Cara Goda Suami Dengan BERKESAN, Buat 5 Perkara Ini Pasti Si Dia Rasa Nikmat & Ketagih

undefined

Teknik goda suami perlu buat dengan cara betul agar pasangan tidak bosan apabila di ranjang. Bahkan perkara inilah membuatkannya selalu rindu

Anda mahukan belaian manja, tapi suami kelihatan macam tak ghairah? Jangan khuatir. Kami kongsikan beberapa teknik goda suami yang anda boleh lakukan. 

Ketiga-tiga teknik goda suami ini melibatkan foreplayForeplay adalah satu aktiviti “memanaskan badan” sebelum aksi sebenar bermula. 

Teknik goda suami dengan foreplay

cara goda suami

Siapa kata foreplay hanya untuk isteri?! Ha… di situ anda salah! Dengan teknik goda suami ini, anda dan pasangan boleh “dipancing” untuk menjalankan hubungan suami isteri yang lebih ghairah. 

Malah menurut kajian, jika isteri bijak melakukan beberapa cara goda suami ini, ia mampu menurunkan rasa resah dalam diri pasangan dan meningkatkan keintiman emosional. 

1. Mulakan dengan dirty talk

Cara goda suami yang pertama adalah dengan menggunakan dirty talk. Ungkapkan kata-kata yang boleh menggoda pasangan agar mereka mahu melakukan foreplay.

Jika anda malu,boleh cuba melakukan dirty talk ini sepanjang hari melalui mesej dulu. Biar suami “terpancing” dan ingin cepat-cepat balik rumah untuk menerkam anda.

Anda juga boleh beritahu suami yang anda amat merindunya dan ingin dia segera balik. Lepas suami balik, jangan lupa beri kejutan yang dia tak sangka

#2. Pura-pura kepenatan dan terus baring tanpa memakai baju

Seterusnya cara menggoda suami untuk ke ranjang adalah dengan berpura-pura penat dan terbaring tanpa mengenakan pakaian.

Sambil mengeluh, usai tanggal baju terus baring meniarap di atas katil. Lelaki mana tidak tergoda melihat isteri tanpa seurat benang terbaring di atas katil bukan?

Lelapkan mata, dan anda akan perasan ada badan yang kepanasan sedang menghampiri anda. Apa yang terjadi seterusnya tak perlulah dijelaskan lagi!

#3. Jadi boss atas katil

sek suami isteri

Jika sebelum ini hanya suami yang mengawal situasi di ranjang dan memberi arahan. Apa kata kali ini anda pula yang mengambil alih tugas suami dan memberi arahan ketika ingin bersetubuh.

Jangan risau suami anda tidak akan menolak ajakan seks dan akan menurut kata anda. Malahan berani kami katakan dia akan menyukai apa yang anda lakukan.

Sesetengah lelaki suka diarah dan menjadi manja ketika aktiviti sek suami isteri.

#4. Belajar menjadi pencium yang bagus

Ramai yang menganggap ciuman adalah satu teknik foreplay yang membosankan. Jika anda fikir begitu, mungkin anda melakukan teknik ciuman yang salah.

Salah satu cara menggoda suami untuk ke ranjang yang paling berjaya ialah dengan ciuman yang mengghairahkan. Anda perlu mencium suami dengan semangat. 

Untuk jadi pencium yang bagus dan cara puaskan suami, anda perlu buat:

  • Cuba gigit lembut salah satu bibirnya
  • Gunakan tangan anda untuk menggerakkan kepala suami ke satu sisi dan anda boleh mengubah tempat anda menciumnya
  • Dari bibir, segera usap cuping telinga suami dan cium kawasan lehernya
  • Jangan lupa untuk cium badannya juga!

#5. Jangan lupa tangan anda!

Sambil berciuman, jangan lupa pula yang anda perlu menyentuh dan menggoda suami perlahan-lahan! 

Untuk cara goda suami di rumah yang paling berkesan, anda perlu

  • Beri belaian lembut, kemudian usap badannya dengan mesra
  • Cuba guna kuku atau jari anda untuk bersentuhan dengan badannya. Biar nafas anda dihela berat ke telinganya. Pasti suami akan rasa sedikit “luar biasa”
  • Jangan lupa paha, pipi, telinga, leher dan bahagian belakang badan pasangan. Ini merupakan titik sensitif mereka.

Cara puaskan suami jarak jauh

Cara puaskan suami jarak jauh

Bagi anda yang tinggal berjauhan dengan suami disebabkan oleh tuntutan kerja, kami memahami bahawa ia adalah sesuatu yang amat menyeksakan jiwa dan raga.

