X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak

4 min bacaan
7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak

Interview kerja bukanlah suatu perkara yang mudah. Ada yang bertahun-tahun mencuba nasib sejak dari bujang hinggalah memiliki anak

Memiliki pekerjaan yang tetap dengan gaji mencukupi bagi menampung keperluan keluarga menjadi impian sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun apabila berkait dengan rezeki, setiap orang kena berusaha mendapatkannya. Sehingga ada yang sanggup pergi interview kerja berkali-kali.

Tidak dinafikan bahawa kehidupan zaman kini semakin mencabar. Dengan peningkatan kos sara hidup, suami dan isteri memilih untuk sama-sama keluar bekerja.

Isteri kongsi kisah suami tidak putus asa pergi interview kerja hingga ada anak dua

Seorang usahawan dari utara, Khalieda Yusra, berkongsi kisah suaminya yang berusaha mendapatkan pekerjaan tetap sejak dari bertunang sehinggalah memiliki dua orang anak.

Hari ni Kieda nak bercerita dengan semua.

jawaban interview kerja

Laki Kieda, tujuh kali pergi interview PBA. Semata-mata nak dapatkan kerja tu. Kawan-kawan lain yang pergi sekali, dua kali dah dapat. Dia tujuh kali pergi dari kami bertunang sampai sekarang anak dua, dia masih pergi tanpa putus asa.

Dari dulu sampai sekarang dia berharap sangat nak kerja tu. Tapi sampai satu tahap, bila tengok kawan-kawan semua dapat, tapi dia tak dapat. Dia rasa macam dah tak perlu pergi dan mungkin ada sebab Allah tak bagi.

Tiba-tiba semalam pukul 10 pagi dia telefon Kieda bagitahu jawaban interview kerja . ”Ibu, PBA telefon. Hari ini sepatutnya medical check up, esok masuk kerja.” Lepas tu dia tanya lagi, ”ibu, nak pergi ke?”

Kieda pun jawab, ”Abah nak pergi, pergilah sebab dah lama tunggu. At least dia ada medical, kira ada kemudahan banyaklah.” 

Lepas tu fikir punya fikir semula, dia kata ”kerja shift ibu, abah tak bolehlah tinggal ibu dan anak-anak. Kita biasa tidur sama-sama tiap malam, abah tak kisah bab gaji tu. Tapi abah tak boleh kalau tak ringankan beban Ibu. ”

Sebab selalu bab anak-anak, dia yang akan hantar dan ambil dari sekolah. Kat kedai pun dia yang banyak tolong Kieda. 

suami interview kerja

Lepas tu Kieda pun bagitahu dia, janganlah tak pergi sebab Kieda. Dia kata tak, bukan sebab Kieda.

”Tapi sebab keadaan yang selalu dia buat benda tu. Dia tak nak bila dia dapat kerja ni, dia tinggal anak-anak dan Kieda terkontang-kanting.”

Walaupun banyak persediaan interview kerja dibuat, suami tidak sanggup tinggalkan isteri dan anak-anak

Lepas tu semalam kami sama-sama termenung. Kieda kata, ”Abah, Abah tahu diri Abah. Kalau rasa boleh, Abah pergi. Ibu tak pernah memaksa sebab Abah yang kena hadap benda tu. Abah yang nak hadap kerja-kerja dengan orang.”

Seterusnya dalam klip video berkenaan, kelihatan isteri menarik tangan suaminya dan bertanyakan:

”Jadi hari ni Abah nak ke tak nak pergi kerja tu?”

Dia menjawab, dirinya mungkin menolak dan tidak pergi. Dia menganggap tiada rezeki, bukan sebab isterinya semata-mata. Nanti susah siapa nak uruskan anak-anak lagi. 

Lagipun sekarang siang hari dia tetap ada kerja. Dia lebih memikirkan anak-anak dan isteri. 

”Andai kata Abah gugur di medan pencarian rezeki, takkanlah isteri nak tengok saja.” katanya.

persiapan interview kerja

Pada akhir video, wanita berkenaan menunjukkan dirinya, suami dan anak-anak naik ke atas van.

”Dah terbiasa pergi mana pun empat beranak, sama-sama naik van. Tiba-tiba nak kena berpisah, memang dia berat hatilah. Abah, jom! kita buat sampai jadi.” kata Kieda.

Netizen titipkan doa yang baik-baik buat pasangan ini

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu melihat kesungguhan pasangan ini dalam mencari rezeki yang halal.

Pasangan ini cukup tinggi tawakalnya kepada Allah! Insya Allah, Allah akan permudahkan dan cukupkan semua urusan termasuk kesihatan yang berpanjangan.

Allahuakhbar..semoga Allah murahkn rezeki dik sekeluarga, diberkati dirahmati dlm Kasih sayang hingga ke Jannah

Kieda tu orang meniaga yang berjaya, susah senang dengan suami dia. Mungkin suami dia selesa menguruskan perniagaan mereka yg sekarang serta anak-anak. Tidak semestinya kerja kerajaan sahaja yang menjamin masa depan. Kehidupan tak semua sama macam kehidupan kita, rezeki masing-masing, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Amin

Syukur alhamdulillah…s emoga kamu satu keluarga mendapat rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik serta akan dipermudahkan segala urusan didunia mahu pun akhirat..aminyarabbala’lamin

Bagus suami. Kerja kalau kita ikhlas dengan anak bini, Allah akan ringankan rezeki kita. Hangpa kekal la gini sampai bila-bila. Kasih sayang tu hangpa kekalkan..semoga Allah pandang pengorbanan hangpa dan bagi rezeki melimpah ruah pada hangpa sekeluarga

Khalieda Yusra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel ‘Ikat Pasangan’

Baca juga: Suami Tanya Isteri Tak Kerja Buat Apa Kat Rumah, Sekali Dia Buka Mulut Terus ‘Insaf’ Si Suami

Baca juga:  Sanggup Berjaga Malam Uruskan Anak, Elisya Sandha Bersyukur Dapat Suami Yang Baik

Stories Rakan Kongsi
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak
Kongsikan:
  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.