Menekan perut ibu hamil ketika bersalin
Menekan perut ibu semasa bersalin biasanya dilakukan pada tahap ke-2, apabila vagina sudah mencapai dilate penuh dan tiba masa untuk meneran.
Fungsi teknik ini agar bayi dapat dilahirkan dengan lebih cepat.
Namun, semasa ingin bersalin normal, komplikasi boleh berlaku jika bayi mengalami masalah dalam rahim sehingga tidak dapat turun.
Ataupun ibu yang terlalu letih untuk meneran, ataupun komplikasi lain yang menyebabkan proses meneran jadi berbahaya.
Menekan perut ibu semasa bersalin dilakukan untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Teknik ini juga mengurangkan risiko penggunaan alat seperti vakum dan forceps, serta pembedahan kecemasan.
Artikel berkaitan: (Video) Episiotomi: Bagaimana Vagina Dibuka Ruang Semasa Bersalin Normal
Mengapakah tekan perut ibu semasa bersalin itu penting?
Proses bersalin yang mengambil masa terlalu lama akan membahayakan nyawa ibu dan bayi kerana kedua-dua mereka akan kehilangan tenaga.
Di beberapa buah negara, kebanyakkan ahli perubatan akan menggunakan forceps atau pembedahan caeser jika berlakunya situasi ini.
Walaubagaimanapun, di negara lain di mana sumber manusia, kemudahan dan peralatannya kurang, proses persalinan yang berjam-jam boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Maka lahirlah teknik menekan perut ibu semasa bersalin untuk menolong ibu melahirkan anak dengan lebih cepat.
Tetapi teknik menekan perut ibu ini ada risikonya tersendiri kerana ia juga boleh menambahkan komplikasi kepada ibu dan bayi.
Oleh itu, ahli perubahan perlulah fasih dan benar-benar tahu cara yang betul yang melakukannya.
Berikut adalah video yang menunjukkan teknik menekan perut ibu semasa bersalin secara normal:
www.facebook.com/dailymedicalofficial/videos/362385244181771/
Adakah teknik menekan perut ibu semasa bersalin ini selamat?
Dalam kajian yang dijalankan oleh Cochrane, satu ujian data percubaan telah dilakukan untuk membandingkan antara ibu bersalin yang ditekan perut, ibu yang tak ditekan perut, dan ibu yang ditekan perut tapi menggunakan sejenis tali pinggang yang boleh merenggang.
Hasil kajian tidak menunjukkan bukti kukuh yang teknik ini adalah cara efektif untuk mempercepat proses kelahiran.
Teknik ini juga bukan cara untuk mengelak pembedahan.
Tiada bayi yang mati semasa kajian dijalankan tapi kajian tersebut juga tidak mempunyai rekod jika ada komplikasi lain atau kematian ibu ketika bersalin.
Setakat ini, teknik menekan perut ibu semasa bersalin normal belum terbukti selamat.
Penelitian dan kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan sebelum boleh mengesahkan ia selamat dilakukan.
Pernahkah ibu-ibu mengalamai proses bersalin seperti ini?
Sumber: Cochrane
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Video Tutorial Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelak Hip Dysplasia