Salah satu cara untuk menaikkan mood romantik bersama pasangan adalah dengan memberi teka teki sweet atau pun pickup line yang selalu orang sekarang gunakan.
Jika pasangan anda dalam mood tidak baik ataupun sedang merajuk, mungkin dengan cara ini dapat menaikkan kembali semangatnya sekali gus menimbulkan rasa kasih sayang tapi pastikan jenaka teka-teki itu kena dengan keadaan tau.
Jadi kami kongsikan beberapa jenaka dengan cara beri teka teki sweet atau beberapa pickup line yang anda boleh gunakan untuk sampaikan kepada pasangan masing-masing.
Teka Teki Sweet
Soalan : Malam apa yang paling menakutkan?
Jawapan : Malam-malam aku sendiri tanpa kamu disisi
Soalan : Bola apa yang pandai menangis?
Bola mataku bila melihat dirimu pergi meninggalkanku
Soalan : Belajar apa yang paling saya suka?
Jawapan : Belajar mencintaimu setulusnya
Soalan : Kipas apa yang ditunggu-tunggu wanita?
Jawapan : Dikipas pengapit sewaktu berdua di atas pelamin
Soalan : Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?
Jawapan : Rumah tangga kita
Soalan : Apa beza jam dinding dengan awak?
Jawapan : Kalau jam dinding dipasang di dinding, kalau awak dipasang di hati saya
Soalan : Panda apa yang membuatkan senang hati?
Jawapan : Pandangan awak setiap hari
Soalan : Awan apa yang membuat saya bahagia?
Jawapan : Awanna be with you forever
Pickup Line Untuk Anda Yang Bercinta
Awak nak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
“Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya”
Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan? Tak, apa bezanya?
“Kalau bulan memberi cahaya kepada bumi, kalau awak memberi cahaya ke hati saya”
Awak kenal tak mana-mana tukang kayu? Taklah, kenapa?
“Kerana saya nak pahat nama dan wajah awak di hati saya”
Awak tahu apa beza saya dengan toyol? Tak tahu
“Toyol curi duit awak, saya curi hati awak”
Awak saya nak jam. Jam apa?
“Jambatan ke hati awak lah”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Keluar Dating Pun Main Telefon? Jom Main Teka Teki Cinta Dengan Pasangan!
Baca juga : 5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah
Baca juga : Tips Murah Rezeki: Suami Isteri Mesti Selalu Berkepit, Barulah Rezeki Masuk