Keluar Dating Pun Main Telefon? Jom Main Teka Teki Cinta Dengan Pasangan!

Keluar bertemu janji tapi masing-masing sibuk dengan telefon bimbit? Apa kata anda cuba bermain teka teki cinta dengan pasangan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Sering kali kita lihat pasangan yang sedang bertemu janji masing-masing tetap leka dengan telefon bimbit sama ada sedang bermain games atau melayari laman sosial. Apa kata anda dan pasangan bermain teka teki cinta pasti boleh menggembirakan hati yang sedang kebosanan.
 
Selain mengisi masa lapang, bermain teka teki sangat bagus untuk mengasah otak kita kerana kebiasaannya untuk mendapatkan jawapan kita perlu berfikir dahulu.

Anda juga boleh mencuba pickup line yang makin popular apabila ia sering digunakan khususnya dalam media sosial, termasuklah televisyen, komedi dan drama-drama terbaru.

Sekiranya digunakan pada tempat yang betul, menggunakan ayat pickup line yang bersesuaian dengan pasangan kita juga dilihat satu perbuatan yang sangat sweet dan menjadi pengikat kasih sayang kepada pasangan kita.

Walaupun sudah berkahwin, pasangan suami isteri sebenarnya sangat digalakkan untuk menggunakan ayat-ayat manis seperti ini untuk pasangan anda untuk mengingatkan pasangan anda betapa sayangnya anda pada mereka. Kami senaraikan teka teki cinta untuk anda ya?

SOALAN : Apa beza awak dengan mahkota?
JAWAPAN : Mahkota bertakhta di kepala tapi awak bertakhta di hati saya.

SOALAN : Awak tahu apa beza awak dengan ubi?
JAWAPAN : Ubi tu diam-diam berisi, awak tu diam-diam saya jatuh cinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SOALAN : Awak cuci muka pakai gula eh?
JAWAPAN : Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya.

SOALAN : Apa beza awak dengan toyol?
JAWAPAN : Toyol curi duit, tapi awak curi hati saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SOALAN : Apa beza awak dengan awan?”
JAWAPAN : Awan bawa hujan, awak bawa cinta saya.

SOALAN : Rumah, rumah apa yang paling bahagia?
JAWAPAN : Rumah tangga kita.
 
SOALAN : Kotak apa yang paling menyakitkan?
JAWAPAN : Kotak sedar bahawa selama ini saya suka kamu.
 
SOALAN : Kipas apa yang ditunggu-tunggu wanita?
JAWAPAN : Kipastian untuk dari kamu.
 
SOALAN : Cuka apa yang paling manis?
JAWAPAN: Cuka cama kamu.
 
SOALAN : Cicak apa yang boleh membunuh?
JAWAPAN: Cicak nafas melihat senyummu.
 
SOALAN : Apa beza jam dinding sama awak?
JAWAPAN: Kalau jam dinding dipasang di dinding, kalau awak dipasang di hati aku.
 
SOALAN : Belajar apa yang paling saya suka?
JAWAPAN: Belajar mencintaimu setulusnya.
 
SOALAN : Bola apa yang pandai menangis?
JAWAPAN: Bola mataku bila melihat dirimu pergi.
 
SOALAN : Mandi apa yang tidak basah?
JAWAPAN: Mandirikan rumah tangga bersama kamu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Biar Pasangan Merajuk Lama, Ini 6 Cara Pujuk Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu

Baca juga : Mimpi Pasangan Curang Ketika Tidur Boleh Jadi Petanda Buruk? Ini Jawapan Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Tiada Tolak Ansur & Sering Ambil Mudah, Ini 5 TANDA Pasangan Anda Belum Matang

Penulis

Nursyamimi