “kenapa”, dia mungkin akan fikir dia sedang buat salah. Jadi, anak-anak akan lebih buat perangai.
Menurut Faber dan Mazlish, pakar dalam komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak, soalan kenapa buat anak-anak tak lagi mempercayai anda.
Ia buat mereka fikir anda “menuduh” mereka melakukan sesuatu yang salah.
Jadi, apa ibu bapa patut buat bila anak-anak buat perangai dan mengamuk?
Sebenarnya, kanak-kanak yang suka buat perangai akan tunjuk 4 tahap ini sebelum mereka betul-betul mengamuk.
Pertama – anak mula tak menghiraukan sesuatu (bebai)
Kedua – anak mula berhenti melakukan sesuatu
Ketiga – pre-tantrum (dia tengah marah)
Keempat – barulah mengamuk!
Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas mungkin boleh menerangkan kenapa dia berkelakuan sedemikian. Tapi, tidak bagi kanak-kanak yang masih muda.
Kalau anda nak tanya soalan kenapa pada anak-anak, mula tanya bila mereka mencecah usia 7 tahun.
Ada cara yang lebih bagus untuk menggantikan soalan “kenapa” itu. Antaranya:
- Beri perhatian dan dengar apa yang anak nak cakap. Bila anda nampak anak anda pada tahap pertama (seperti di atas), cuba pergi teman dia dan beri dia perhatian sepenuhnya. Tapi jangan cakap apa-apa.
- Akui apa yang dia rasa. Anda boleh cakap “oh, begitu….”. Jangan cakap “hmmmm” saja bila anak anda bercerita.
- Cakap anda faham dengan apa dia rasa. Contohnya “ibu tahu sakit dia macam mana…”
- Beri apa yang dia nak dalam bentuk fantasi. Biasanya, tantrum sebab anak anda nak sesuatu yang tak logik. Contoh seperti dia nak pakai jaket sejuk ke sekolah. Cuba cakap yang apa dia nak mesti boleh dilakukan di New Zealand, kan? Ataupun cakap cuaca panas di Malaysia tak sesuailah nak pakai jaket sejuk.
Selamat mencuba ibu bapa semua!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Kredit gambar: Linked in
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsatu-soalan-mampu-tenang-anak-mengamuk/