Ape itu teh kombucha? Bagus ke?

Teh kombucha ialah sejenis minuman kesihatan. Teh yang ditapaikan ini sebenarnya telah lama di amalkan namun baru-baru kembali popular.teh kombucha juga dikenali sebagai teh cendawan.

Teh kombucha atau teh cendawan mekah semakin kembali popular kini. Ia bukan sahaja minuman yang sedap malah berkhasiat jika di amalkan dengan cara yang betul. Perkongsian kali ini adalah mengenai teh kombucha, mari kenali teh kombucha.

Apa itu teh kombucha?

Teh kombucha ialah sejenis minuman kesihatan yang kaya dengan bakteria baik (probiotik) dan vitamin B. Teh yang ditapaikan ini sebenarnya telah lama di amalkan namun baru-baru kembali popular.teh kombucha juga dikenali sebagai teh cendawan.

Namun sebenarnya ia bukan diperbuat daripada cendawan tetapi bakteria dan yeast yang terapung di atas minuman itu dan menyerupai bentuk cendawan. Teh kombucha mempunyai rasa yang sedikit bergas, bau masam seperti cuka dan berwarna coklat seperti teh. Selalunya, jus buah-buahan asli ditambah dengan teh kombucha untuk menjadikan rasanya lebih manis dan berperisa.

Bagaimana ia dibuat?

Diperbuat daripada teh hitam, hijau atau oolong manis yang melalui proses penapaian oleh koloni simbiotik bakteria dan yis atau lebih dikenali dengan panggilan SCOBY (Symbiotic Colony of Bacteria and Yeast). SCOBY akan memakan gula di dalam campuran teh dan membiakan bakteria baik. Proses penapaian teh kombucha selalunya di lakukan dalam tempoh 7 hingga 10 hari sebelum ia boleh diminum dan semakin lama dibiarkan, semakin kurang manis rasanya kerana bakteria telah memakan gula di dalam campuran teh tersebut.

Setelah siap proses penapaian, Teh kombucha akan menjadi seperti bergas dan mempunyai cuka, vitamin B, enzim, probiotik dan tinggi kandungan asid (asetik, glukonik dan laktik). Teh kombucha kemudiannya akan dikeluarkan dan dicampur bersama jus buah-buahan asli berserta buahnya dan SCOBY tadi akan disimpan untuk proses penapaian seterusnya. Dari sinilah terjadinya pelbagai perisa teh kombucha seperti delima, nenas, dan buah naga, mengikut kesukaan masing-masing.

Khasiat Teh Kombucha

Pengamal teh kombucha mengatakan yang dengan minum minuman ini membantu kesihatan mereka dari pelbagai sudut. Namun menurut WebMD, masih belum cukup bukti untuk mengiakan hal ini. Walaubagaimanapun, menurut pengamal teh kombucha dan laman sesawang milik Dr.Axe, khasiat teh kombucha termasuklah:

  • membantu penghadaman
  • menurunkan beratbadan
  • meningkatkan tenaga
  • membersihkan dan detoksifikasi badan
  • membantu sistem imun
  • mengurangkan sakit sendi
  • mengurangkan risiko kanser
  • membantu memori
  • mengurangkan risiko PMS
  • mengurangkan rambut gugur

Teh kombucha bolehlah dijadikan minuman alternatif kepada minuman manis yang tidak berkhasiat. Apa-apa pun, kita haruslah beserdahana dalam semua perkara. Selamat mencuba.

 

Penulis

Aqma