Gembira dengan berita kehamilan
Siapa yang tidak gembira apabila diberi rezeki hamil? Lepas dapat tahu diri itu hamil, mulalah anda dan keluarga pun risau dengan pelbagai perkara.
Pelbagai pantang larang keluar dan harus ibu hamil patuhi.
Itu tak boleh makan, ini tak boleh dilakukan, kena balik rumah sebelum pukul 8 malam dan sebagainya.
Bukan apa, ia demi kesejahteraan antara anda dan bayi yang dalam kandungan juga.
Tapi, ini tak bermakna ibu hamil tak boleh bergembira dan menjalani hidup normal seperti dulu, kan?
Di Taiwan, sebuah video tarian flashmob telah tular di media sosial. Video itu memaparkan 21 wanita mengandung kelihatan comel menari-nari, sambil menggoyangkan badan mereka.
Ini bertentangan dengan segala “pantang-larang” yang diamalkan di China.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah:
https://www.facebook.com/janethsiehonline/videos/10155101147277183/
Kehidupan normal selepas hamil
Menurut pembikin acara flashmob terbabit, video tarian ini telah difilemkan di Taipie Main Station.
Seramai hampir 21 wanita hamil menari bersama-sama. Ia untuk menunjukkan perspektif yang wanita hamil berhak memilih apa yang mereka mahu apabila disahkan hamil.
Ibu-ibu hamil ini memegang prinsip –
Jika anda bertuah menjalani proses mengandung yang normal tanpa masalah, jangan takut untuk keluar dan menjalani kehidupan normal.
Ibu hamil harus berjalan, bersenam dan lebih bagus – menari!
Anda akan rasa lebih baik dan tidak mudah tertekan.
Sebenarnya, kehidupan wanita hamil di China tiada kurang tertekannya seperti di sini. Masyarakat China masih mengamalkan pelbagai “pantang-larang” yang tidak boleh dilakukan oleh ibu mengandung.
Antaranya seperti tidak boleh berhubungan seks, tidak boleh menghadapi sebarang situasi yang memberi tekanan dan tidak boleh makan makanan tertentu.
Semua pantang larang ini harus diikut bagi mengekalkan keseimbangan yin dan yang untuk kesihatan bayi.
Namun, tahukah anda yang ibu hamil amat digalakkan untuk menari?
Menari baik untuk ibu hamil
Baby Center mengulas ibu hamil selamat untuk menari ketika hamil.
Malah, tarian sebenarnya membantu ibu-ibu hamil menjadi lebih fleksibel, menguatkan otot badan, malah melancarkan degupan jantung dan paru-paru.
Ibu hamil digalakkan untuk menari atau menggerakkan tubuh badan sekurang-kurangnya 30 minit, 3 hingga 4 kali seminggu.
Senaman tarian ini amat berfaedah sama seperti anda bersenam!
Jangan lupa untuk memanaskan badan terlebih dahulu dan minum air dengan banyak sebelum, semasa dan selepas anda menari.
Tapi apapun, tanyalah pendapat doktor anda dulu. Anda boleh menari tarian yang perlahan dan tak menggunakan terlalu banyak tenaga.
Jangan cuba menari tarian hip-hop, urban, balet dan tarian jalanan pula. Tak memasal nanti baby keluar awal daripada jangkaan, ops!
Apapun, cuba amalkan senaman yang selamat sambil bergembira. Menyanyi sambil menari dalam kareoke pun fun apa! Hehe
Selamat mencuba, ibu hamil semua!
Sumber rujukan: Shanghaiist dan Baby Center
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comberenang-semasa-mengandung/