TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Tapi Mak Sekarang Anak Dua Pun Sudah Kecoh?

3 min bacaan
Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Tapi Mak Sekarang Anak Dua Pun Sudah Kecoh?

Kenapa ibu dulu boleh jaga 10 orang anak? Tapi sekarang anak dua pun ibu sudah merungut penat, bimbang dan sebagainya? Ha... ada sebabnya ya!

Anda perasan tak zaman dulu dan sekarang memang jauh berbeza? Ini termasuklah cara mendidik anak. Sebab itu bila kena perli anak baru dua sudah penat mulalah kita pun “naik hantu” membaca statement panas begitu.

Tak cukup dengan itu, ada pula orang sekarang banding-banding pula mak-mak dulu dan sekarang. Haish, boleh bikin gaduh! 

Tapi sabar dulu ya, jom kita baca perkongsian Yaty Ishak ini tentang isu tersebut. 

Mak-mak zaman dulu dan sekarang, apa bezanya? 

dulu dan sekarang, mak dulu dan sekarang, emak dulu dan sekarang, ibu dulu dan sekarang, mak jaga anak dulu dulu, mak jaga anak sekarang, mak jaga anak, mak mendidik anak, mak mengasuh anak, emak, jiwa seorang mak, naluri seorang mak, naluri keibuaan

Kredit : Dream

Sebelum keluarkan apa-apa statement, kena faham dan sedar zaman dulu dan sekarang memang sangat berbeza. 

Zaman kecil dulu, sekitar umur lima hingga enam tahun, saya bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah dan cari buah getah untuk main congkak. Kadang-kadang round satu kampung dengan jiran dan adik beradik. 

Keluar lepas asar, sebelum Maghrib balik. Main kejar-kejar, seronok. Balik rumah penat, selepas makan terus tidur. 

Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak? 

dulu dan sekarang, mak dulu dan sekarang, emak dulu dan sekarang, ibu dulu dan sekarang, mak jaga anak dulu dulu, mak jaga anak sekarang, mak jaga anak, mak mendidik anak, mak mengasuh anak, emak, jiwa seorang mak, naluri seorang mak, naluri keibuaan

Kredit: Liputan6 .com

Pertama, anak-anak tak buat sepah dan tak bergaduh dalam rumah. Anak main dengan jiran kampung sebelah mak tak pernah risau. Sebab dia tahu, penat main pasti balik makan. 

Anak perempuan main kejer-kejar dengan anak lelaki jiran pun mak tak pernah risau sebab tahu mereka memang main kejar semata-mata. 

Kedua, dulu kedai runcit dekat saja. Mak bagi duit dan list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi beli tunjuk je list mak bagi tadi kat pakcik kedai. Kadang-kadang siap dapat free cili kering ke, bawang merah ke! Fuh nikmat! 

Mak pun senang ada pembantu tak payah susah-susah pergi pasar. 

Ketiga, zaman sekolah pun best, pagi ayah hantar balik sekolah tapi balik pepandailah sendiri. Kadang-kadang naik prebet sapu je kalau ada duit lebih. 

Masa itu hidup tenang, senang dan dalam tak sedar mak dah besarkan 10 orang anak! 

Itu zaman dulu tapi sekarang sudah lain 

dulu dan sekarang, mak dulu dan sekarang, emak dulu dan sekarang, ibu dulu dan sekarang, mak jaga anak dulu dulu, mak jaga anak sekarang, mak jaga anak, mak mendidik anak, mak mengasuh anak, emak, jiwa seorang mak, naluri seorang mak, naluri keibuaan

  • Risau kalau anak main di luar terutama bila baru belajar kayuh basikal. Manakan tidak banyak kereta dan motor lalu lalang depan rumah kalau kena langgar nanti macam mana? Risau! 
  • Bila main dalam rumah, anak sibuk sepahkan rumah pula. Mak stress! 
  • Mak tak suka anak bergaul dengan anak jiran terutama lelaki pula tu. Kalau dulu budak-budak naif tapi sekarang kalau main kahwin-kahwin memang kahwin terus tak ada tunggu akad nikah dah! 
  • Nak suruh anak pergi kedai atau main di luar pun mak risau sebab orang jahat merata-rata. Tengoklah dalam berita macam-macam kes duk ada! Risau. Risau. Risau! Makanya terpaksa usung anak pergi kedai walaupun semata-mata nak beli belacan saja! 
  • Nak suruh anak balik sekolah sendiri? Memang TIDAK jawapannya sebab BAHAYA! Terpaksa mak gagah juga ambil dan hantar anak ke sekolah tiap hari. Fuh, berpeluh pun mak tak peduli janji anak mak selamat! 

Dengan rutin yang macam ini agak-agak mak ada tak masa untuk diri sendiri? 24 jam kena pantau anak-anak depan mata terutama bila banyak kes yang dilaporkan tentang rogol budak, anak perempuan kena bunuh, hilang anak dan sebagainya. 

Jadi persoalannya mak-mak dulu dan sekarang memang jauh beza. Pendek kata mak dulu lebih tenang tapi mak sekarang kena lebih sado, kuat dan berani!  

Bagaimana dengan anda setuju tak dengan pendapat ini? Kalau ada sebarang komen kongsikan di bawah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar : IDN Times 

Sumber: Yaty Ishak

Baca juga:

https://my.theasianparent.combagaimana-saya-menjadi-seorang-ibu-yang-tenang/

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Tapi Mak Sekarang Anak Dua Pun Sudah Kecoh?
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham