Cabaran menari tarian Baby Shark
Bagi ibu-ibu atau bakal ibu baru, anda pasti pernah mendengar lagu Baby Shark, kan?
Lagu yang catchy lagi menarik itu sekarang tengah trending di Indonesia, pula!
Ramai para artis memuatnaik video tarian mereka dengan latar belakang lagu Baby Shark dan hashtag #BabySharkChallenge.
Cabaran itu sungguh comel dan menghiburkan! Tak percaya anda boleh lihat antara sedutan video tarian seperti di bawah:
Antara selebriti Indonesia terkenal yang menyahut cabaran menari tarian Baby Shark ini dan memuatnaik ia di media sosial adalah keluarga Anang Hermansyah, penyanyi Ashanty, pelakon Natasha Wilona dan penyanyi Syahrini.
Anda boleh lihat cabaran tarian ini di Youtube.
Comel, kan?
Trend lagu Baby Shark
Lagu Baby Shark ini mula mendapat perhatian ramai kerana beatnya yang catchy, dengan lirik yang mudah dan gerak tarian yang menyeronokkan.
Menurut pakar, tarian dalam lagu ini membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran bermotor mereka.
Liriknya yang mudah hanya menyebut tentang keluarga ikan jerung tersebut, daripada baby jerung hingga ke atuk jerung saja.
Hey di Malaysia, Upin Ipin pun menari lagu Baby Shark, tau!
Lagu Baby Shark ini dibuat oleh Pinkfong, sebuah syarikat animasi yang bermastautin di Los Angeles.
Syarikat animasi tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan kandungan animasi menarik untuk kanak-kanak belajar sambil berseronok.
Selain di Los Angeles, syarikat ini juga ada di China dan Korea Selatan.
Hingga kini, lagu Baby Shark telah mendapat perhatian hampir 800 juta pengguna di seluruh dunia.
Hashtag #BabySharkChallenge juga semakin meningkat!
Jangan tak tahu, Baby Shark ada aplikasi untuk telefon juga tau. Ia mengandungi video dan permainan kanak-kanak.
Aplikasi tersebut telah menjadi antara aplikasi 3 teratas yang dimuatturun oleh keluarga sejak 17 Ogos lepas.
Ha… macam mana rakyat Malaysia, nak sahut tak cabaran #BabySharkChallenge ini?
Kalau anda berminat, jangan lupa rakam aksi anda menyanyi lagu ini dan muat turun ia di media sosial, ya!
Dan jangan lupa hashtag!
Sumber rujukan: Asia One
Kredit gambar: Youtube
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comyoutube-channel-terbaik-untuk-belajar/