Kematian Bayi Dalam Kandungan, Ini Cara Menguruskan Emosi Anda

Melahirkan bayi yang sudah mati adalah sesuatu yang memberikan trauma pada diri seorang ibu. Walaupun mengalami trauma ini, namun pengurusan emosi dan tekanan perasaan harus dititikberatkan agar jiwa ibu kembali pulih seperti sedia kala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengejutkan, kemarahan, kesedihan dan rasa bersalah adalah beberapa tekanan perasaan dan emosi yang dilalui oleh seorang wanita yang baru saja kehilangan bayi yang dikandungankan.

Sekiranya anda mengalaminya pada masa sekarang atau mempunyai kisah yang sama di mana bayi anda mati semasa melahirkan, jangan bersedih kerana kami ada bersama anda.

Walaupun trend kelahiran bayi stillbirth ini rendah di seluruh dunia namun masih banyak yang perlu kita pelajari mengenai kelahiran mati ini termasuklah tekanan perasaan dan gangguan emosi yang akan ditanggung oleh seorang wanita itu.

Satu kajian yang dijalankan oleh Stillbirth Collaborative Research Network mendapati bahawa wanita yang mengalami kehilangan bayi semasa bersalin berisiko lebih tinggi untuk mengalami gejala tekanan perasaan.

Namun begitu, langkah yang baik untuk pemulihan emosi adalah sesuatu yang tidak mustahil dan mungkin mengambil sedikit masa untuk mereka pulih kembali.

Berikut ini kami kongsikan cara-cara yang boleh anda lakukan bagi mengatasi kesedihan di saat waktu sukar ini.

Tekanan perasaan selepas kehilangan bayi, biarkan diri anda bersedih

Mengalami kelahiran mati adalah sangat menyakitkan kerana wanita hamil menjalinkan hubungan yang cukup kuat dengan bayinya sejak berada di peringkat awal kehamilan lagi. Maka sudah pasti situasi ini akan mempengaruhi keseluruhan minda dan emosi si ibu.

Bayangkan masa depan yang anda bayangkan tiba-tiba berubah menjadi suasana gelap. Segalanya yang anda sediakan untuk menanti kedatangannya seolah-olah musnah dalam sekelip mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di masa yang sukar ini anda mungkin berasa takut jika tak mampu membendung perasaan sedih ini yang mana orang lain tidak akan faham.

Dalam masa yang sama mereka mungkin mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai apa yang harus anda lakukan tetapi setiap orang menangani kesedihan dengan cara yang berbeza-beza dan anda berhak untuk bersedih
dengan cara sendiri.

#1. Pengurusan terhadap rasa bersalah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sewaktu ini anda mungkin terfikir apa yang boleh dilakukan dan apa yang salah? Pelbagai soalan akan menimpa dalam diri anda dan rasa bersalah akan menyusul.

Ya mungkin wajar untuk anda menyalahkan seseorang atau diri sendiri tetapi bayi yang belum lahir itu tidak bersalah. Kerana banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini seperti komplikasi kehamilan, masalah plasenta dan banyak lagi faktor lain yang di luar kawalan yang boleh menyebabkan situasi ini.

Walaupun perasaan bersalah itu mungkin tidak lama namun salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan berjumpa doktor bagi membantu merawat jiwa dan perasaan yang kecewa itu.

Meskipun mungkin anda tidak ada jawapan yang pasti, tapi sekurang- kurangnya anda mempunyai masa untuk menenangkan kembali pemikiran di paras yang terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian untuk menilai kesihatan anda dan anda juga boleh mempertimbangkannya.

#2. Meluahkan perasan anda

Apabila situasi ini berlaku anda mungkin seolah-olah merasakan kehilangan seluruh dunia.

Masa itu mungkin anda tidak mahu melihat pakaian bayi yang mana anda sudah beli dari awal. Jadi jangan takut untuk memberitahu ahli keluarga untuk simpan segala keperluan baby itu dan meletakkan di tempat yang lain.

Jangan simpan perasaan duka ini berseorang tapi luahkanlah dengan pasangan anda yang mungkin boleh membantu bersama-sama di saat menghadapi situasi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi ingat, suami juga mungkin rasa kecewa dengan apa yang berlaku tapi mungkin dia tidak mahu menunjukkan rasa sedih itu di hadapan anda.

Walaubagaimanapun, saling memberi sokongan, mendengarkan masalah dan saling menghormati perasaan masing-masing adalah sangat penting.

Walaupun begitu, meluahkan tekanan perasaan anda tidaklah semestinya membicarakan dengan suara yang lantang.

Tapi anda juga boleh ekspresikan diri melalui aktiviti lain seperti membaca buku atau apa saja yang dapat menghilangkan perasaan duka itu.

#3. Beri masa untuk diri sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang kala trauma emosi ini tidak dapat ditanggung oleh seseorang walaupun anda hanya mahu melupakannya.

Sebagai ganti, rancang pengebumian bayi dan ucapakan selamat tinggal buatnya yang mana anda tidak akan pernah lupa dirinya itu yang pernah duduk dalam rahim anda.

#4. Dapatkan sistem sokongan

Sewaktu ini mungkin anda lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain dan memilih untuk tinggal bersendirian.

Malah ada masanya anda seolah tidak mahu berbicara dengan orang lain dan lebih suka mendiamkan diri.

Tetapi ingatlah bahawa keluarga anda juga kehilangan peluang untuk memiliki cucu atau anak saudara dan mereka juga mungkin berduka di atas kehilangan itu.

Jadi, biarkan tangan mereka membantu anda dalam urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Mungkin cara mereka itu dapat mengurangkan rasa sedih di hati masing-masing.

Meminta bantuan dengan cara lain juga bukanlah sesuatu yang memalukan di mana anda boleh bergabung dengan kumpulan sokongan sama ada secara atas talian atau di luar talian.

Atau mungkin berkongsi cerita bersama pengalaman orang lain yang mungkin pernah juga mengalami stillbirth ini. Lantas mereka pasti memahami bagaimana sakitnya kehilangan bayi dalam kandungan.

Meneliti dan berkongsi cerita dengan wanita lain dapat membantu mebimbing anda menjadikan perjalanan ini tidaklah begitu sunyi. Malah anda tidak pernah bersendirian.

#5. Sentiasa jaga diri

Jangan lupa bahawa aspek penderitaan fizikal akibat kelahiran mati boleh memberi kesan buruk pada tubuh anda.

Kami faham, kesakitan fizikal ini mungkin tidak sama dengan emosi negatif yang menjalar dalam jiwa namun badan anda juga perlu pulih sepenuhnya.

Menjaga kesihatan fizikal juga dapat membantu anda mengatasi keadaan mental dengan baik.

Jadi pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan nutrien, minum banyak air kosong dan beristirehat.

Walaubagaimanapun, apabila anda merasakan waktunya sudah tepat berbincanglah dengan doktor mengenai bilakah waktu yang tepat untuk anda mencuba hamil lagi.

Ingat, anda masih ada harapan untuk menimang cahaya mata di satu masa yang sesuai akan datang.

Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris di theAsianparent dan diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati