Teknik Fingering Mampu Beri Nikmat Memuncak! Tapi Tak Semua Buat Dengan Betul...

Ramai pasangan ingat, mereka sudah tahu teknik fingering yang mampu memuaskan pasangan. Tapi hakikatnya mereka salah teknik fingering!

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa perlu buat teknik fingering kalau anda suami isteri boleh saja bersetubuh untuk puas, kan?

Tapi ada satu benda anda tidak sedar. reknik fingering yang tepat sebenarnya boleh cepat “memanaskan” panggung aksi anda di atas katil. Semakin cepat isteri terangsang, semakin dahsyat aksi yang akan terjadi.

Tapi, tak semua suami tahu bagaimana ingin melakukan teknik fingering yang tepat.

Dek mempelajari teknik ini hanya menerusi video-video lucah, ia sebenarnya telah membuatkan anda “salah” melakukan teknik itu hingga isteri bukan bertambah puas, tapi makin sakit pula vaginanya!

Namun jangan risau wahai suami semua. Hari ini, kami akan membantu anda belajar teknik fingering yang tepat untuk memaksimumkan kepuasan pasangan di ranjang.

Sebelum itu, ayuh kita pelajari dulu apakah itu teknik fingering.

Teknik Fingering Yang Tepat Memuncakkan Kenikmatan

Jadi, betul ke fingering boleh menjadi salah satu teknik foreplay yang mampu memberi kepuasan pada isteri? Ya betul! Tapi jika ia dilakukan dengan tepat.

Menurut sebuah kajian, seramai 36.6% wanita mengaku mereka akan mencapai orgasma (kepuasan memuncak), apabila diberi rangsangan klitoris. Ini termasuklah ketika di-fingering.

Menurut Dr. Laurie Mints, pakar terapi seks, ramai lelaki yang menganggap fingering hanyalah melibatkan kemasukan jari ke dalam faraj.

Hakikatnya, teknik yang sebenar adalah dengan merangsang menggunakan jari, malah kawasan sekitar farajnya (seperti bibir faraj, klitoris, dan lubang faraj)! Teknik ini yang akan memberi orgasma pada isteri.

Tanpa rangsangan klitoris, agak sukar untuk isteri rasa terangsang. Fingering semata-mata hanya akan menyebabkan kesakitan, sama kesnya jika tiada foreplay, maka penetrasi akan rasa lebih menyakitkan.

Apa Teknik Fingering Yang Tepat?

Okay sekarang apabila anda sudah tahu kenapa teknik fingering yang tepat itu penting, jom kali ini kita belajar teknik yang betul juga. Ini adalah caranya:

#1 Jangan terburu-buru

Sebelum mencuba aksi fingering, pastikan jari anda bersih dan kuku anda tidak panjang. Badan wanita ini bersifat lembut, jadi layanilah ia dengan lembut. 

Jari dan tangan manusia lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan, jadi jagalah kebersihannya.

#2 Tahu anatomi badan dan faraj wanita

Ini bermaksud anda kena tahu bahagian badan mana yang sensitif dan suka disentuh. Antara bahagian faraj yang perlu dirangsang adalah:

  • Klitoris: Inilah “kunci” kepada segala usaha anda untuk memuaskan isteri. Klitoris (atau biji kelentit) adalah rumah kepada beribu reseptor saraf, jadi ia amat sensitif. Ada pelbagai cara untuk merangsangnya, tapi cara ini paling berkesan (sila baca caranya di sini)
  • Saluran dalam vagina: Kawasan di dalam lubang ini direka untuk penetrasi, sama ada melalui jari mahupun zakar. 
  • G-spot: G-spot adalah kawasan “lembut” di dalam faraj yang terletak di bahagian atas. Jika dirangsang dengan tepat, ia akan memberi orgasma luar biasa. Sila baca artikel ini untuk merangsang G-spot.

#3 Sediakan pelincir jika perlu

Pelincir penting kerana isteri anda tidak semestinya terus terangsang ketika awal aksi bermula. Jadi, berlembutlah dengan mereka.

#4 Baring dalam posisi yang selesa

Seperti yang disebut, bukan senang untuk semua wanita mencapai “big O”, jadi berikan keselesaan pada mereka sebelum anda cuba fingeringnya. 

#5 Goda isteri sampai basah

Rangsang isteri dengan foreplay sebelum fingering adalah antara trik yang dipercayai sangat berkesan. Jika isteri terangsang, anda tidak perlukan pelincir pun!

Malah isteri akan lebih sensitif pada sentuhan jika dirinya terangsang. Macam mana nak goda isteri sampai terangkat? Semak lebih lanjut dalam artikel ini.

#6 Bebas berkomunikasi

Biar isteri cakap apa yang dia suka atau tidak suka akan “melancarkan” lagi teknik anda. Cara paling mudah nak tahu isteri suka atau tidak dengan setiap rangsangan anda beri adalah dengan menyoal. 

Jangan lupa untuk cakap secara nakal dengannya. Pujilah yang anda suka bila isteri mengerang dengan setiap rangsangan. Pasti dia lebih “galak” nak buat demi anda!

#7 Mulakan sentuhan, tapi jangan sentuh klitoris atau faraj lagi!

Jangan terburu-buru. Bina drama dan perlahan-lahan. Biar isteri yang merayu untuk anda merangsang bahagian sensitifnya itu. Itu baru tanda isteri turn on!

#8 Kekalkan kelajuan jari anda

Salah satu kesalahan yang sering dibuat suami adalah berhenti terus fingering apabila isteri mula merasai kemuncak. Jangan berhenti! Teruskan tujahan. 

Apa yang paling penting, beri perhatian pada reaksi yang diberi isteri. Jika dia bakal klimaks, tumpukan perhatian pada bahagian badannya yang paling sensitif (klitorislah, mana lagi!). Semoga berjaya 😉

Jangan lupa save artikel ini untuk rujukan bila-bila nanti ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Refinery 29, Love Panky

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-merangsang-klitoris

 

 

Penulis

Ayu Idris