Satu cabaran yang timbul ialah mengekalkan kehidupan seks apabila anda dan pasangan berjauhan.

Nasib baik, terima kasih kepada teknologi yang semakin canggih, penjarakan fizikal tidak perlu memisahkan kita secara seksual. Sebagai isteri, anda wajib tahu ada beberapa cara puaskan suami jarak jauh. 

#1. Melalui telefon

Kalau di siang hari boleh mengalihkan rasa rindu dengan bekerja, atau melakukan aktiviti yang memakan masa yang lama, kalau malam tiba, pasti ada rasa rindu untuk berada di samping suami.

Jangan takut untuk melakukan panggilan atau video call, katakan anda merinduinya dan mahukan dia pada masa itu.

Kemudian arahkan perbualan ke arah yang lebih seksual. Jika anda tidak biasa, mulakan dengan apa sahaja perbualan yang anda ingin katakan.

#2. Hantar e-mel seksi

Jika anda dipisahkan oleh jarak, anda mungkin ingin menceriakan hari masing-masing dengan menghantar e-mel beberapa foto hangat.

Ia boleh menjadi satu bentuk foreplay dan godaan untuk aktiviti sebenar yang akan datang.

Pastikan ia tidak terlalu mendedahkan (sebagai contoh, jauhkan wajah  daripada pandangan dalam foto) tetapi tunjukkan sedikit bahagian yang seksi sudah cukup untuk merangsang suami.

#3. Bertukar video dan merakam suara nakal

Cara puaskan nafsu suami yang seterusnya adalah dengan bertukar video atau merakam suara manja.

Jika anda malu untuk berbogel dalam video, pakar seks Astroglide Dr. Jess O’Reilly, mencadangkan merakam diri anda dalam gelap atau hanya merakam bunyi.

“Merakam diri kita sendiri dalam keghairahan solo mungkin membuatkan anda janggal, jadi pertimbangkan untuk menghantar klip yang sangat pendek tentang sesi memanjakan diri yang dirakam dalam gelap,” katanya.

Menurut dr. Jess, pasangan anda akan mendapat manfaat daripada bunyi itu, dan kekurangan gambaran yang jelas membantu membina imaginasinya.

Hal ini sekaligus menjadi cara puaskan nafsu suami yang berkesan.

Cara puaskan suami ketika hamil

Apabila bercakap mengenai cara puaskan suami ketika hamil, ramai yang tertanya-tanya boleh atau tidak?

Berhubungan intim ketika hamil amat digalakkan tetapi anda perlu mengetahui cara melayan suami dengan baik ketika hamil mengikut trimester tertentu.

  • Trimester pertama: Trimester pertama adalah pada usia kandungan 1-14 minggu. Posisi seks pada trimester pertama boleh dikatakan semuanya selamat. Namun apa yang mungkin menjadi penghalang adalah alahan dan kepenatan yang membuatkan anda tidak terangsang. Anda tidak perlu bimbang mengenai keguguran. Tiada kajian menunjukkan hubungan intim adalah penyebab keguguran bagi kehamilan normal.
  • Trimester kedua adalah pada usia kandungan 14-27 minggu. Wanita akan mula berasa tidak selesa untuk melakukan hubungan intim. Anda tidak boleh melakukan posisi missionary kerana ia akan memberi tekanan pada uterus. Namun cuba cara pikat hati suami dengan posisi spooning, ia lebih selesa dengan kemasukan mengiring. Posisi cowgirl juga boleh menjadi posisi yang serasi apabila kehamilan dengan duduk di atas pasangan anda.

  • Trimester ketiga: Trimester ketiga adalah pada usia kandungan 27-40 minggu. Anda perlu mengelak kebanyakan posisi yang memberi tekanan kepada perut. Hubungan sek suami isteri masih selamat pada trimester ketiga ini dan amat digalakkan untuk membantu pembukaan pangkal rahim dan memudahkan anda bersalin nanti.

Kesimpulannya, cara menggoda suami bukanlah sesuatu perkara yang merumitkan. Para isteri perlu hilangkan rasa malu dan belajar goda suami bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Anda perlu menunjukkan bahawa diri anda juga hebat dalam bab sek suami isteri. Barulah suami terkejut dengan perasaan tidak dijangka dan berasa dilayan dengan begitu istimewa sekali.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  5 Tips Goda Suami Yang Letih Lepas Balik Kerja, Barulah AKSI Jadi Lebih Ghairah!

Baca juga: Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak

Baca juga: 7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!