Pengasuh Didakwa Beri Bayi Ubat Tidur & Anxiety, Sampai Budak Itu Lemah Dan Mengantuk Sepanjang Hari

Pengasuh ditahan pihak polis selepas disabit dengan kesalahan memberi anak jagaan makan ubat tidur dan anxiety semasa berada dibawah jagaannya. Sanggup dia buat begitu ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan sekarang ramai pengasuh yang membuka taska di rumah kerana menjaga lebih daripada seorang anak asuhan.

Di tahun 2020 ini ingatkan ramai pengasuh yang berjiwa mulia dan ikhlas menjaga anak asuhan akan tetapi masih ramai lagi yang menjaga semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Tentu perkara ini cukup membimbangkan ibu bapa yang mahu menghantar anak ke taska di rumah pengasuh.

Kalau ibu bapa meletakkan syarat-syarat tertentu mereka mengatakan boleh dan sebagainya tapi bila jaga indah khabar dari rupa.

Sedangkan, anak kecil itu perlu ditatang bagaikan minyak yang penuh sementara ibu bapanya keluar bekerja. Tapi lain pula yang terjadi bila berada di rumah pengasuh.

Taska di rumah pengasuh

Seperti yang berlaku baru-baru ini apabila beberapa jenis ubat ditemui di dalam tubuh dua orang bayi yang dikatakan telah diracuni oleh pengasuh mereka sendiri. Allahu, sedihnya bila dengar berita sebegini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita berkenaan, Sa’adiah Jamari, 38 dituduh meracuni dua bayi perempuan berumur lima hingga 11 bulan.

Dia dipercayai memberi dua bayi itu pelbagai jenis ubat termasuklah ubat tidur dan ubat anxiety.

Walaubagaimanapun, dia menuntut perbicaraan ke atas dua tuduhan tersebut kerana meracuni.

Menurut persidangan mahkamah, pihak polis menemui satu ubat zolpidem yang biasanya digunakan untuk merawat masalah tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara 10 tablet jenis chlorpheniramine dan antihistamin dijumpai di rumah Sa’adiah.

Lebih mengejutkan, sapu tangan juga dikesan mempunyai kandungan diazepam yang biasanya digunakan untuk merawat anxiety dan sawan.

Malah botol susu yang digunakan anak asuhannya juga mempunyai kesan Zolpidem yang dikenali juga dengan nama Stilnox turut dijumpai.

Mahkamah telah mendengar kes tersebut pada November dan Disember 2016 di mana Sa’adiah telah menggunakan semua jenis ubat tersebut untuk merawat penyakit yang dialami oleh Pusat Perubatan Everhealth.

Selain itu, kedua-dua badan bayi itu juga telah dijumpai dengan ubat jenis Ephedrine.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Posting daripada ibu bayi berkenaan di dalam Facebook “Mummy’s Group”

Semasa kejadian, ibu salah seorang bayi telah memuat naik status di dalam kumpulan Mummy’s Group pada bulan Disember 2016 yang lalu di mana dia memerlukan seorang pengasuh untuk menjaga anak perempuannya pada malam 25 Disember.

Ibu berusia 22 tahun itu kemudiannya dihubungi oleh tertuduh yang mengatakan dia boleh menjaga bayi perempuannya itu.

Selepas itu, dia membawa anak perempuannya ke rumah Sa’adiah pada Hari Krismas. Sementara itu, anak perempuan Sa’adiah yang berumur 14 dan 15 juga pulang pada malam tersebut.

Bayi kelihatan sangat mengantuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 26 Disember sekitar jam 6 pagi, ibu bapa bayi tersebut mengambilnya di rumah tertuduh.

Namun, ibu bayi berkenaan melihat anaknya seperti meragam dan mengantuk semasa dia menjemputnya pulang.

“Saya cuba bercakap dengannya dalam bahasa baby tapi dia kelihatan sangat berbeza. Sambil matanya terus tertutup rapat”.

Tidak berdiam diri, lantas ibu bayi berkenaan bertanyakan kepada Sa’adiah bagaimana keadaan bayinya di sepanjang malam kerana itu adalah kali pertama anak perempuannya tinggal di rumah orang lain.

Ibu bayi berkenaan berkata dia tertidur dengan bayi pada jam 9 pagi dan apabila terbangun kira-kira enam jam kemudian dan mendapati si kecil berkelakuan tidak normal seperti selalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelihatan mengantuk dan letih

“Selepas dia bangun dari tidur, reaksinya normal sambil bermain namun dia kelihatan masih mengantuk.

Kemudian sekitar jam 5 petang pada hari tersebut, bayi itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak untuk diperiksa keadaannya.

Pada masa itulah, bahan terlarang dikesan dalam air kencing dan darahnya.

Kesan sampingan ubat-ubatan

Ubat-ubatan digunakan untuk merawat sebarang penyakit tertentu namun ia mempunyai kebaikan dan risikonya yang tersendiri.

Meskipun sesuatu ubat mempunyai faedah, namun ia tetap mempunyai kesan tertentu yang tidak diingini kepada pesakit.

Kesan sampingan ini bermaksud implikasi ubat yang tidak diingini berlaku semasa pengambilan ubat pada dos yang betul.

Ini kerana, ia boleh membawa faedah atau kemudaratan kepada si pengguna.

Maksudnya, jika anda mengalami kesan sampingan dari sejenis ubat maka berkemungkinan anda juga mengalami kesan yang sama dari ubat lain yang bertindak dengan cara yang sama seperti ubat tersebut.

Antara kesan yang biasa berlaku seperti muntah, pening atau pendarahan di saluran gastrousus.

Kesan sampingan ini boleh berlaku selepas anda mengambil ubat tersebut atau berlaku beberapa minggu atau bulan selepas mengambilnya.

Jika kesan sampingan tidak hilang selepas beberapa hari, anda seharusnya berjumpa doktor atau ahli farmasi dengan kadar segera.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : The Newpaper 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-bapa-bunuh-anak