Tarikan kanak-kanak yang terkenal ini boleh membahayakan

Pada mulanya, dia hanya mengambil mudah dan menganggap ia sebuah kesan lecur akibat terkena plastik panas. Namun selepas luka itu mula bernanah dan semakin teruk dari hari ke hari, dia mengambil keputusan untuk berunding dengan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kanak-kanak harus melalui pengalaman masuk ke dalam istana belon, sekurang-kurangnya sekali, dan menghabiskan masa selama berjam-jam menikmati kegembiraan itu sendiri; malah ia mungkin menjadi salah satu perkara paling membahagiakan buat mereka ketika zaman kanak-kanak ini.

Namun, selepas ini –  jika anda melihat istana belon di mana-mana majlis hari jadi atau tempat awam, anda harus berfikir sekali lagi untuk membenarkan anak anda memasukinya.

Istana belon yang kelihatan seperti tidak berbahaya ini sebenarnya mampu menimbulkan risiko perubatan yang serius.

Brenda Sanderson, ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, telah mempelajari fakta ini dengan cara yang sukar apabila – kulit anak lelakinya tiba-tiba dijangkiti dengan beberapa siri kudis yang aneh di seluruh tubuh badannya, selepas menghadiri majlis hari jadi.

Pada mulanya, dia hanya mengambil mudah dan menganggap ia sebuah kesan lecur akibat terkena plastik panas. Namun selepas luka itu mula bernanah dan semakin teruk dari hari ke hari, dia mengambil keputusan untuk berunding dengan doktor.

Istana/rumah belon: Tempat pembiakan bakteria

Penemuan doktor mendedahkan bahawa kudis tersebut semakin parah: budak lelaki itu telah dijangkiti dengan jangkitan Staph yang teruk, akibat bermain di dalam istana/rumah belon yang telah tercemar dan  tidak dibersihkan dengan betul selepas beribu kanak-kanak yang berpeluh bermain di dalamnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Istana/rumah belon ini, pada kebiasaan disewakan untuk parti, dan diperiksa untuk keselamatan secara rutin. Namun kebersihan bukanlah sebuah aspek penting dalam pemeriksaan. Kebersihan istana/rumah belon terapung ini bergantung sepenuhnya ke atas pemilik.

“Ia seperti lapik gusti,” kata doktor itu.

“Jangkitan Staph asalnya daripada gimnasium atau daripada sesuatu benda yang tidak dibasuh atau dibersihkan dengan betul, hingga ia mampu menghasilkan bakteria.”

Jika anda berfikir untuk menyewa salah satu istana/rumah belon ini buat majlis hari jadi anak anda yang akan datang, semak dengan pemilik tentang prosedur kebersihan mereka untuk memastikan anak anda terselamat daripada perkara buruk ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, jika anda anak tiba-tiba memiliki kudis aneh selepas bermain dengan permainan dan tarikan ini di mana-mana majlis, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Jangkitan Staph

“Jangkitan Staph adalah disebabkan oleh bakteria staphylococcus, sejenis kuman yang biasanya dijumpai di atas kulit atau di dalam hidung, walaupun pada individu yang sihat,” menurut kata doktor.

“Selalunya, bakteria ini tidak mengakibatkan sebarang masalah atau menyebabkan sebarang jangkitan kulit yang ringan.”

Tanda-tanda dan simptom bagi jangkitan Staph ini berbeza-beza, bergantung ke atas kawasan yang terjejas, namun berikut adalah beberapa tanda yang harus anda awasi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  •        Jangkitan kulit
  •        Keracunan makanan
  •        Bakteremia (keracunan darah)
  •        Sindrom kejutan toksik
  •        Artritis Septik

Jika anda mempunyai sebarang pandangan, pertanyaan atau komen mengenai topik ini, sila kongsi di kotak komen bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan