Apabila bayi anda sudah mula menolak makanan yang biasa dimakan, ada banyak sebabnya. Antaranya ialah mereka sudah bosan dengan tekstur makanan bayi yang diberi.
Memang bermula usia bayi 6 bulan mereka patut diberi puri, tapi meningkat usianya 8 bulan, 10 bulan hinggalah 12 bulan, tekstur makanan bayi patut diubah secara berperingkat.
Seperti perkongsian oleh Dietitian, Fizah Sobri di Facebook, dia menekankan bahawa ibu bapa tidak perlu tunggu bayi tumbuh gigi baru bertukar tekstur makanan.
Tidak dinafikan ramai ibu bapa yang risau anak akan tercekik makanan jika mereka tidak dapat mengunyah dengan bentuk sekiranya tiada gigi.
Tapi sebenarnya gusi bayi walaupun tidak tumbuh gigi lagi akan menjadi kuat seiring dengan usianya. Maka bayi perlu berkembang dan stimulasi mereka perlu mengikut usia.
Malah perubahan ini boleh dirasai si ibu yang memberi anak susu badan. Mereka dapat merasai ketapan gusi anak pada puting payudara menjadi semakin sakit.
Pertumbuhan gigi kanak-kanak adalah berbeza, ada yang cepat ada juga yang lambat. Paling cepat bayi akan tumbuh gigi seawal 4 bulan manakala ada juga bayi yang hanya mulai tumbuh gigi selewat usia 18 bulan!
Jadi ini antara perkongsian daripada Dietitian, Fizah Sobri:
Jangan tunggu gigi tumbuh baru nak ubah tekstur makanan.
Pasti banyak persoalan daripada ibu bapa seperti “Kenapa kena tukar tekstur makanan bayi? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?”
Perkembangan skill bayi adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Maka dengan makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
6-7 Bulan : puri, cair, kisar halus
- Bayi belajar merasa makanan dan telan.
- Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada bayi 6 bulan.
- Transition dari susu ke makanan pelengkap.
- Jangan risau kalau bayi tak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
- Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
7-8 Bulan: lenyek, kisar kasar
- Bayi perlu menguatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
- Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu bayi ‘rasa’.
- Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
- Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan.
- Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan bayi iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
8-10 Bulan: cincang kasar
- Kuatkan lidah bayi untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan.
- Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah.
- Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar bayi dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan.
- Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan.
- Sudah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan.
10 -12 Bulan: potongan kecil/kiub lembut
- Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut.
- Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi.
- Kuantiti 5 – 7 sudu besar.
- Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada bayi, sambil makan sambil bereksperimen.
12 Bulan Keatas: makanan dewasa
- Sama seperti makanan dewasa. Anak dah advanced, siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri.
- Jika beri lain dari menu, bayi boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita.
- Sebolehnya teruskan no salt & sugar sehingga 2 tahun.
Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku. Contoh 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru. Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2 kali puri. Keesokan hari 2 kali lenyek dan 1 kali puri. Seterusnya 3 kali lenyek.
Pesan Dietitian itu juga janganlah dirisau sekiranya anak makan bersepah, dan makanan terjatuh di lantai lebih banyaka dari yang dimakan. Kerana momen untuk anak-anak enjoy dengn makanan itu lagi susah dari ibu bapa perlu mengemas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Facebook Dietitian Fizah Sobri
Baca juga:
101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu