Teknik Pernafasan Yang Boleh Membantu Ibu Tidur

Selepas mencuba teknik pernafasan ini, saya akui ia telah membantu saya menjadi lebih tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jam dinding sudah menunjukkan masa 10:30pm malam. Badan sudahpun penat satu hari bekerja dan menjaga anak. Mata dah hampir terlelap, tetapi otak pula masih aktif memikir dan mengatur tugas untuk hari keesokkannya. Saya rasa banyak ibu yang menghadapi masalah yang sama semasa nak tidur. Sudah banyak kali perkara ini berlaku, mata nak tidur tapi otak masih berjalan. Teknik pernafasan yang betul boleh membantu anda.

Walaupun saya memberitahu diri sendiri, “dah”, “cukup, jangan fikir lagi”, “dah larut malam ni, baik tidur,” tetapi saya mendapati saya masih mengambil masa yang lama untuk relax dan tidur.

Otak yang masih aktif

sumber gambar : princessinthetower.org

 

Tak kiralah perkara yang remeh ke, perkara penting, mereka selalu menyebabkan saya terjaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang saya akan terfikirkan kerja yang bertimbun yang belum siap, ataupun rumah yang masih kotor lagi. Ataupun mungkin saya telah memarahi anak-anak petang tadi, dan sekarang saya rasa bersalah.

Binggung nak masak apa pun ada. Gelisah pun ada: beg sekolah untuk esok sudah sedia ke? Semua permikiran ini belum lagi termasuk masalah harian yang mungkin dihadapi.

Akhirnya saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk bertenang sebelum tidur.

Teknik pernafasan 4-7-8 dari Dr. Andrew Weil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: thelist

Cara-caranya:

  1. Hembuskan nafas sepenuhnya.
  2. Sedutkan udara melalui hidung anda untuk 4 kiraan.
  3. Tahan nafas anda untuk 7 kiraan.
  4. Kemudian hembuskan nafas untuk 8 kiraan.
  5. Ulangkan 4 kali.

Orang yang sudah biasa mengamalkan teknik ini dikatakan mampu tidur dalam masa kurang dari 1 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Weil mengesyorkan senaman pernafasan ini dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap hari. Anda mungkin tidak akan melihat apa-apa perbezaan pada percubaan pertama. Tetapi dalam tempoh 4-6 minggu, anda mungkin akan merasakan perbezaan yang besar apabila menggunakan teknik ini.

Teknik ini berkesan dalam melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan oksigen ke dalam aliran darah anda. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan hati, fikiran, dan keseluruhan sistem saraf pusat anda, untuk rehat.

sumber gambar : NBC News

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggunakan teknik pernafasan ini untuk perkara lain

  • Apabila anda perlu untuk menenangkan kemarahan
  • Apabila anda perlu rehat di akhir hari
  • Apabila anda terasa ingin menengking anak yang nakal
  • Apabila melalui hari yang teruk
  • Apabila anda berasa cemas

Selepas mencuba teknik pernafasan ini, saya akui ia telah membantu saya menjadi lebih tenang. Tetapi saya belum lagi dapat membuktikan ia boleh membantu saya untuk tidur lebih cepat. Cubalah dan beritahu saya jika ia berkesan!

Sumber: Dr. Weil, Military Wife and Mum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio