Kolektif karya seni daripada teamLab, “teamLab: Resonating Microcosms” bakal berlangsung bermula dari 4 Ogos sehingga 30 November 2022 di Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”,) kemudahan komersil yang telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun Januari 2022.
teamLab, yang telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, akan mempamerkan hasil karya seni cahaya di LaLaport BBCC. Menerusi judul “teamLab: Resonating Microcosms”, pengunjung bakal teruja dalam bentuk transformasi dengan kehadiran orang ramai dan persekitaran alam yang semula jadi.
- Nama Pameran
teamLab: Resonating Microcosms
- Tajuk karya
Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset
Rooftop Garden, yang menampilkan ovoid yang tidak terkira bilangannya, merupakan sebuah ruang seni yang mengubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai.
Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka.
Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa.
Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan.
teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair (Liquified Light Colors) yang baru.
Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan.
- Tajuk karya
Resonating Trees
Pohon-pohon bersinar dengan terang. Cahaya daripada setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan.
Cahaya yang dihantar dari “Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset” menyebabkan cahaya pada pohon tersebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna.
Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu persatu, selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan.
Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama.
Butiran pameran
teamLab: Resonating Microcosms
Tempoh: 4 Ogos (Khamis) – 30 November (Rabu), 2022
Tempat: LaLaport BBCC Rooftop Garden (Aras 4)
Yuran: Percuma
- Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE
https://mitsui-shopping-park.com.my/
- Laman Web Rasmi Pameran
https://www.teamlab.art/e/lalaport_kualalumpur/
teamLab (ditubuhkan pada tahun 2001) merupakan kumpulan kolektif seni antarabangsa terdiri daripada kelompok pakar pelbagai seperti artis, pengaturcara, jurutera, juruanimasi CG, ahli matematik dan arkitek yang bekerjasama untuk mengemudi pertemuan seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.
teamLab telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, antaranya di New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne serta pameran kekal berskala besar di Shanghai, Macau, Tokyo dan Singapura. Sehingga kini, teamLab menerima kehadiran lebih daripada 28 juta pengunjung ke pameran seninya di seluruh dunia.
Muzium Borderles teamLab di Tokyo menyaksikan 2.3 juta pengunjung daripada lebih 160 negara dan wilayah dalam tempoh setahun sejak pembukaannya dan diiktiraf sebagai muzium kumpulan seni tunggal yang paling banyak dilawati di dunia.
Ia juga dinamakan sebagai salah sebuah Tempat Paling Hebat di Dunia pada 2019 oleh majalah Time.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia